Surat amaran dari pihak syabas kepada kontraktor kontraktor mereka.
Sekiranya Pihak Tuan tidak menandatangani borang sokongan, nama syarikat tuan akan di senaraihitamkan daripada projek projek SYABAS di masa akan datang.
Wawawa .... bukan main korang ye. Nak jadi Tuhan ke. Sanggup ugut orang lain. Macam air kat dunia ni bapak korang punya. baca artikel chegubard.
Sep 10, 2008
Sokong atau senarai hitam !!!
Labels: Belit Syabas
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jul 8, 2008
End of the road for Puncak's Rozali?
malaysiatoday |
by Doreen Leong, The Edge
With the federal government certain of taking over the existing water assets in Selangor and Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB) assured of leading the consolidation of concessionaires in the state, Puncak Niaga Holdings Bhd executive chairman Tan Sri Rozali Ismail is on the verge of exiting the industry.
Industry observers said the exit of Rozali, long the captain of the water industry in Selangor, was expected but the question now was the price he would be willing to relinquish the prized-assets to the government.
KDEB last Friday announced that the state government had been notified by Energy, Water and Communications Minister Datuk Shaziman Abu Mansor that the federal government was supportive of the proposed consolidation of the four water concessionaires in the state.
The reaffirmation by the federal government erased concerns on how KDEB planned to fund the consolidation exercise in Selangor, which was speculated to cost between RM8 billion and RM10 billion.
Apart from the consolidation exercise, the federal government has also set up a funding mechanism through Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) to take over the assets and liabilities of the concessionaires and would fund future capital expenditures.
Water assets in the state will be acquired and owned by PAAB and leased back to the asset operator, which will be, in this case, KDEB.
Initially, analysts were doutful of KDEB's ability to raise funds for the proposed consolidation exercise as based on the combined revenue of all the water-related companies to be taken over, with the net effect of it being barely able to cover interest payments.... selanjutnya.
Labels: Belit Syabas
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jun 27, 2008
Syabas nak naikkan tarif air
mstar - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) sedang berbincang untuk mengemukakan cadangan kenaikan tarif air di Lembah Klang berikutan peningkatan kos yang dihadapi oleh syarikat pembekal air itu.
Pengerusi Eksekutif Syabas Tan Sri Rozali Ismail berkata syarikat itu perlu meneliti aspek seperti kenaikan kos barangan dan perkhidmatan berikutan kenaikan harga petrol dan diesel barubaru ini dan impaknya terhadap harga air, sebelum menghantar cadangan itu kepada Kementerian Air, Tenaga dan Komunikasi.
"Kita sedang berbincang dengan semua pihak berkaitan mengenai impak semua kenaikan kos berkaitan seperti bekalan elektrik, kimia dan peralatan, dan sekarang kita juga sedang melihat kepada gaji (kakitangan) dan sebagainya.
"Sekarang ini adalah satu tempoh yang sukar," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian mesyuarat agung kali kedua Persatuan Air Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya (SWAN) oleh Timbalan Menteri Air, Tenaga dan Komunikasi Datuk Joseph Salang Gandum di sini hari ini.
Ditanya mengenai kadar kenaikan yang dicadangkan itu, Rozali berkata :"Ini saya tak dapat sahkan kerana kami masih berbincang. Belum tahu lagi."
Sebelum ini, akhbar melaporkan pengguna air di Lembah Klang dijangka berhadapan dengan kenaikan sebanyak 37 peratus iaitu RM1.90 bagi setiap meter padu mulai tahun depan.... selanjutnya.
Labels: Belit Syabas
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Jun 25, 2008
Syabas pun pening?
Syabas nafi tuduh Perbadanan Putrajaya curi air
MStar - Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) hari ini menafikan ada membuat tuduhan mengaitkan Perbadanan Putrajaya dengan kejadian mencuri air di Putrajaya.
Pengurus Besar Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas Abdul Halim Mat Som berkata Syabas tidak pernah menuduh atau mengeluarkan sebarang kenyataan yang mengaitkan Perbadanan Putrajaya seperti yang dilaporkan beberapa akhbar semalam.
Siasatan sedang dijalankan bagi mengenalpasti pihak yang membuat sambungan haram dari saluran paip utama Syabas di Presinct 2, Putrajaya, kata Syabas dalam kenyataannya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau berharap pihak media mendapatkan kesahihan berhubung perkara tersebut terlebih dahulu dan melaporkannya berdasarkan fakta yang tepat.
Semalam, beberapa akhbar melaporkan pengurusan Syabas mendedahkan kegiatan mencuri air yang didakwa dilakukan oleh Perbadanan Putrajaya dengan menggunakan dua unit tetiang meter pukal yang dipasang secara haram.
Bagaimanapun tuduhan itu disangkal Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Samsudin Osman yang menyatakan kerjakerja pemasangan meter yang mengaitkan pihaknya dengan perbuatan itu mungkin dilakukan oleh pemaju yang memasangnya tanpa kebenaran.
Labels: Belit Syabas
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jun 16, 2008
Air percuma: Pecat pegawai yang susahkan rakyat
siasah - “Pecat pegawai kerajaan yang anti rakyat dan tidak patuhi arahan kerajaan.”
Itu cadangan anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali ketika mengulas cerita kong kalikong antara Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bh (Syabas) dan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).
Beliau mengulas tindakan Syabas menolak cadangan KDEH, anak syarikat kerajaan negeri Selangor untuk membolehkan rakyat Selangor menikmati air percuma mulai 1 Jun ini.
Syabas adalah pemegang konsesi pembekalan air di Selangor. KDEH pula adalah anak syarikat milik penuh kerajaan negeri Selangor yang turut mempunyai saham yang terbesar (lebih 50 peratus) dalam Syabas.
Labels: Air Percuma, Belit Syabas
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Jun 12, 2008
Syarikat korporat jangan main politik
roslansms - “No free water for Selangor” demikianlah salah sebua tajuk berita dalam akhbar The Star hari ini. Sudah pasti tajuk ini mengundang minat orang untuk membacanya, adakah kerajaan Selangor tiba-tiba berputar-arah dan menarik balik keputusannya untuk memberikan air percuma (20 meter padu pertama) kepada rakyat Selangor bermula bulan ini?
Menurut laporan pemegang konsesi air di Selangor iaitu Syarikat Bekalan Air Selangor atau SYABAS tidak dapat memenuhi tuntutan anak syarikat kerajaan negeri Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) berkenaan pengagihan air percuma ini. KDEB dikatakan hanya akan menawarkan pamapasan kepada SYABAS setelah pengstrukturan semula perkhidmatan air di Selangor dilakukan oleh kerajaan negeri.. Menurut jurucakap SYABAS langkah KDEB itu akan menjejaskan aliran tunai dan operasi harian SYABAS.
SYABAS sebaliknya menawarkan akan mencaj kerajaan negeri ke atas air yang diberi percuma itu setiap hujung bulan dengan kerajaan negeri dikehendaki menjelaskannya dalam tempuh 14 hari.... selanjutnya.
Labels: Belit Syabas
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jun 11, 2008
S'gor dapat air percuma, akhirnya
no2umno - Khir Toyo sure bangang nye ..... wakakakakamalaysiakini - Kira-kira sejuta penduduk Selangor akan mendapat bekalan air percuma, seperti dijanjikan, mulai 15 Jun selepas kerajaan negeri menyelesaikan rundingan dengan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) pagi ini.
Manifesto Pakatan Rakyat untuk memberikan 20 meter padu air secara percuma - atau potongan RM11.40 - akan diteruskan kepada pengguna domestik bermeter individu, demikian diumumkan oleh menteri besar.MCPX
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau telah berjaya mencapai persetujuan tersebut dengan ketua pegawai eksekuif Syabas, Datuk Ruslan Hassan dan presiden Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB), Datuk Abd Karim Munisar.
Syabas minggu lalu menolak permintaan kerajaan negeri untuk berbuat demikian, termasuk selepas berunding dengan KDEB, sebuah syarikat milik kerajaan Selangor yang terlibat dengan syarikat pengurusan air tersebut.... selanjutnya.
Labels: Air Percuma, Belit Syabas
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
SYABAS nak mengganas
Syabas lancar operasi besar-besaran potong bekalan air bagi bil tertunggak
Utusmeloya - Para pengguna sekitar bandar raya dan Hulu Langat yang mempunyai bil air tertunggak akan menghadapi tindakan pemotongan bekalan oleh pihak Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) menerusi operasi pemotongan yang sedang dijalankan.
Operasi yang bermula sejak Khamis lepas sehingga akhir bulan ini dijalankan secara berperingkat-peringkat.
Menurut kenyataan Syabas hari ini operasi itu melibatkan keseluruhan taman-taman perumahan di Cheras, Semenyih, Kajang, Sungai Besi serta kawasan sekitar Bukit Bintang, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kampung Baru, Jalan Sultan Ismail, Jalan Ampang, Bukit Persekutuan, Jalan Ipoh, Taman Tunku dan Segambut.
Syabas menasihati pengguna kawasan terbabit yang mempunyai tunggakan bil air supaya segara membuat pembayaran bagi mengelakkan bekalan air dipotong.
Pengguna yang dipotong bekalan air akan dikehendaki membayar caj penyambungan sebanyak RM50 sebelum bekalan air dapat disambung semula, menurut kenyataan itu.
no2umno - Hero la tu ...
Labels: Belit Syabas
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jun 9, 2008
Syabas terus halang pemberian air percuma
Selepas BPR, Syabas turut menekan Kerajaan negeri selangor di dalam usaha memberikan air percuma kepada rakyat negeri ini. Sudah kubilang, bukan mudah untuk meneraju negeri selagi Kerajaan Pusat tidak bertukar tangan. Yang salah dihentam ... itu biasa. Tapi yang baik pun di halang.
Selepas tiga hari Menteri Besar Selangor menjamin air percuma mula bulan ini, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) hari ini menolak terma-terma dan syarat-syarat pembayaran yang dijanjikan oleh Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) bagi pihak kerajaan negeri Selangor - MystarKita kena berfikiran positif. Dengan tersebarnya berita seperti ini, rakyat perlu bijak menilai. Bukan Pakatan Rakyat yang tidak mahu, tapi Syabas yang masih berdolak dalik. Selepas ini ... anda tahu memilih siapa yang betul dan siapa yang salah. Pasti .... selepas ini, Bekas Menteri besar Selangor, akan terus menekan kerajaan baru untuk melaksanakan manifesto. Sedangkan dalang nya masih berkeliaran. Anwar ...... seterusnya tanggungjawab kamu.
Labels: Belit Syabas
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jun 7, 2008
Syabas diarah potong RM11.40 dari bil
malaysiakini - [...] Dalam satu kenyataan semalam, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberi jaminan bahawa bekalan 20 meter padu air percuma berjalan seperti dirancang.Katanya, kerajaan Selangor telah mengarahkan Syabas berbuat demikian mulai bulan ini, demikian menurut laporan Bernama.
Khalid berkata, Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB) telah mengeluarkan surat kepada Syabas semalam, mengarahkan syarikat tersebut melaksanakan pemotongan harga air itu.
"Pengguna tidak perlu ragu atau bimbang tidak akan dapat air percuma kerana kerajaan jamin ia akan diberi," katanya.
Mulai 1 Jun,1.5 juta pengguna individu di Selangor akan menerima air percuma sebanyak 20 meter padu sebulan atau bersamaan RM11.40 sebagai memenuhi satu daripada janji dalam manifesto Pakatan Rakyat dalam kempen pilihanraya umum lalu.... selanjutnya.
Labels: Belit Syabas, Kerajaan Selangor
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Apr 7, 2008
400 minum air bercampur najis

ANGKUT: Lori syabas yang membawa air
bersih untuk penghuni kondominium, semalam.
KLANG: Kira-kira 400 penduduk sebuah kondominium di Jalan Kampung Jawa, di sini terkejut selepas menyedari mereka bukan saja mandi, malah minum air bercampur najis sejak empat hari lalu.
Mereka menyedari perkara itu selepas jawatankuasa penduduk melakukan pemeriksaan kerana tidak tahan dengan bau busuk dan 18 penghuni mengalami cirit-birit, muntah, ruam dan demam, sejak dua minggu lalu.
Pemeriksaan mendapati ada najis dalam tangki utama takungan air berkenaan yang terletak di tingkat bawah kondominium.
Ia dipercayai berlaku apabila satu daripada paip di atas tangki air utama pecah menyebabkan najis yang disalurkan masuk dalam tangki berkenaan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda, Mat Shuhaimi Shafiei, ketika melawat kawasan berkenaan memaklumkan bekalan air di aras enam kondominium dihentikan serta-merta sejurus penemuan Khamis lalu.
"Ia sangat menjijikkan dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) kini membekalkan air kepada penduduk menggunakan dua tangki air besar ditempatkan di bawah kondominium. more...
Labels: Belit Syabas
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Mar 14, 2008
AIR MEREKA LEBIH BERSIH ...
Drinking water in state is safe, official says
pennlive.com
BY CHRIS A. COUROGEN
Of The Patriot-News
Don't worry. Go ahead. Drink the water.
That's what state and local water officials are saying in reaction to reports that pharmaceuticals have been found in drinking water around the nation.
"Pennsylvania's drinking water is safe and will continue to be safe," said Neil Weaver, spokesman for the state Department of Environmental Protection.
Local water companies don't test for pharmaceuticals in their water, but they point to the small amounts detected elsewhere as evidence there is no need for concern.
"The research we have looked at found concentrations that were 20,000 to as much as 70,000 times lower than an acceptable daily intake," United Water spokesman Bob Manbeck said. "We believe if EPA [the U.S. Environmental Protection Agency] were concerned about the trace amounts found in certain waters, they would make testing mandatory."
The levels are so low that only recently has technology advanced to the point of allowing them to be detected. United, which serves 45,000 customers in the midstate, does not own equipment capable of detecting traces that small, Manbeck said.
"It's parts per trillion," Weaver said. "It's like a grain of sand in an Olympic-sized swimming pool."
"Sure, these compounds have been detected around the country at low levels. It is our understanding they do not pose a health impact," Manbeck said. "Researchers are more certain about the impacts on fish and wildlife."
But low levels of chemicals concern some experts.
Pharmaceuticals in waterways have been shown to feminize male fish. Studies have also shown the drugs affect sentinel species at the foundation of the pyramid of life -- such as earth worms in the wild and zooplankton in labs.
No2umnO - Di Pennsylvania air dijamin bersih, kat Malaysia ... "YOU DRINK, YOU DIE".
Labels: Belit Syabas
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments