KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jul 7, 2008

MAS beri hutang Air Asia RM113 juta?

Suarakeadilan | Ahli Parlimen Pakatan Rakyat kawasan Wangsa Maju, Wee Choo Keong mendedahkan kepada dewan hari ini bahawa syarikat penerbangan negara, Malaysian Airlines System Berhad (MASB) ada memberikan hutang kepada syarikat penerbangan tambang murah iaitu Air Asia Berhad sebanyak RM113 juta.

Bercakap mengenai perkara itu dalam ucapan perbahasan usul kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Ke-9, Choo Keong menyatakan rasa hairan apabila Menteri Pengangkutan hanya memberitahu jumlah pinjaman tersebut hanya sebanyak RM86 juta sahaja dan tidak sebagaimana maklumat yang ada pada beliau.

Choo Keong turut mempertikaikan kebekesanan pihak kerajaan khususnya kementerian kewangan yang tidak cekap untuk kembali menuntut semula hutang yang ditanggung GLC tersebut.

Menurut Choo Keong lagi, dari segi memberi kontrak LCCT fasa kedua pula kerajaan BN amat ‘cekap’ dengan menganugerahkan projek tersebut hanya 10 hari selepas pilihan raya umum lalu kepada syarikat ‘kroni’ yang dipercayai milik seorang menantu VVIP negara iaitu, Fajarbaru Building.

1 comments:

Muhammad Fahmi said...

Fajarbaru Builder Sdn. Bhd. (27198-T) (Formerly known as Syarikat Pembenaan Fajar Baru (Rembau) Sdn. Bhd.). Kenapa ada Rembau? cam familiar je

Posting terkini

Blog Archive