KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 25, 2008

Ke mana arah kita?

Janji Tuhan kepada kita. Hah ... orang dah tak ingat. Asyik dengan politik dan memikirkan soal minyak naik, ianya adalah rentetan kepada masalah yang kita sendiri yang cari. Korang nak salahkan pemimpin? Diorang tak kesah, di lantik, mereka jadi pemimpin, tak di lantik diorang duduk menebeng. Tapi kalau dah lama sangat di puji, pemimpin lupa diri. Kononnya tak ada mereka, dunia tak maju, negeri tak makmur. Bila disuruh letak jawatan, dia kata tanggung jawab belum selesai.

Bila masalah banyak, tuding jari pada pemimpin. Bila masalah banyak, tuding jari pada menteri. Tapi sendiri cari pasal. Bila menteri dah mewah, lama memerintah, diorang lupa diri. Akibatnya, rakyat di tindas dan akhirnya untuk dijatuhkan mejadi bertambah sukar. Lupa daratan. Bak kata pepatah ..... tak kenal maka tak cinta. Dah merasa, terus nak jadi kaya. Lupa rakyat, lupa dunia. Tak tongkat langit tak ingat nak mati.

DAlam sibuk berpolitik aku nak ingat kan sedikit tentang dunia kita. Dah memang janji Tuhan ... tapi kalau tak sedar juga, aku nak buat macamana. Maki maki jugak, tapi Islam kena ingat....

Kuliah untuk hari ini .....

Mari kita petik sepotong Hadis,

Daripada Hurairah bin Amr 'ash r.a. berkata, "Aku mendengar Rasullullah saw bersabda; "Bahawasanya Allah swt tidak mencabut [menghilangkan] akan ilmu itu dengan sekaligus dari [dada] manusia, Tetapi Allah swt menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim-ulama. Maka apabila sudah di tiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang orang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu di tanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesarkan orang lain."
H.R. Muslim
Keterangannya
Sekarang ini alim ulama sudah berkurangan. Satu demi satu pergi meninggalkan kita. Kalau peribahasa Melayu mengatakan , "patah tumbuh, hilang berganti", peribahasa ini sebenarnya tidak tepat berlaku kepada alim ulama. Mereka patah payah untuk tumbuh dan hilang payah untuk berganti. Sampai satu masa, permukaan akan kekurangan dan mungkin kosong dari alim ulama. Maka pada ketika itu, kehidupan di dunia ini tidak bererti lagi. Alam penuh dengan kesesatan. Manusia hilang nilai dan pegangan. Manusia tak malu dengan dosa. Tiada siapa yang bakal tegah mereka. Kejar jawatan, hilang jawatan pun dah nak jadi perang. Bila hilangnya para ulama, maka dunia akan hilang nilainya.

Keadaan sekarang ini sungguh menyedihkan. Di dalam kehilangan ramai alim ulama, terlalu kurang usaha untuk mengantikan tempat mereka. Orang sedang sibuk mencari pengganti kepada artis yang sudah pergi dari mencari pengganti kepada alim ulama yang telah meninggal dunia. Pondok dan sekolah agama di ganggu gugat untuk tujuan politik dan bukan lagi untuk mengukuhkan agama islam. Bila Islam di serang, bukan sahaja tiada usaha untuk mempertahankannya, malah ramai antara orang Islam sendiri yang bersubahat untuk meruntuhkannya pula. Terlalu banyak pembelajaran dan kajian tentang duniawi di banding kajian tentang Islam sendiri. Semata mata untuk mendapatkan kekayaan dan membina dunia yang kononnya serba canggih dan moden.

Oleh itu ..... tanggung jawab di tangan anda. Kemana kuasa hendak kau bawa? Kemana jawatan hendak diguna? Samaada anda menuju ke jalan yang benar atau disebaliknya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive