Lapuran dari Shah Alam.
Ketika ini keadaan terkawal. Tiada lagi perhimpunan di Sekeliling Bangunan SUK. POLIS kelihatan masih mengawal di beberapa jalan masuk ke bangunan.
Sepanjang pagi ini, wak bererita dengan penduduk tempatan dan mendapati beberapa tohmahan dan fitnah sedang cuba disebarkan oleh pihak pihak tertentu. Ianya berkisar tentang udang undang HUDUD yang kononnya cuba di amalkan oleh negeri yang bermenteri besarkan kalangan calun dari PAS.
Diperjelaskan, bukan mudah untuk menukar sistem perundangan kerana ia memandang serius tentang penduduk di dalam sesebuah negeri. Berlainan dengan Kelantan dan sedangkan Kelantan pun masih meneliti isu ini walaupun majoriti penduduknya beragama Islam. Berita itu tersebar untuk menimbulkan kemarahan sesetengah orang yang fanatik tentang agama dan tidak faham tentang politik.
Maka berhati hati kerana selagi dalang dalang masih berkeliaran, maka selagi itu lah isu isu ini akan berlegar.
Tunggu dan lihat apa tindakan yang bakal di katakan oleh pemimpin kerana di dalam sesebuah negera terdapat bilangan ahli undangan negeri yang berbilang bangsa dan agama. Maka biar mereka berbincang, jangan campur tangan apabila sudah tiba masa berbuat demikian.
Dalam pada itu, pemerhatian wak ketika melawat beberapa kawasan di Selangor mendapati kontraktor sudah menjalankan tugas. Kebanyakan kerja yang sebelum ini tidak dilakukan seperti memotong pokok di tepian jalan sudah pun di jalankan. Projek ini sudah terhenti untuk beberapa minggu. Mungkin kerana sibuk berpolitik atau sebelum ini semua nya di bawah kawalan Barisan Nasional maka banyak kerja yang terbengkalai. Sekarang mereka sudah terburu buru melakukan kerja bimbang tindakan di kenakan.
Pada wak, ada baiknya diubah kerajaan. Kontraktor yang dilantik oleh Majlis Bandaraya atau PBT melalui jalan yang tidak betul akan berusaha memperbaiki perkhidmatan mereka. Baru mereka sedar bahawa sistem kroni TIDAK boleh di terima pakai lagi dan sekarang rakyat berkuasa. Kalau tak serius membuat kerja ..... pecat dan gantikan yang lain.
Mar 10, 2008
TERKINI: Lapuran dari Shah Alam 1.17pm
Labels: Shah Alam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment