KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 16, 2008

MB minta PM serah hasil Petronas kepada negeri Pakatan Rakyat

harakahdaily - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencabar Perdana Menteri supaya menyerahkan hasil Petronas kepada lima negeri Pakatan Rakyat jika mahu negeri-negeri tersebut mendahului menurunkan harga minyak.

Beliau memberi jaminan jika hasil Petronas dapat diserahkan kepada kerajaan Pakatan Rakyat, tidak akan berlaku kenaikan harga petrol dan diesel.

Katanya, lima negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat memang tidak boleh menurunkan harga minyak kecuali jika Pakatan Rakyat memerintah kerajaan Persekutuan.

"Kita boleh memanggil pihak Petronas dan agensi lain dan berbincang bagaimana duit yang ada sekarang disalurkan," katanya ketika menjawab pertanyaan wartawan selepas Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaaan Negeri Selangor di Dataran SUK, Shah Alam, pagi tadi.

Berhubung kenaikan harga minyak, PM sebelum ini mencabar lima negeri Pakatan Rakyat supaya menurunkan harga minyak terlebih dahulu.

"Jika negeri Pakatan Rakyat diserahkan semua hasil Petronas, saya sendiri boleh buat kira-kira itu," tegas beliau.... selanjutnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive