mstar - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) sedang berbincang untuk mengemukakan cadangan kenaikan tarif air di Lembah Klang berikutan peningkatan kos yang dihadapi oleh syarikat pembekal air itu.
Pengerusi Eksekutif Syabas Tan Sri Rozali Ismail berkata syarikat itu perlu meneliti aspek seperti kenaikan kos barangan dan perkhidmatan berikutan kenaikan harga petrol dan diesel barubaru ini dan impaknya terhadap harga air, sebelum menghantar cadangan itu kepada Kementerian Air, Tenaga dan Komunikasi.
"Kita sedang berbincang dengan semua pihak berkaitan mengenai impak semua kenaikan kos berkaitan seperti bekalan elektrik, kimia dan peralatan, dan sekarang kita juga sedang melihat kepada gaji (kakitangan) dan sebagainya.
"Sekarang ini adalah satu tempoh yang sukar," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian mesyuarat agung kali kedua Persatuan Air Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya (SWAN) oleh Timbalan Menteri Air, Tenaga dan Komunikasi Datuk Joseph Salang Gandum di sini hari ini.
Ditanya mengenai kadar kenaikan yang dicadangkan itu, Rozali berkata :"Ini saya tak dapat sahkan kerana kami masih berbincang. Belum tahu lagi."
Sebelum ini, akhbar melaporkan pengguna air di Lembah Klang dijangka berhadapan dengan kenaikan sebanyak 37 peratus iaitu RM1.90 bagi setiap meter padu mulai tahun depan.... selanjutnya.
PEMIMPIN PN OTAK KEMETOT.
15 minutes ago
1 comments:
Mak datuk 37%?Pulangkan balik kpd kerajaan negeri macam dulu.Melampau betul,siapalah punya kerja swastakan semua air,letrik ni,MP BN bersoraklah semua bila luluskan usul menindas rakyat ni.Korang yg pilih mereka jgn nak mengeluh,korang pun patut sorak sama.Hooray!!!Air naik!
Post a Comment