KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 27, 2008

Anwar amal nepotisme?

Konnonnya adik Anwar Ibrahim dilantik sebagai penasihat KDEB, anak syarikat kerajaan negeri Selangor. Ambil keratan berita akhbar meloya itu

Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) digesa memberi penjelasan tentang dakwaan terdapat ahli keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai penasihat syarikat milik kerajaan negeri Selangor itu.

Bekas Setiausaha Anwar, Mohamad Ezam Mohd. Nor berkata, beliau amat terkejut apabila diberitahu tentang perkara itu dan jika benar bermakna tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu telah melanggar prinsip reformasi.

“Selama ini, Anwar sering katakan bahawa tidak patut wujudnya nepotisme dalam politik, namun kini, dia sendiri yang mengamalkannya dengan melantik ahli keluarga menjawat jawatan tersebut.

“Pihak pengurusan KDEB harus tampil untuk memberi penjelasan tentang perkara ini dan mengesahkan kebenaran dakwaan itu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.- utusmeloya
di jawab di dalam Malaysiakini...
Ahli keluarga terdekat Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meletakkan jawatannya secara mengejut daripada Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), syarikat besar milik kerajaan Selangor, semalam.

Saudara kandung Anwar, yang tidak dinamakan, menyerahkan surat meletakkan jawatan dalam tempoh 24 jam, kata sumber-sumber PKR.

Tindakan adiknya dibuat setelah ditegur oleh penasihat PKR itu bagi mengelakkan tugasnya di syarikat itu "mencemarkan imej" beliau dan parti, kata mereka.

Sumber-sumber itu memberitahu Malaysiakini hari ini, Anwar tidak tahu-menahu mengenai pelantikan adiknya itu sehinggalah beberapa hari lalu.

Selain memaksa adiknya meninggalkan tugasnya di KDEB, menurut sumber-sumber lagi, Anwar juga memaklumkan perkara itu kepada menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. - malaysiakini
Ubah la cepat ... meluat dah aku nak baca Utusan Meloya. Asyik nak tunggu kesilapan berita untuk di jadikan modal. Kalau Utusan lebih nutral, lepas ni no2umno pun dah tak payah ujud. Dah Letih .....

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive