KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 16, 2008

Pemuda PAS berhimpun jika konsert dangdut, rock diteruskan

harakahdaily - [...] Menurut Sallehen, Pemuda PAS Selangor menyokong penuh pertandingan tersebut kerana sukan merupakan salah satu kegiatan hidup dan mampu menjana ekonomi negeri.

"Kami difahamkan bagi menyerikan program itu turut diadakan konsert Mas Idayu dan Ella. Sudah pasti persembahan mereka akan mengundang risiko moral yang tinggi dan tidak ada tempat dalam Islam," tegasnya.

Beliau berkata, konsert itu hanya menggambarkan program gaya hidup mewah dan membazir sedangkan pada waktu yang sama rakyat berada dalam kegelisahan dan tekanan akibat kenaikan harga minyak dan barangan keperluan.

Katanya, setiap pemimpin perlu menunjukkan teladan hidup berjimat cermat dan mengelakkan daripada gaya hidup mewah.

Sallehen menegaskan isu prinsip seperti menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran tidak boleh dikompromi atau ditutup sebelah mata oleh PAS, sebuah parti yang konsisten dalam perjuangan Islam sejak 50 tahun.

PAS menyedari bahawa konsert Mas Idayu dan Ella hanya akan menyumbang ke arah peningkatan gejala sosial yang memang sudah cukup membimbangkan, katanya.

Menurut beliau, rakyat Selangor mesti dipacu ke arah memiliki akhlak dan moral yang baik di samping maju dan sejahtera dalam suasana bersih, telus dan bebas rasuah.... selanjutnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive