Syabas nafi tuduh Perbadanan Putrajaya curi air
MStar - Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) hari ini menafikan ada membuat tuduhan mengaitkan Perbadanan Putrajaya dengan kejadian mencuri air di Putrajaya.
Pengurus Besar Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas Abdul Halim Mat Som berkata Syabas tidak pernah menuduh atau mengeluarkan sebarang kenyataan yang mengaitkan Perbadanan Putrajaya seperti yang dilaporkan beberapa akhbar semalam.
Siasatan sedang dijalankan bagi mengenalpasti pihak yang membuat sambungan haram dari saluran paip utama Syabas di Presinct 2, Putrajaya, kata Syabas dalam kenyataannya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau berharap pihak media mendapatkan kesahihan berhubung perkara tersebut terlebih dahulu dan melaporkannya berdasarkan fakta yang tepat.
Semalam, beberapa akhbar melaporkan pengurusan Syabas mendedahkan kegiatan mencuri air yang didakwa dilakukan oleh Perbadanan Putrajaya dengan menggunakan dua unit tetiang meter pukal yang dipasang secara haram.
Bagaimanapun tuduhan itu disangkal Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Samsudin Osman yang menyatakan kerjakerja pemasangan meter yang mengaitkan pihaknya dengan perbuatan itu mungkin dilakukan oleh pemaju yang memasangnya tanpa kebenaran.
RAKYAT CERDIK HARUS BERFIKIR
3 hours ago
0 comments:
Post a Comment