harakahdaily - Sejak perisytiharan SAPP untuk menyokong usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi minggu lepas, media cuba memperlihatkan seolah-olahnya akan berlaku 'havoc' dalam politik negara.
Anwar dan rakan-rakan Pakatan Rakyat, cuba 'dilabel burukkan' media, untuk menumbangkan kerajaan BN secara tidak bermoral dan melanggar prinsip demokrasi.
Hakikatnya, penubuhan sebuah kerajaan di peringkat Pusat adalah sesuatu yang amat serius. Anwar tidak perlu tergesa-gesa, 'no rushing, no hurry.'
Anwar mempunyai 'time frame' yang cukup. Dalam tempoh sekarang hingga 16 September, pelbagai kemungkinan boleh berlaku.
Masa secukupnya diperlukan untuk memantapkan kerjasama PAS-KeADILan-DAP sebelum mengundang lain-lain parti atau individu untuk menyertai Pakatan Rakyat.
Tidak timbul soal beli membeli, tidak berbangkit soal rasuah. Juga tidak timbul soal pelanggaran undang-undang atau prinsip demokrasi.
Lompat parti secara tidak bermoral tidak akan berlaku. Apa yang akan berlaku, ialah 'hijrah'. Penghijrahan akan berlaku dengan kesedaran bahawa Barisan Nasional sudah tidak mampu bertahan dan tidak lagi dipercayai rakyat sebagai sebuah kerajaan. Semuanya, akan berjalan mengikut lunas undang-undang.
Kerangka besar dan agenda penubuhan Kerajaan Pakatan Rakyat sudah tersedia. Cuma penulis belum berhasrat untuk menghuraikannya sekarang. Insya Allah dalam rencana yang akan datang.... selanjutnya.
RAKYAT CERDIK HARUS BERFIKIR
3 hours ago
0 comments:
Post a Comment