Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata beliau sama sekali tidak bersetuju dengan kaedah penggunaan klip video 'Sajak Kematian' di sekolah memandangkan ia tidak sesuai dengan tahap umur pelajar yang masih terlalu muda.Kecoh Uncle Sam ni pasal video tu. Patutnya dia bimbang dengan video lucah remaja Melayu yang tersebar luar sekarang. Bukan 1, bukan 2 dan bukan 3 tapi ada banyak blog dan banyak clip format 3gp yang boleh di tonton dengan mudah.
“Saya sungguh tidak bersetuju kerana kita hendak mendidik mesti secara berhemah dan pendekatan yang menakut-nakutkan lebih-lebih lagi terhadap anak-anak yang usianya cukup muda, saya rasa ia tidak akan membawa manfaat,” katanya... selanjutnya.
Kalau nak address blog tu no2umno boleh bagi .. wakakakakak!!!!
3 comments:
Sorry Dato'Seri.....saye tak setuju dgn pendapat anda. Nawaitu seseorang cikgu tak ade lain ialah untuk mendidik anak-anak supaya takut dgn kuasa Allah s.w.t. Kalau generasi masa depan tak takut dgn kuasa Allah s.w.t, maka bersepahla anak-anak kita buat maksiat, menyanyi melalak dlm rancangan hiburan realiti dan membuat video lucah sendiri. Sekarang ni pun kita dah nampak....Kalau cikgu sendiri dipersalahkan dlm hal ini, maka buat apa cikgu bertungkus lumus mendidik anak bangsa yg semakin teruk sekarang ini. Biarlah dipertontonkan video yg sebegitu agar kita sbg umatNya takut atas hari pembalasan, cinta akan tuhan dan solat mendirikan tiang agama. Yg menjadi masalahnya, sedikit sebanyak ibubapa yg menentang penggunaan video tersebut terkena tempiasnya. Tepuk dada tanya selera. Not extreme, but awareness....
Aku cukup risau cakap menteri dari jenis otak tersumbat ni....dia lebih risau kalau orang nak jadi baik dari nak jadi jahat.
Sudahlah tidak mahu mempertimbangkan isu ini berdasarkan agama malah boleh bersetuju pula dengan pendapat segelintir ibubapa dari spesis otak sekular. Orang ramai secara amnya tidak membantah pun malah bersetuju pula.
Kalau perubahaan kearah kebaikan itu kan baik..kalau belum implikasi lagi dah beri macam komen...nampak sangat
menteri nie sendiri pun takut nak tengok video tu.Biarlah jadi kepimpinan melalui teladan...bukan cakap aje banyak implikasinya kurang..Kalau sekadar nak tayang video untuk kebaikan dan pendidikan anak anak nie..mana bisa beri kesan buruk...pak menteri...mungkin pak menteri kena pi tengok kehidupan harian anak-anak muda di sekolah hari nie lebih kerap...jadilah orang yang tahu memimpin dari dipimpin.
Post a Comment