KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 25, 2008

Janji makmur manifesto BN rupanya bawa celaka

harakahdaily - Pengundi terutama yang memangkah Barisan Nasional (BN) akhirnya tertipu dengan janji makmur sebagaimana yang ditawarkan dalam manifesto BN pada pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Tindakan kerajaan menaikkan harga minyak pada 4 Jun lalu, bertentangan dengan janji BN ketika pilihan raya umum lalu untuk memberi kemakmuran kepada rakyat.

Sebelum ini Umno menuduh kerajaan Pakatan Rakyat gagal menunaikan janji manifesto pilihan raya umum lalu, terutama di Selangor. Kemampuan kerajaan PKR Selangor sering dipertikai.

Umno mengambil peluang menyerang negeri itu melalui media massa kononnya PKR gagal tunai janji manifesto walaupun berkali diterangkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa kerajaannya memerintah hanya beberapa bulan.

Bagaimanapun katanya kerajaannya telah berjaya menunaikan banyak perkara sementara selebihnya akan dilakukan secara berperingkat.

Persoalannya, siapa pada hakikat sebenarnya telah memungkiri janji secara terang dan nyata? Bagi kerajaan Pakatan Rakyat, mereka sedang berusaha menunaikan janji manifesto walaupun mungkin sebahagiannya mengambil masa kerana melibatkan undang-undang, kewangan dan pentadbiran serta kajian semula tentang data sosial ekonomi rakyat.

Tetapi Umno secara nyata dan terangan telah melanggar janji dan memungkiri apa yang telah ditaburkan kepada rakyat sebelum pilihan raya umum 8 Mac iaitu 'Selamat, Aman dan Makmur'.... selanjutnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive