siasah - “Pecat pegawai kerajaan yang anti rakyat dan tidak patuhi arahan kerajaan.”
Itu cadangan anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali ketika mengulas cerita kong kalikong antara Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bh (Syabas) dan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).
“Buat apa kita simpan pegawai sebegini. Bukan sahaja menyusahkan kerajaan tetapi menyusahkan rakyat yang mahukan air percuma,” kata Dr Lo’ Lo’.
Beliau mengulas tindakan Syabas menolak cadangan KDEH, anak syarikat kerajaan negeri Selangor untuk membolehkan rakyat Selangor menikmati air percuma mulai 1 Jun ini.
Syabas adalah pemegang konsesi pembekalan air di Selangor. KDEH pula adalah anak syarikat milik penuh kerajaan negeri Selangor yang turut mempunyai saham yang terbesar (lebih 50 peratus) dalam Syabas.
1 comments:
Rakyat sokong tindakan kerajaan negeri PR untuk pecat dan ambil tindakan terhadap siapa siapa kaki tangan kerajaan yang "slack" dan yang tidak beri kerjasama.
Kami rakyat biasa pun tidak mahu orang macam ini .
Adalah baik kita minta orang sebegitu "resign" dan di pecat.
PR harus juga kaji tingkah laku polis negeri.
Pecat atau tendang mana mana ketua polis negeri yang enggan kerjasama dan yang biadap terhadap rakyat.
Rakyat telah serah kuasa kepada Pakatan Rakyat untuk buat perubahan. Ubah lah negeri dan negara ini.
Post a Comment