malaysiatoday - Meneliti kepada surat akuan bersumpah (statutory declartion) yang diakui oleh Raja Petra Kamarudin (RPK) bertarikh 18 Jun 2008 saya yakin semasa raja bloger itu menulis artikel berjudul Let send the Altantuya murderer's to hell kerana beliau mendapat maklumat seperti mana diakukan dalam surat akuan bersumpah berkenaan.
Bukti seperti mana yang disebut dalam surat akaun itulah yang memberanikan RPK untuk menulis artikel berkenaan.
Artikel berkenaan sangat berat risikonya. Ia terbukti bila gara-gara artikel berkenaan telah menyebabkan enam orang anggota polis menyerbu rumahnya di Sungai Buloh merampas laptop kemudian beliau didakwa di mahkamah di bawah Akta Hasutan. Artikel berkenaan juga menyebabkan RPK terpaksa tidur tiga malam di penjara kerana enggan membayar wang ikatan jamin sebanyak RM5,000.
Mohd Najib Razak yang menjadi sasaran artikel itu ternyata terperagah dengan rencana berkenaan. Maka ada orang mengaitkan Najib yang bertanggungjawab 'mengarahkan' polis menyerbu rumah RPK dan kemudian mendakwa RPK. Kalau benar, bermakna tindakan Najib itu salah.
Dalam konteks politik kebenaran bukan boleh diatasi dengan undang-undang tetapi dengan penuh fatanah. Selalunya tindakan secara lateral dalam politik tidak menguntungkan orang yang bertindak.
Ada alasan kalau Najib tidak membuat 'arahan' terhadap polis ataupun tidak bersetuju kalau RPK tidak didakwa. Kerana tindakan itu boleh menyusahkan dirinya. Pengalaman yang pernah dilalui bekas TPM, Anwar Ibrahim, mungkin telah mengajar Najib. Kerana Anwar bertindak menerusi prosuder undang-undang ke atas fitnah menerusi sebuah buku mengenai dirinyalah akhirnya impiannya untuk jadi PM runtuh bercelabah.
Maka ada kemungkinan ada pihak lain yang mahu melihat RPK bergaduh dengan Najib kerana keadaan itu menguntungkan mereka! Ada orang yang akan menangguk di air keruh daripada ... selanjutnya.
RAKYAT CERDIK HARUS BERFIKIR
3 hours ago
0 comments:
Post a Comment