KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 25, 2008

PAS P. Pinang kecewa dengan sikap YDP Maipp

harakahdaily - [...] PAS Pulau Pinang kecewa Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp), Shabudin Yahya tidak berperanan menjalankan tugas yang diamanahkan oleh Yang Dipertuan Agong sebaliknnya cuba bermain politik dengan menghalakan kesalahan kepada PAS dan Parti Keadilan Rakyat (KeAdiLan) kononnya membiarkan penjualan arak di Karnival Hari Belia Pulau Pinang yang berlangsung di Autocity, Juru semalam.

Setiausaha PAS Negeri, Fazhil Kemi dalam kenyataanya menyifatkan, YDP Maipp 'makan gaji buta' kerana hanya memandang tetapi tidak bertindak dengan peruntukan yang ada.

Jelasnya, Maipp boleh bertindak menerusi Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Pulau Pinang) 1996. Kesalahan berkaitan akidah Syeksyen 19(1) meminum minuman memabukkan dendanya dua tahun penjara atau RM3,000 atau kedua-duanya sekali.

Syeksyen 19(2) membuat, menawar, menyimpan, mempamer untuk jualan atau membeli boleh didenda tiga tahun penjara atau denda RM5,000.

"Beliau orang yang paling berkuasa untuk bertindak terhadap pesalah bukan diam dengan menghentam PAS dan KeAdiLan. PAS bukan ada kuasa tapi Maipp," ujarnya.... selanjutnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive