KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 25, 2008

Media jangan pulaukan Parlimen - Zaid Ibrahim

Berlaga angin. Nazri halang media, Zaid mahukan media. Korang cakap biar betul. Berbelit belit. cam lepas minum todi....?

bernama - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim meminta petugas media agar tidak meneruskan tindakan memboikot liputan di lobi Parlimen selepas mereka dilarang memasuki kawasan itu.

Bagaimanapun, beliau berkata media perlu diberi ruang secukupnya untuk menjalankan tugas kerana mereka perlu menyampaikan maklumat yang tepat kepada pembaca dan orang ramai.

"Kebebasan akhbar adalah penting dan saya fikir media ada tugas yang penting dan perlu menjalankan tugas mereka dengan teratur.

Jika tidak mendapat maklumat yang tepat, mereka tak dapat buat kerja dengan teratur," katanya ketika ditemui selepas melancarkan buku bertajuk "Sharing the Nation: Faith, Difference, Power and the State, 50 Years After Merdeka" di Universiti Malaya di sini, hari Selasa.

Hadir sama pada majlis itu ialah penulis buku Prof Noraini Othman, Fellow Ketua Penyelidik di Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Mavis Puthucheary, ahli sains politik kanan dan Clive Kessler, Prof Emeritus Sosiologi dan Antropologi di University New South Wales, Australia.

Zaid berkata kerajaan dan agensi berkaitan perlu menangani isu tersebut serta mencari jalan penyelesaian dan berbincang dengan pihak media untuk memudahkan kerja masing-masing.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan petugas media supaya tidak melanggar peraturan yang ditetapkan.

Zaid berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan petugas media yang membuat liputan pada Sidang Dewan Rakyat mengambil tindakan itu sebagai membantah terhadap peraturan baru yang melarang mereka memasuki lobi Parlimen.

Dalam kejadian Selasa pagi, jurugambar dilihat meletakkan kamera masing-masing di tepi ruang lobi sebagai tanda protes.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive