malaysiatoday | ... Kepala-kepala dan pemimpin lembaga daulah, dari badan kehakiman, kepolisian, persuratkhabaran, keilmuan, perniagaan yang jujur, ikhlas dan ingin menjaga kepentingan ramai telah di buang kerja, di air batukan, di gantung atau di takut-takutkan dengan pelbagai cara.
Untuk sesiapa sahaja yang sedia bertaat setia mereka akan dinobatkan dengan limpah kurnia yang lumayan dari Mahathir Mohamad. Nikmat dunia ini tidak ada sempadan untuk mereka. Harta kekayaan datang mencurah-curah sehinggakan mereka sendiri pun terperanjat.
Inilah hakikat realpolitik 22 tahun Malaysia di bawah pemerintahan Mahathir Mohamad.
Hari ini apa yang berada di hadapan mata kita adalah bau haprak dan kelongsong politik yang telah ditinggalkan oleh Mahathir Mohamad. Abdullah Badawi adalah pewaris yang kelihatan masih tidak dapat tanggal dari kelongsong ini.
Ada dua lembaga yang amat-amat penting dalam semua lembaga daulah – Badan Kehakiman dan Badan Kepolisian. Satu berkuasa untuk mentakrif, mencipta dan menilai undang-undang dan satu lagi untuk penguatkuasaan undang-undang. Dua badan ini begitu penting sekali untuk semua negara.
Adalah salah jika ada warga yang menganggap bahawa badan kehakiman dan kepolisian boleh bergerak bersendirian. Dua lembaga ini wajib bergerak seirama dalam satu tempo. Tetapi jangan lupa ada lagi satu lembaga yang maha penting yang akan menilai lembaga-lembaga ini. Lembaga ini adalah orang ramai. Orang ramai ini ialah kita rakyat biasa ahli warga negara ini. Orang ramailah akhirnya akan menjadi juru penilai akhir.
Hukum dan undang-undang ini semuanya didirikan untuk memastikan kepentingan hak individu terjamin, untuk memastikan kebaikan bersama didahulukan, untuk memastikan kepentingan ramai dijaga bukan kepentingan kroni yang didahulukan. Ertinya undang-udang di buat untuk kepentingan kita – rakyat.
Kita, orang ramai, wajib memiliki keyakinan terhadap lembaga-lembaga ini. Kita wajib yakin terhadap mahkamah dan hakim. Kita wajib yakin terhadap polis. Keyakinan terhadap lembaga- lembaga daulah tidak boleh dipaksa-paksa. Tidak boleh melalui ugutan. Tidak boleh melalui ISA. Tidak boleh melalui tangkapan. Polis memang boleh menangkap tetapi apakah tangkapan polis itu diyakini ramai. Hakim boleh menjatuhkan hokum tetapi apakah hukuman itu diyakini orang ramai.
Pada masa perang dunia ke dua dahulu, Tanah Melayu telah diduduki oleh Jepun dengan kekuatan senjata. Jepun juga telah meluluskan pelbagai macam undang-undang. Jepun juga ada mahkamah dan hakim. Jepun juga telah menahan ramai orang. Jepun juga telah memenjarakan ramai warga. Malah Jepun juga telah mengeluarkan Duit Jepun Pokok Pisang.... selanjutnya.
Jul 7, 2008
Duit batang pisang
Labels: dari jelebu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment