telaahpolitik - [...] Berdasarkan kepada alasan tersebut, kemungkinan ada satu lagi agenda politik yang sedang diatur oleh Pak Lah dan Khairy di sebalik tindakan memilih untuk tidak popular ini. Agenda ini adalah susulan dengan kemasukan semula 'Mr Ombudsman' Ezam ke dalam UMNO. Malah, sewajarnya dilihat dalam keadaan sekarang sehingga Perhimpunan Agung UMNO hujung tahun ini, tindakan Pak Lah tidak dapat dipisahkan daripada agenda menghadapi Dr Mahathir dan proksinya. Oleh sebab itu, tindakan Pak Lah memilih untuk tidak popular dengan menaikkan harga minyak secara melampau ini tidak mungkin dapat dipisahkan dengan agenda menghadapi Dr Mahathir tersebut.
Pak Lah sebenarnya sedang menggunakan 'senjata-senjata pemusnah besar' untuk menghadapi Dr Mahathir. Antara senjata pemusnah besar Pak Lah menghadapi Dr Mahathir ialah isu kehakiman, isu ketelusan Petronas, isu kegagalan penswastaan, isu rasuah dan isu kemerosotan sektor pertanian. Kesemua isu ini telah disembunyikan dengan sempurnanya semasa Dr Mahathir berkuasa sehingga pekungnya seperti tidak lagi dapat dicium kebusukannya. Bagaimanapun pekung itu telah dibuka satu demi satu sebagai usaha untuk menutup mulut Dr Mahathir dan seterusnya memastikan Pak Lah terus berkuasa selepas Perhimpunan Agung UMNO hujung tahun ini.... selanjutnya.
0 comments:
Post a Comment