KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 16, 2008

BPR tutup kes berprofail tinggi di Sabah?

malaysiatoday - Selepas Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR), Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Said Hamdan menutup kes rasuah Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, satu lagi kes berprofail tinggi ditutup di Sabah. Kes terbaru melibatkan Pengurus Besar Kumpulan Yayasan Sabah, Daud Tampokong yang merupakan orang paling kanan dan 'perancang ekonomi' Musa Haji Aman yang kesnya telah ditutup oleh Pengarah Siasatan BPR, Datuk Mohd Shukri Abdull.

Mengikut maklumat sulit BPR, penyiasatan terhadap Daud telah disiapkan oleh BPR Sabah dan kesnya telah dikemukakan ke Ibu Pejabat BPR sebelum dikemukakan kepada Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Namun Daud yang mempunyai wang dalam akaun peribadi sejumlah lebih RM18 juta dan lebih RM780 juta wang milik Musa Aman dalam kegiatan money-laundering, telah dilepas dan dibebaskan tanpa dihadapkan ke mahkamah apabila Shukri menutup kes berkenaan tanpa sebarang alasan munasabah.

Berapakah wang yang Daud atau Musa Aman telah bayar untuk menutup kes berprofail tinggi berkenaan belum diketahui, namun Pengarah BPR Selangor, Mohd Jamidan telah menerima lebih RM7 juta untuk menutup kes pembalakan haram di Keningau yang melibatkan Musa Aman dan kroninya.

Untuk rekod, Ahmad Said dan Shukri masing-masing menerima pingat Seri Panglima Darjah Kinabalu (S.P.D.K) dan Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (P.G.D.K) daripada Kerajaan Negeri Sabah sempena Hari ulang tahun kelahiran Tuan Yang diPertua Negeri Sabah tahun 2007.... selanjutnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive