KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 25, 2008

Terlajak kata buruk padahnya

Kita tengok apa kata Yahaya Shaari selepas ini ... rujuk berita awal


MSTar - [...] Yahya yang dihubungi lewat petang memberitahu mStar Online, beliau tidak akan menarik balik pendiriannya yang tidak percaya dengan kepimpinan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Selepas meletakkan jawatan sebagai pegawai petugas khas, saya akan tumpukan jentera parti sahaja.

"Hasil perbincangan saya dengan Anwar petang ini adalah positif," kata beliau sambil menambah, Anwar juga telah mengadakan pertemuan dengan Khalid selepas pertemuan itu.

Yahya yang digantung tugas selama dua bulan meletakkan jawatan melalui suratnya yang telah dikirim melalui faks kepada Khalid semalam.

Sementara itu, di pekarangan pejabat PKR di sini, kira-kira 17 Ketua Bahagian PKR Selangor hadir bagi menyerahkan tuntutan berkaitan rasa tidak puas hati mereka berhubung soal pengagihan jawatan dalam pentadbiran kerajaan negeri oleh Khalid.

“Tidak dinafikan bukan hanya masalah pengagihan jawatan yang dipertikaikan, tetapi mereka mahu kebajikan ahli-ahli PKR yang setia dengan parti sejak mula ia ditubuhkan dibela,” kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Dr. Badrul Amin Bahron ketika ditemui pemberita.... selanjutnya.
terlajak perahu boleh diundur, terlajak kerusi roda, pun masih boleh diundur, tapi kalau terlajak kata ... buruk padahnya.

2 comments:

mangchikla said...

terburu buru amalan syaitan..

rmj said...

Ini lah payahnya sesetengah orang kita,berilmu tapi tak mengamalkannya.

Dlm Alquraan,Jelas ayat nya,hanya orang yang sabar dan taqwa,yang akan beroleh kemenangan.

Sepatutnya Yahaya mengambil iktibar dari ayat itu,bersabar,bertenang,tak usah buat apa apa dulu,dua bulan bukan lama.

Berikan kepercayaan pada pemimpin,bertindak menyelesaikannya.

Tunjukan kita pejuang tulin,matang,berjuang bukan mengharapkan pangkat,harta,melainkan untuk rakyat semata mata.

Insyallah kita akan berjaya,tidak di dunia,diakhirat lebih utama.

Posting terkini

Blog Archive