detikdaily - " Ya, Laila, kejap lagi saya turun bawah ...," jawab Dr Lo' Lo' dalam suara yang tenang.
Sementara menunggu Dr Lo'Lo' tiba, saya perhatikan ramai ahli Parlimen yang berjawatan menteri turun ke bawah dan berjalan di hadapan tempat kami berdiri.
Pertama kali ternampak muka Dato' Seri Syed Hamid Albar, Menteri Dalam Negeri. Berdegup kencang jantung dan pipi terasa panas, menahan marah kerana beliau baru sahaja melanjutkan penahanan suami saya di bawah ISA selama 2 tahun lagi, memasuki tahun ketujuh.
Pertama kali juga, saya lihat begitu ramai menteri hadir di Parlimen.Yang tidak kelihatan kelibatnya hanyalah Perdana Menteri dan timbalannya.
Suasana ini berbeza sangat jika dibandingkan dengan suasana pada tahun 2005 dan 2006 dahulu. Pada masa itu, hanya ada beberapa menteri memenuhkan kerusi di ruang rehat yang terletak di sebelah lobi....selanjutnya.
PEMIMPIN PN OTAK KEMETOT.
2 minutes ago
0 comments:
Post a Comment