Tindakan Polis Panggil Peguam Adalah Mengikut Undang-undang - Musa
Bernama
[...] Musa berkata tindakan polis itu adalah mengikut peruntukan perundangan di bawah Seksyen 126 Akta Keterangan.
"Walaupun Seksyen 126 Akta Keterangan memberikan keistimewaan kepada peguambela berkaitan apa-apa komunikasinya dengan kliennya, namun di dalam subsekyen (1)(a) dan (b) seksyen tersebut boleh mengetepikan keistimewaan tersebut berdasarkan dua perkara," katanya.
Beliau berkata perkara tersebut adalah "apa-apa komunikasi itu yang dibuat bagi membolehkan tercapainya apa-apa maksud yang menyalahi undang-undang" dan "apa-apa fakta yang diketahui oleh seseorang peguambela dalam perjalanan perkhidmatannya sedemikian yang menunjukkan bahawa sesuatu jenayah atau fraud telah dilakukan sejak dia mula digunakhidmat.
Beliau berkata berdasarkan peruntukan seksyen tersebut, peguam dibolehkan memberikan keterangan kepada pihak polis.
"PDRM (Polis Diraja Malaysia) ingin menegaskan bahawa kenyataan Majlis Peguam bahawa tindakan PDRM adalah satu gangguan atau menakut-nakutkan peguam adalah sama sekali tidak benar dan tidak tepat, dan pihak polis hanya menjalankan tugas dengan profesional berdasarkan peruntukan undang-undang negara," katanya.... selanjutnya.
Nov 11, 2008
Polis Panggil Peguam ?
Labels: Belit MUsa Hassan
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
PI Bala Being Sought!
bangmalaysia
[....] As much as they are trying to suggest that Bala ‘U-turn’ is ‘missing’, and some say he is in hiding in India, the truth is he is very much in Malaysia; at Bukit Tinggi to be exact. At least this is what my ‘little bird’ tells me. And if you want to know exactly where in Bukit Tinggi he is hiding, then ask the man whom I will, at this point of time, call ‘the Indian Carpet-man’.
Yes, that’s right, the ‘Indian Carpet-man’ knows where Bala ‘U-turn’ is hiding because he is the one who is hiding the missing private investigator in Bukit Tinggi. And he has paid Bala ‘U-turn’ RM3 million to remain in hiding until further notice.
The ‘Indian Carpet-man’, who I shall certainly name in due course when the time is right, works for Rosmah Mansor, the wife of Deputy Prime Minister Najib Tun Razak. The ‘Indian Carpet-man’ is Rosmah’s ‘bagman’ and he is in charge of carrying hard cash to and from the Deputy Prime Minister’s house in Jalan Duta. He of course makes a lot more money acting as Rosmah’s ‘bagman’ compared to selling carpets and could easily pass as a Bollywood star to those who did not know any better...more.
Labels: Balasubramaniam
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Umno peralat Cawangan Khas 'culik' 5 wakil rakyat PAS
tranungkite | ..."Saya dibawa tiga anggota polis daripada Ibu Pejabat Polis Kelantan ke Kuala Lumpur. Perjalanan bermula jam 2 petang melalui Kuala Terengganu.
"Sepanjang perjalanan kami senyap tidak bercakap. Saya tahu polis hanya menjadi alat orang politik. Namun, terkejutnya apabila sampai di sebuah rumah banglo di Jalan Pekeliling, Kuala Lumpur ada empat lagi wakil rakyat PAS sudah berada di situ."
"Alangkah terkejutnya saya. Namun, kami senyap kerana tahu angkara siapa sebenarnya sehingga kami dibawa ke situ," kata bekas wakil rakyat Tanah Merah Timur, Che Omar Mohamad, 82 ketika ditemui di rumahnya baru-baru ini.
Inilah cerita yang jarang diketengahkan bagi memperlihatkan wajah sebenar para pemimpin Umno (Perikatan ketika itu), semata-mata mahu merampas kerajaan Kelantan melalui tindakan bacul.
Ketika itu, pilihan raya kedua diadakan selepas merdeka. PAS mempunyai 21 wakil rakyat dengan kelebihan lima kerusi berbanding Perikatan. ... selanjutnya.
Labels: Belit Polis, Belit UMNO, tranungkite
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Ini lah kebaikannya PR memerintah
PR baru sekali dapat memerintah. Tahun ini dalam sejarah. Bukan senang beb.
Sejak dulu juga tak pernah ada usul untuk benteras maksiat. Kalau ada pun, mungkin kecundang. Tapi sekarang ....
The Perak police want the state government to either stop issuing entertainment licences to errant operators or tighten the rules in a move to combat prostitution.RUjuk SINI juga
“The main focus of the police is to fight crime. At the same time, we cannot ignore our duties in putting a stop to vice activities.
“The only way for us to keep these activities under control is by getting the state government to intervene. We need them to help us by revoking entertainment licences given to notorious operators or by tightening the rules and monitoring the outlets closely,” Perak police chief Deputy Comm Datuk Zulkifli Abdullah told reporters Tuesday after the monthly police gathering at the state police headquarters here. - more
Jelasnya perbezaan antara pemerintahan PR dan BN. Kalau dulu mana ada usul ni? Kalau ada pun mungkin setakat jerit jerit kosong je. Korang perasan tak? Syabas.
Tapi takkan membatal lesen pengusaha pusat hiburan yang menggunakan wanita-wanita asing aje? Maknanya wanita tempatan boleh terus kerja? Bagaimana pula dengan negeri lain. Halal kot?
Wakakakakak ....
Labels: PERAK Govt
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Kenapa Pandikar Amin tolak usul?
Bangunan hospital retak, speaker tolak usul PASTolak tolak apehal .... ?
Harakah | Usul tergempar mengenai faktor keselamatan Hospital Queens Elizabeth, di Kota Kinabalu, Sabah yang mengalami keretakan ditolak Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, hari ini.
Usul tersebut dikemukakan Dr Mohd Hayati Othman (PAS-Pendang), di Dewan Rakyat Rakyat hari ini, yang menyatakan hospital tersebut masih digunakan walaupun mengalami keretakan sejak setahun lalu.
Katanya, walaupun telah didedahkan mengenai keretakan tersebut oleh TV3 pada 6 November lalu, sebarang tindakan masih tidak diambil sedang ia berbahaya kepada keselamatan pesakit dan orang ramai. ... selanjutnya.
Ada ape ape ke? Wakakakakk !!!
Labels: Parliment
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Berita baik untuk UMNO
Melayu paling ramai berpendapatan bawah RM1,000"Soalan cepumas - Selama ni UMNO buat apa? Goyang telur atau penuhkan poket sendiri?
harakah | Jabatan Perdana Menteri mendedahkan orang Melayu paling ramai yang berpendapatan di bawah RM1,000 sebulan berbanding dengan kaum lain di negara ini.
Perkara ini diperolehi melalui perangkaan yang dibuat oleh Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah (HIS) yang terkini tahun 2007 yang dijalankan Jabatan Perangkaan Malaysia, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, S K Devamany di Persidangan Dewan Rakyat, dekat sini, hari ini.
Beliau berkata, anggaran isi rumah yang berpendapatan di bawah RM1,000 sebulan itu dijalankan ke atas seramai 496,500 isi rumah.
Daripada jumlah tersebut katanya, pecahan mengikut kaum ialah seramai 301,000 (Melayu), 50,900 (Cina), 29,000 (India), 29,300 (Kadazan), 7,500 (orang Asli) dan kaum lain - 78,800.
Bagi kumpulan berpendapatan RM1,001 hingga RM2,000 pula, keseluruhan bilangan isi rumah ialah 1,695,900 di mana daripada jumlah tersebut 976,500 adalah (Melayu),300,800 (Cina), 121,500 (India), 15,300 (Kadazan), 2,500 (orang Asli) dan lain-lain 89,9000," katanya yang menjawab soalan yang dibangkitkan Dr Michael Jeyakumar Devaraj (KeADILan - Sungai Siput) dalam sesi soal jawab.
Keseluruhan bilangan isi rumah berpendapatan RM2,001 hingga RM3,000 Melayu juga paling tinggi iaitu 614,700, berbanding Cina 300,800 dan India 121,500 daripada jumlahnya keseluruhan isi rumah iaitu sebanyak 1,144,700.
Manakala, kumpulan pendapatan RM3,001 hingga 4,000 kaum Melayu berada di tempat teratas iaitu 380,500 daripada keseluruhan isi rumah 734,000.
Beliau berkata, bagi julat pendapatan antara RM5,001 hingga RM10,000 yang melibatkan 914,200 isi rumah Melayu sebanyak 419,200 berbanding Cina sebanyak 368,400.
Sementara itu beliau berkata, kumpulan berpendapatan RM10,001 -RM20,000 dengan melibatkan 235,300 isi rumah kaum Cina menguasai pendapatan tersebut iaitu sebanyak 118,700 berbanding Malayu 85,700 dan India 23,400.
"Kumpulan pendapatan melebihi RM20,000 pula terdapat 49,500 isi rumah dan daripada jumlah tersebut 16,500 merupakan isi rumah Melayu, 27,900 Cina, 3,600 India dan 1,500 dari lain-lain kumpulan etnik," katanya.
Kalau berebut kontrak dan projek bukan perjuangan tapi itu muntahkedarah namanya.
Nak berlakun apa lagi? Kita tak cakap kosong, cerita gunakan fakta bukan auta.
Labels: Belit BN Belit UMNO
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Kementerian siasat video klip Sajak Kematian di sekolah
Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata beliau sama sekali tidak bersetuju dengan kaedah penggunaan klip video 'Sajak Kematian' di sekolah memandangkan ia tidak sesuai dengan tahap umur pelajar yang masih terlalu muda.Kecoh Uncle Sam ni pasal video tu. Patutnya dia bimbang dengan video lucah remaja Melayu yang tersebar luar sekarang. Bukan 1, bukan 2 dan bukan 3 tapi ada banyak blog dan banyak clip format 3gp yang boleh di tonton dengan mudah.
“Saya sungguh tidak bersetuju kerana kita hendak mendidik mesti secara berhemah dan pendekatan yang menakut-nakutkan lebih-lebih lagi terhadap anak-anak yang usianya cukup muda, saya rasa ia tidak akan membawa manfaat,” katanya... selanjutnya.
Kalau nak address blog tu no2umno boleh bagi .. wakakakakak!!!!
Labels: Belit Sam
cilok & ciplak by radenjowo 3 comments
Burung di langit saat tiba jenazah Amrozi dan Ali Ghufron
Terima kaseh momo kerana pemberitahuan
Allahualam .... Ini semua hak Tuhan untuk menentukan. Syahid atau tidak. Tapi jika hukuman mati itu tersasar bukan kepada yang salah, bagaimana?
Tidak tahu samaada merekakah yang meledakkan bom tersebut, tapi yang pasti menurut mereka kejadian adalah kerana amaran terhadap serangan sekongkolan Amerika dan teman teman mereka menyerang Afghanistan dan negara Islam.
Kenapa kita pulak yang kecoh? Dengar dan lihat dan seterusnya tugas Allah swt. Tapi .....
Bom BALI kerana menghukum Amerika,
Bom Altantuya untuk apa?
Wakakakak ... nilaikan.
Labels: Altantuya, Berita luar
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Harga Petrol sepatutnya dibawah RM1.62 / liter
Kosmo | Kerajaan wajar menurunkan harga minyak petrol ke paras RM1.62 seliter berikutan trend penurunan harga minyak dunia semasa yang kini berada pada paras AS$64.10 setong.Tu la kenapa bodoh sangat. Wakakakk ...
Harga itu berdasarkan jangkaan Pensyarah Ekonomi Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Abdul Rahim Anuar ketika diminta mengulas kewajaran paras harga petrol semasa jika mengikut pasaran minyak global terkini.
Namun kata Abdul Rahim, beliau yakin kerajaan mampu untuk menurunkan harga minyak pada paras yang lebih rendah..
Menurut beliau, ia tidak mustahil untuk dilaksanakan kerana ketika harga minyak petrol dijual pada harga RM1.92 seliter sebelum ini, harga minyak di pasaran dunia adalah sekitar AS$78 setong.
“Jika diikutkan, kerajaan mampu turunkan harga petrol lebih rendah daripada RM1.92 seliter kerana harga minyak di pasaran dunia dijangka turun lagi,’’ katanya.
Kena gelembong, sampai kembong
Kena tipu, sampai dungu
Di perbudak, sampai pekak
Labels: Minyak naik
cilok & ciplak by radenjowo 2 comments
Mengekonomikan Khalwat ... wakakakak
pemudabesut.Mentang mentang lah negeri bawah pemerintah PAS, ahli UMNO terpaksa khalwat kat kebun getah. Tak ber projek beb ... wakakakak.
[.... ] Ceritanya begini; seorang wanita Umno telah ditangkap sedang berkhalwat dengan bekas ahlijawatankuasa Umno bahagian Rantau Panjang. Mereka dicekup ketika (katanya) sedang berasmara di dalam kebun getah. Tak terbayang bagaimana mereka boleh berasmara di tempat itu! Wanita Umno itu masih bersuami dan bekas ahli jawatankuasa Pemuda itu juga ada isteri dan merupakan seorang guru kanan sebuah sekolah di kawasan itu. (Biarlah saya tidak sebut nama kampung… malu orang kampung itu nanti).
Menurut kawan saya itu mereka sudah lama mengadakan hubungan sulit itu dan diintip oleh pasukan Pencegah Maksiat. Ketika pasukan Pencegah Maksiat itu mengepung pasangan itu mereka tidak menyedari dan terus dengan ‘politik’ mereka itu. Selepas pasukan itu memperkenalkan diri baru mereka sedar dan terkejut besar. Katanya si perempuan itu cepat-cepat menarik kain dan mengemaskan pakaiannya, selamba saja.
Kata kawan saya itu, pasangan itu kira berani juga. Kerana apabila pasukan Pencegah Maksiat memperkenalkan diri mereka juga turut memperkenalkan diri mereka. “Saya ahli jawatankuasa Pemuda Umno Rantau Panjang,” kata si lelaki. “Saya ahli wanita Umno Rantau Panjang,” ujar pula di perempuan engan bangga.... selanjutnya.
Kalau negeri diorang perintah sendiri, khalwat kat hotel mewah ... wakakakaka
Pandai sesuai kan persekitaran dengan ekonomi.
Mesti belajar tinggi. hehehe
Pemudabesut ni pandai buat cerita gembira pagi pagi buta ni.
Eh eh ... cerita ni macam betul .. korang check kat MSOMELAYU.
Syok nyeeee ....
Labels: Belit UMNO
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Roti Canai, teh tarik dah turun ... Rafidah bila lagi?
Cerita pasal teh tarik, roti canai dan nasi kandar turun harga kat SINI
Tapi aku nak cerita fenomena misteri yang berlaku.
Malam tadi, aku hisap rokok di depan rumah. Tengah lengangkan kepala fikir camana nak bayar isntallment kereta bulan ni. Tiba tiba .. aku nampak satu garisan dari bumi ke langit. Aku panggil isteri aku untuk lihat sama. Dia pun terperanjat. Kami ramai ramai tengok. Lama juga benda tu kelihatan. Rasanya ramai saksi pada malam tadi.
Berlaku sekitar jam 10.00 malam membawa ke 11.15.
Isteri aku tiba tiba bergegas masuk ke dalam dan printkan berita semalam ... Hah dan dia jelaskan.
Fenemona itu memangnya dah di duga.
Punca fenomena itu berlaku adalah kerana Rafidah tak mahu letak jawatan dan mahu terus bertanding dan garisan dari bumi tu di panggil 'Rafidah Tongkat Langit'.
Wakakakakak .....
Labels: Belit Rafidah
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Kenangan terakhir ....
ghurabaunited. | [...] Bukti-bukti kesyahidan atas tiga syuhada Bali ini terlihat dengan jelas. Di sekitar rumah kediaman Hj. Tariyem, Ibunda Ust. Amrozi, burung berwarna hitam berputar-putar di atas rumah. Selain itu bau semerbak yang keluar dari tubuh syuhada Amrozi dan Ustadz Mukhlaas jelas memancar. Khas bau seorang syahid. Bau itulah yang membuat suasana semakin haru. Para pelayat tak kuasa menahan air mata mereka. Wajah para syuhada terlihat sangat bersih dan tampan. Berseri dan terlihat tersenyum, tidak nampak bekas raut wajah yang menahan kesakitan, meski dibunuh dengan cara ditembak.
Tak jauh berbeda keadaan dengan Asy-Syahid Ustadz Imam Samudera. Menurut Khoirul Anwar, sang kakak, adiknya terlihat sangat bersih. Wajahnya seperti anak kecil yang baru saja mendapatkan permen. Seperti bayi yang baru saja dimandikan bidan,” tuturnya. “Wajahnya begitu bahagia dan bersih. Bibirnya tampak tersenyum,” imbuhnya.
Yang lebih aneh lagi adalah “Jenazah kakak wangi sekali waktu dikeluarkan dari peti. Seperti minyak wangi yang sering dipakainya,” ujar Lulu Jamaluddin dikutip inilah.com, di rumah duka, Lopang Gede, Serang
Tentang darah segar yang mengalir dari salah satu bagian tubuhnya, Khairul menjawab, “Memang darah Syuhada tak pernah kering,” ujarnya.
... selanjutnya.Labels: Berita luar
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
London dan Petaling jaya
Kalau kat Malaysia dah kena dah...
People gather outside Guildhall in the City of London yesterday, where British Prime Minister Gordon Brown was to deliver a speech to the City, in a protest urging Brown to call time on global greed. — AP pic
Apa kata botak ... Syed Hamid defends police action at Bersih gathering
Nyanyi negaraku pun kena, apatah lagi protes.
Bila mangkuk nak jadi pemimpin, bila cawan nak jadi polis.
Dah la menteri bodoh, polis pun bangang ikut arahan
Bila tanya ... polis jawab .. "Kami ikut arahan"
Wakakakak .. bangang betul .....
Labels: Belit Polis
cilok & ciplak by radenjowo 2 comments
Mansuh ISA: Terengganu hantar 10,000 orang
buletin | .... “Kita optimis dan yakin akan dapat mengumpulkan 10,000 orang anggota pemuda yang akan turun menyertai Himpunan tersebut,
“dengan kerjasama setiap kawasan parlimen (Terengganu) kita harap dapat mencapai sasaran seramai 1,500 dari seriap kawasan,”kata beliau yang dihubungi Buletinonline semalam.
Katanya, walaupun tarikh sebenar belum ditetapkan lagi, beliau berharap pihak kawasan dapat menyiapkan senarai lengkap penyertaan dalam tempoh dua bulan ini.
Beliau berharap dengan itu, setiap anggota pemuda dapat me’uar-uar’kan program Himpunan Mansuh ISA ini bermula dari sekarang.
“Seluruh anggota yang terlibat akan mengedarkan risalah penerangan dan seruan ‘Himpunan’ kepada orangramai ditempat-tempat umum termasuk dipasar-pasar besar dan sekitar bandar Kuala Terengganu serta Bandar-bandar utama di daerah,”kata beliau.
Menurutnya ‘Himpinan Mansuh ISA’ kali ini mengambil ‘model’ Himpunan Aman BERSIH yang telah Berjaya diadakan setahun yang lalu, yang telah membawa impak yang besar kepada seluruh rakyat.
“Kemeja T (T-Shirt) Himpunan Mansuh Isa yang berwarna merah hitam berharga RM10 akan mula di edarkan bermula minggu depan,... selanjutnya.
Labels: Abolish ISA
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Shahrizat putih mata
Huhuhu ... malu nya aku ..... wakakakak
Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mahu isu peralihan kepimpinan dalam pergerakan itu dirunding bagi mencari jalan penyelesaian terbaik.
Berikut adalah kenyataan beliau yang dikeluarkan di sini sebagai respons kepada keputusan mesyuarat Exco Pergerakan Wanita UMNO hari ini:
“Mesyuarat Exco Pergerakan Wanita UMNO mahu satu perundingan melibatkan Datuk Kamilia Ibrahim (yang layak bertanding Naib Ketua Wanita) diadakan.
“Dalam perbincangan Exco Wanita hari ini, saya telah meminta Tan Sri Rafidah Aziz menimbangkan semula tarikh peralihan kepimpinan Pergerakan Wanita UMNO selaras dengan pemilihan di peringkat Pusat termasuk Pemuda dan Puteri.... selanjutnya.
Shahrizat putih mata, Rafidah gila kuasa.
Dah dah la tu .... cukup la
Nak tongkat langit? Kena panggil Guruji ... tanya Big momma
Shahrizat pun semalam macam Singa lapar. bila duduk dalam meeting, tengok ramai sokong Rafidah..pucat dia. wakakaka
Labels: Belit Rafidah
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Aktiviti Islam Hadhari perlu dipelbagaikan
Utusan | Pendekatan Islam Hadhari akan diperluaskan melalui aktiviti yang dipelbagaikan agar konsepnya dapat diterima oleh semua masyarakat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.Mufti dah kata ... bodohnya menteri ni.
Beliau berkata, langkah itu juga dapat menangkis tanggapan bahawa Islam Hadhari adalah agenda politik.
Sehubungan itu, kata beliau, pemahaman dan penerimaan Islam Hadhari akan dipertingkatkan agar ia tidak dimanipulasi oleh pembangkang sebagai alat politik.
''Wujudnya fahaman tidak betul mengenai konsep Islam Hadhari. Ada segelintir masyarakat yang menolak perkara ini kerana islahnya yang di polemikkan walaupun matlamat dan kandungannya sangat baik.
''Biarpun agenda itu diteruskan, telah wujud keadaan jumud, sekali gus membawa kepada rasa kurang senang masyarakat berikutan ada pihak yang cuba mempolitikkannya," kata beliau pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis Wacana Panel Pemikir Islam Hadhari di sini malam tadi.
Labels: Belit Zahid Hamidi
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Turun boleh tapi .... bodohnye nko !!!
Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, setakat ini, kerajaan tidak akan membuat kajian semula ke atas tarif elektrik memandangkan harga pasaran bahan mentah itu masih berada di paras antara AS$100 (RM353) hingga AS$120 (RM423.60) setan.Oiiii Mangkok ... baik duduk kedai kopi cerita. Tak payah buang masa. Wartawan tanya soalan ni sebab nak tengok menteri tu bijak atau bongok. Wakakakak !!! Betul la bongok.
Menurutnya, tarif elektrik pada masa ini sebenarnya diambil kira berdasarkan harga pasaran arang batu sebanyak AS$75 (RM264.75) setan.
‘‘Namun hakikatnya harga bahan mentah itu lebih tinggi daripada AS$75 dan ini sebenarnya mengakibatkan TNB mengalami kerugian....
‘‘Kami akan mengkaji semula dan menurunkan tarif elektrik sekiranya ia berada di bawah paras AS$75 selama tiga bulan berturut-turut,’’ katanya selepas merasmikan Kempen Kesedaran Kecekapan Tenaga Kebangsaan di sini hari ini.... selanjutnya.
Labels: elektrik
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Bukan Cina tak boleh jadi PM Singapura realistik – Rais
Utusan | Pendirian kepimpinan Singapura yang menegaskan republik itu belum bersedia memilih Perdana Menteri bukan Cina dalam tempoh terdekat menunjukkan penduduk negara itu sebenarnya bersikap realistik terhadap politik majoriti dan perkauman.Yang bodohnya ada monyet monyet yang main sentimen ni. Orang semua dah tau. Semua bangsa tak der masalah pun.
Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, berdasarkan pendirian itu, seluruh rakyat Malaysia juga seharusnya menerima hakikat bahawa majoriti yang memegang tauliah politik di negara ini ialah orang Melayu.
Menurut Rais, sejak tertubuhnya UMNO yang menjadi tulang belakang politik Malaysia pada 1946, orang Melayu merupakan kaum yang mempunyai kuasa politik terbesar.
‘‘Perdana Menteri Singapura (Lee Hsien Loong) sendiri mengakui belum sampai masanya orang Melayu (di Singapura) menjadi Perdana Menteri. Di Malaysia, inilah juga hakikat yang perlu dilihat.... selanjutnya.
Labels: Bangsa Melayu
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments