sun2surf | THE Anti-Corruption Agency (ACA)'s probe into allegations against Inspector-General of Police (IGP) Tan Sri Musa Hassan and Attorney-General (A-G) Tan Sri Abdul Gani Patail for abuse of power will be conducted with integrity although there may be conflicts of interest.
Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Nazri Abdul Aziz said the persons directly involved in the case will not participate in the decision-making process.
He said there are two aspects to the A-G, namely the A-G as an individual, and the A-G as an institution which comprises other officials such as the deputy A-G or the solicitor-general.
"The decision whether to prosecute or not will not be decided by the A-G as an individual but will be made by the A-G as an institution. And, because of conflict of interests, surely he (A-G) will not take part.
"So in this case, although conflict of interests may exist, it could still be implemented as there are other officials who can take part in the decision-making process," he said in reply to a supplementary question from Mohd Yusmadi Mohd Yusoff (PKR-Balik Pulau) today.... selanjutnya.
Jul 7, 2008
IGP, A-G will be excluded from decision-making in probe, says Nazri
Labels: Belit Gani, Belit Musa Aman, Belit Nazri
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jun 16, 2008
BPR tutup kes berprofail tinggi di Sabah?
malaysiatoday - Selepas Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR), Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Said Hamdan menutup kes rasuah Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, satu lagi kes berprofail tinggi ditutup di Sabah. Kes terbaru melibatkan Pengurus Besar Kumpulan Yayasan Sabah, Daud Tampokong yang merupakan orang paling kanan dan 'perancang ekonomi' Musa Haji Aman yang kesnya telah ditutup oleh Pengarah Siasatan BPR, Datuk Mohd Shukri Abdull.
Mengikut maklumat sulit BPR, penyiasatan terhadap Daud telah disiapkan oleh BPR Sabah dan kesnya telah dikemukakan ke Ibu Pejabat BPR sebelum dikemukakan kepada Peguam Negara untuk tindakan lanjut.
Namun Daud yang mempunyai wang dalam akaun peribadi sejumlah lebih RM18 juta dan lebih RM780 juta wang milik Musa Aman dalam kegiatan money-laundering, telah dilepas dan dibebaskan tanpa dihadapkan ke mahkamah apabila Shukri menutup kes berkenaan tanpa sebarang alasan munasabah.
Berapakah wang yang Daud atau Musa Aman telah bayar untuk menutup kes berprofail tinggi berkenaan belum diketahui, namun Pengarah BPR Selangor, Mohd Jamidan telah menerima lebih RM7 juta untuk menutup kes pembalakan haram di Keningau yang melibatkan Musa Aman dan kroninya.
Untuk rekod, Ahmad Said dan Shukri masing-masing menerima pingat Seri Panglima Darjah Kinabalu (S.P.D.K) dan Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (P.G.D.K) daripada Kerajaan Negeri Sabah sempena Hari ulang tahun kelahiran Tuan Yang diPertua Negeri Sabah tahun 2007.... selanjutnya.
Labels: Belit Musa Aman
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jan 5, 2008
SOI LEK BERHENTI, MUSA AMAN TAK MAU

Skandal Seks, Musa Aman harus letak jawatan
malaysia-today.net
Mengikut siasatan Malaysia Today, Musa bernikah secara sah dengan Jennifer Marcus dan telah memperoleh dua orang anak, namun pernikahan tersebut tidak didaftarkan secara sah.
Musa juga pernah menjalinkan hubungan sulit dengan seorang kerani di Yayasan Sabah sehingga melahirkan seorang anak luar nikah dan kemudiannya bernikah dengan wanita tersebut.
Kini Musa turut dilibatkan dengan seorang wanita Filipina, Emmelda, yang masih menjadi isteri orang tetapi sering kelihatan bersama Musa di sebuah Pulau Bebas Cukai.
Jika kenyataan ini agak keterlaluan, sila anda semak Laporan Polis 81 Dalil yang difailkan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Dr Jeffrey Kitingan pada tahun lalu;
”DALIL KETIGA PULUH SATU: Telah menggunakan kedudukannya sebagai Pengarah Yayasan Sabah dengan melantik seorang wanita Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang mendapat kad pengenalan projek daripada Task Force Umno, RAHMAWATI sebagai kerani di Yayasan Sabah. Rahmawati tidak mempunyai sebarang kelulusan. Ketika itu ibu bapa Rahmawati juga tidak mempunyai sebarang dokumen. Musa telah membayar sejumlah RM5,000 kepada Pengarah Jabatan Pendaftaran Sabah, Abdul Rauf Sani (Bekas Tahanan ISA kerana KP Projek) untuk mendapatkan kad pengenalan projek berkenaan. Musa turut mempunyai SKANDAL SEKS dengan gadis berkenaan sehingga melahirkan anak ’LUAR NIKAH’ yang dihantar ke Banjar Masin, tempat asal gadis berkenaan untuk menutup rahsia. Musa menghantar Rahmawati melanjutkan pelajaran ke Australia dengan meluluskan biasiswa Yayasan Sabah kepada RAHMAWATI yang dinikahinya. Setelah kembali daripada Australia, Musa melantik isterinya (Rahmawati) sebagai PENGURUS WILAYAH YAYASAN SABAH SANDAKAN sehingga kini. Sehubungan itu Musa secara sedar telah menyalahguna kuasa melakukan rasuah mengikut Seksyen 2(1), Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970 dan Seksyen 8(1) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960. |more...|
Labels: Belit Musa Aman
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments

