Radenjowo
Perkara ini memang sudah dijangka ....
Radio ERA pada jam 7.00 pagi ini memberikan berita berita yang kurang menarik dan tidak benar. Apa yang aku dapat dengar tentang liputan adalah merujuk kepada berita BERNAMA, beberapa keratan di ambil untuk di dengar oleh pendengar pendengar berita tersebut, antaranya -Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) untuk mengumpul satu juta rakyat bagi mendesak kerajaan menurunkan harga minyak gagal apabila hanya 10,000 orang yang berhimpun di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya - bernama
Amboiiii ... gelinya aku dengar. Walaupun aku agak kurang setuju dengan pengisian perhimpunan ini, tapi tak lah sampai komen sebegitu. Yang benar tetap benar dan tipu tetap tipu. Apa yang jelas adalah pengunjung datang dan pergi. Jumlah keseluruhan mungkin atau tidak tercapai bergantung kepada jumlah sebenar kehadiran. Bukan lah jumlah maksima pada satu satu masa kerana tempoh perhimpunan yang panjang. Wak di beritahu, sebenarnya Stadium sudah mula di kunjungi orang ramai sejak Malam Sabtu lagi ... seterusnya pada pagi Ahad sehinggalah pada malam tadi. Bermakna, 2 malam dan satu hari. Yang menarik pula, pengunjung dari Sabah dan Sarawak turut hadir pada waktu malam ucapan DS Anwar Ibrahim.
Sudah dijangka, kesempatan atau perubahan bentuk protes pasti bakal di putarbelit oleh media arus perdana. Dan ini lah buktinya ......
Sebelum korang berikan komen, baca dulu berita BERNAMA yang kekadang lebih loya dari perasaan ketika makan mengkarong mentah mentah atau perasaan ketika makan lipas yang berlendir perutnya ..... RUJUK SINI
Insiden seperti ini perlu diambil iktibar oleh penganjur sebarang perhimpunan untuk mendesak kerajaan. Kita tak mahu di cabar, tapi kalau ada yang berani .... apa salahnya.....bulan depan pun kita boleh turun ke jalan. Dr. Hatta, sebut lokasi dan masa, kami turut desak kerajaan tanpa lengah lengah. T Shirt dah ada, air mineral sebotol, tinggal lagi .... aku nak tahu pengisian perhimpunan bantahan.
Kalau setakat nyanyi-nyanyi dan jual barang. ARghhhhhhhh .... gua ngantuk nak tidur. Namakan sahaja TEMA hari tersebut sebagai 'Hari Reformasi reunion" atau 'Mari berhimpun sambil pakai baju merah', atau 'Hari Gotong Royong bersih Kelana Jaya' atau pun 'Hari Jejak Kasih'.
Lagi satu gua nak cerita tentang berita yang dibaca oleh ERA .... "DS Anwar enggan mengangkat sumpah HANYA KERANA dinasihat oleh MUFTI". Betul tak betul berita ini, gua tak kira. APa yang hendak perjelaskan, perkataan "HANYA KERANA" tu dah cukup membuatkan gua benci ngan berita ERA. Takkan bodoh membaca tanpa fikir. Islam ... konon. Kalau tak mahu dengar nasihat MUFTI, nak dengar nasihat siapa. Kalau MUFTI bercanggah pendapat, tak perlu nak baca pun berita 'low quality' cam ni.
Jul 7, 2008
Protes minyak: Muntah yang menghijau
Labels: demo minyak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment