KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 27, 2008

Semuanya tidak benar - Yahya Shaari

malaysiakini - [...] "Tidak ada akaun kedua yang dibuka untuk tujuan itu, tiada transaksi dan tidak ada pungutan wang,” katanya, yang meletakkan jawatan tersebut dan setiausaha perhubungan PKR negeri, Isnin lalu.

"Kenyataan menteri besar (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim), Datuk Dr Hassan Ali dan (bekas pemimpin kanan PKR) Ezam (Mohd Nor) tidak benar," katanya kepada Malaysiakini.

Beliau diminta mengulas dakwaan pesuruhjaya PAS itu bahawa partinya tidak diberitahu mengenai pungutan wang daripada syarikat swasta untuk menjayakan majlis sambutan tersebut, 20 Jun lalu.

Kelmarin, Ezam mendakwa pejabat menteri besar Selangor telah membuat surat dan menghantarnya kepada banyak syarikat supaya memasukkan wang ke dalam akaun milik individu.

"Ada syarikat yang beritahu saya mengenai perkara tersebut dan saya akan tunjukkan surat itu," katanya ketika berceramah di Sungai Besi di ibu negara, Rabu lalu.

Yahya berkata, majlis sambutan 100 hari itu diuruskan oleh kerajaan negeri dan bukannya oleh Pakatan Rakyat.

Katanya, urusan kewangan untuk program tersebut juga tanggungjawab kerajaan negeri.

"Memang pada peringkat awal, Pakatan Rakyat mahu menganjurkan program tersebut tetapi ia dibatalkan dan diberikan kepada kerajaan negeri.... selanjutnya.

berita terdahulu - Dr Hassan tidak tahu 'tabung politik'

1 comments:

Putra IJ80 said...

Pendedahan Yahaya seirama dengan ucapan Ezam,.

Agak nya mereka berdua sudah sehati sejiwa,untuk menggerakan usaha menjatuhkan PR,bukan di Selangor saja.

Yang kita sedih EZAM...,masuk UMNO,itu saja yang mampu di buatnya.

Posting terkini

Blog Archive