KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 10, 2008

Mukhriz Mahathir ketuai himpunan bantah lantikan PM?

Mohd Sabri Said
harakahdaily

BUTTERWORTH, 10 Mac (Hrkh) - Tepat jam 3.00 petang hari ini di Hotel Sunway, Seberang Jaya satu sidang akhbar berhubung bantahan perlantikan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri akan diadakan.

Mukhriz Mahathir ketuai himpunan bantah lantikan PM?

Bantahan itu dipercayai diterajui oleh Ahli Parlimen Jerlun, Dato' Mukhriz Mahathir yang cuba menyelamatkan kedudukan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang berada ditahap lemah.

Menurut maklumat ia adalah himpunan Pemuda BN negeri sebelah utara yang menerima tamparan hebat apabila gagal mempertahankan negeri yang sudah lama menjadi milik BN sejak dulu.

Antara negeri yang terlibat ialah Perak, Pulau Pinang dan Kedah. Ketiga-tiga negeri ditawan oleh Barisan Alternatif (BA) di mana Perak dan Pulau Pinang dikuasai oleh DAP manakala Kedah PAS.

Selepas menerima keputusan yang mengejutkan dalam pilihanraya umum Sabtu lalu, Dato' Mukhriz bersuara agar Perdana Menteri ditukar kerana gagal mengawasi lima negeri sehingga jatuh ketangan pembangkang.

Semalam ribuan masyarakat BN berhimpun di kediamanya di Kuala Lumpur untuk memberikan semangat dan sokongan agar terus menjadi Perdana Menteri untuk penggal ke dua.

Pagi tadi dilaporkan Perdana Menteri mengangkat sumpah di hadapan Duli Yang Maha Seri Paduka Baginda Yang DiPertua Agung, Sultan Mizan Zainol Abidin dan isteri di Istana Negara.
-----

3 comments:

Anonymous said...

Its About time He should Pack n Leave.Ya.....We need Brand New Leadership.I think We should support Mukhriz

Anonymous said...

salam wak...
Based on the interview in tv3 Mukhriz M said that he will continue supporting Pak Lah. I dont know which is the really fact, but the facts I'm obtaining for your blog and tv3 are contrasted.

radenjowo said...

Salam. .... wak pun dah tak paham. tapi kalau ikut STAR, petang ni, Mukhriz tolak. Yang pasti peperangan di dalam UMNO sedang berlaku. Cuma TV3, bernama dan banyak lagi media akan terus support Dollah. Mukhriz akan jadi macam Mahathir .... berlawan di padangan tak rata.

Posting terkini

Blog Archive