MStar | ...Siri ucapan pembangkang mengkritik kerajaan menaikkan harga minyak, yang dikuatkuasakan awal bulan lalu, mewarnai Perhimpunan Protes Sejuta Rakyat anjuran Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes), bermula pukul 10 pagi semalam. Perhimpunan telah berlarutan hingga 12 tengah malam.no2umno - Tak perlu lulus matematik untuk jadi wartawan. Hehe..... berapa ramai kah anggaran kedatangan pengunjung? Kenapa perlu ada purata sedangkan tujuan untuk adalah untuk mengumpul kedatangan. Seorang datang, di kira seorang, ramai yang datang, maka jumlah ramai itu dicampurkan dengan seorang tadi. Jumlah terkumpul adalah jumlah yang datang. Kekal atau pulang, sebentar atau lama, bukan satu isu.
Wartawan mStar Online, ARIFFUDIN ISHAK dan LEE YAN XIU yang berada di lokasi berkata, sehingga pukul 9 malam kira-kira 10,000 orang membanjiri Stadium Kelana Jaya, Selangor tempat perhimpunan itu diadakan.
Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama keluarganya tiba kira-kira pukul 9.30 malam. Dalam ucapannya Anwar menyentuh isu dakwaan meliwat dihadapi beliau dan menyatakan kesediaan untuk mengambil bahagian forum debat dengan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek pada 15 Julai ini.
Pihak polis pula menguatkuasakan pemeriksaan ketat ke atas kenderaan yang menuju ke ibu negara dan ke Kelana Jaya, bermula sejak awal pagi semalam. Rondaan udara juga dilakukan oleh PDRM. Tiada sebarang tangkapan ataupun kejadian tidak diingini dilaporkan.
Penyelaras Protes, Dr. Hatta Ramli telah menjangkakan sejuta orang akan mengambil bahagian tetapi secara purata ia hanya dapat menarik kira-kira 20,000 orang sejak awal pagi semalam. Kira-kira 2,500 anggota Pemuda Pakatan Rakyat ditugaskan untuk mengawal perhimpunan. Polis juga mula memperketatkan kawalan di sekitar stadium tersebut.... selanjutnya.
Masalahnya ....perkara ini perlu di perjelaskan sebelum protes dibuat, agar media tidak manipulasi fakta sebenarnya untuk menjatuhkan kredibiliti perhimpunan. Korang pikir lah sendiri.
0 comments:
Post a Comment