KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 10, 2008

PAS UTAMAKAN ADIL DARI KUASA

PAS setuju lantik wakil DAP jadi Exco Kerajaan Negeri Kedah
Mohd Rashidi Hassan
harakahdaily

TERKINI! KUALA LUMPUR, 10 Mac (Hrkh) - PAS bersetuju untuk melantik wakil Parti Tindakan Demokratik (DAP), dalam Kerajaan Negeri Kedah yang diketuai oleh Menteri Besar, Ustaz Azizan Abdul Razak, walaupun PAS mendominasi kemenangan di Kedah.

Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa berkata, PAS juga bersetuju memberikan dua kerusi Exco kepada Parti KeADILan Rakyat, sementara 7 jawatan Exco lagi akan diisi oleh Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dari PAS.

Menurut beliau, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat bersama Dewan Harian PAS Pusat bersama Dewan Harian PAS Kedah yang dipengerusikan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Kompleks PAS Kedah sebentar tadi.

"Keputusan ini sudah dimaklumkan kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi," katanya ketika menghubungi Harakahdaily.

Dalam Pilihan Raya Umum ke 12 8 Mac lalu, PAS memenangi 16 kerusi Dun, 4 dari KeADILan, DAP dan Bebas masing-masing satu. Pembangkang memenangi 22 daripada 36 kerusi Dun.

DAP memenangi satu kerusi di Kota Darul Aman melalui wakilnya, Lee Guan Aik.

Husam berkata, langkah yang diambil PAS ini bertujuan untuk memantapkan lagi Kerajaan Negeri Kedah yang terbentuk hasil sokongan rakyat kepada pembangkang dengan menolak Barisan Nasional dalam PRU ke 12.

Katanya, PAS mahu menghormati kehendak rakyat yang terdiri daripada semua kaum dengan menawarkan kerusi Exco kepada DAP.

"Langkah ini menjadi permulaan kepada satu pembentukan front bersama yang lebih tersusun untuk menghadapi BN," tegasnya.

Sehubungan itu Husam mencadangkan agar semua parti politik pembangkang termasuk PAS, KeADILan, DAP dan lain-lain bersatu membentuk Barisan Alternatif secara rasmi.

Katanya, tindakan ini harus diambil segera supaya mengelakkan salah anggap yang menjadi propaganda BN bahawa pembangkang masih tidak bersatu.

Menurut beliau, langkah ini juga boleh mengelakkan kekeliruan sama ada satu-satu negeri dikuasai PAS, KeADILan atau DAP.

"Kita mahu ianya Menteri Besar atau Ketua Menteri yang mewakili BA, sama seperti BN.

"Persetujuan ini (melantik wakil DAP sebagai Exco) kita (PAS) capai untuk kepentingan semua rakyat Malaysia dari kalangan pelbagai kaum," katanya - mr

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive