MYSinChew | Tun Dr Mahathir Mohamad never believed Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi will allow Datuk Seri Najib Razak to take over as Prime Minister.
Even before Abdullah made the hand over announcement in the evening of 10 July, Mahathir had written in his blog that “although Abdullah promises Najib would succeed him by 2010, allegations would be hurled against the deputy PM before then to show up his inability to take over ”.
There was no reaction from UMNO, officially or otherwise. But many in the party saw that as yet another attempt by Mahathir to “force” Najib to take on Abdullah in December party polls.
So what else is new? Well in fact there’s something in the comments made on 7 July that can cause “tremor” of sorts in the party (and the country). If it had not already.
Mahathir was reported to have told newsmen in Kuala Lumpur that
“There is a concerted campaign against Najib. I don’t know why. Not just by Anwar ( Ibrahim) but also by this other chap (Malaysia Today editor) Raja Petra (Kamaruddin) and also a number of others”.
He went on to say “somebody” is working behind this, maybe to undermine Najib’s possibility of challenging the Prime Minister ”.
Now, isn’t that something else? He did not name names of course. So that triggered off questions a plenty.... selanjutnya.
Jul 23, 2008
Who’s Behind the Drama?
Labels: Analisa
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Ameno gelabah di petak penalti
jahilgoblog | Semalam dok minum teh tarik dekat rumah, kawan ada tanya “apa hal ameno sekarang dok sibuk nak bekawan balik dgn PAS?”
Aku jawab ringkas, “bertahan”.
Bertahan?
Yup. Sekarang ameno dalam posisi bertahan. Dalam posisi semua balik kubu untuk bertahan. Kalau dalam bola, semua dok ghumun dalam petak penalti. Bertahan.
Dalam apa jua keadaan pun, bertahan bukanlah satu situasi yang best. Dan dalam politik, jika kita berada dalam situasi bertahan, menandakan lawan kita tengah kuat mengasak dan kita bakal hilang fokus. Masa sekarang, ameno tengah sibuk bertahan sebab diasak teruk oleh pakatan rakyat.
Ameno, secara umumnya semua dah tau mereka dah lemah dan menjadi sangat lemah pada pru12 tuhari selepas kalah teruk. Menjadikannya lebih menarik ialah apabila pemimpin “agung” mereka, mahadet, telah pun angkat kaki keluaq dari ameno tempohari. Dan kemasukan ezam dalam ameno memecahkan lagi ameno itu sendiri dengan rasa prejudis yang sangat menebal pada ezam. Ditambah dengan kenaikan petrol dan inflasi, rudumnya fdi, dan jenayah yang semakin meningkat, ameno sekarang terpenjuru dengan masalah2 negara.
Kemudian datang pulak sahibul samahah al-uztadz saiful yang “menentang orang munafik” melontar tuduhan yang sekali lagi memalukan tanah melayu selepas sepulo tahun kurapnya dirawat. Al-ustadz saiful yang dilaporkan pernah mengetuai persatuan Islam di zaman pengajiannya menggelikan hati rakan2 bilamana bersungguh untuk bersumpah dengan nama Tuhan sedangkan dia sendiri sebut nama Tuhan pun tak betul (akan diceritakan nanti.. Tunggu….). Dan tekanan sekali lagi dari seluruh dunia samada melalui saluran politik atau agama, menekan ameno untuk bertindak bijak.... selanjutnya.
Labels: Analisa
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
CSI - Kuala Lumpur
cursingmalay | ....Hari tu sebab takde keje sangat aku pun layan la CSI New York.Kes dia hari tu melibatkan satu kes yang mana wujud kembali kes yang sama seperti kes Amityville House yang pernah terjadi kat US dulu.Kepada yang tak berapa tahu pasal kisah ni,kisahnya,satu rumah yang ada dekat daerah Amytiville ni dikatakan didirikan di atas satu tapak perkuburan Red Indian satu masa dulu.Jadi rumah ni berpenunggu.
Apa yang mempopularkan rumah tu adalah terjadinya kes seorang bapa telah membunuh semua ahli keluarganya (bini,anak-anak) dan last sekali menembak dirinya sendiri.Dalam CSI tu,kes yang sama telah muncul kembali di mana sebuah keluarga telah mati ditembak oleh bapa mereka di sebuah rumah di daerah yang sama.
Dalam penyiasatan kes tersebut,diorang telah memeriksa satu lorong rahsia di dalam rumah tersebut.Periksa punya periksa terdapat kesan kulit ke darah tah yang diorang jumpa dekat lorong ni.First,kita tahu siri CSI ni dibuatkan berdasarkan fakta (kecuali beberapa part) dan apa yang diorang temui dalam lorong tu adalah DNA seseorang.
Bawak balik lab,apa yang diorang dapat tau dari DNA tu?DNA tu adalah kepunyaan seorang perempuan,ibu kepada pembunuh dan yang mengejutkan mereka ialah DNA tu sepadan dengan satu lagi DNA yang baru mereka jumpai.Kiranya ada dua sampel DNA,satu baru lagi dan satu lagi yang dijumpai di lorong rahsia tersebut yang dah berusia 30 tahun!... selanjutnya.
Labels: Analisa
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jul 19, 2008
Hep !!! ... Pak Lah, jangan menyampuk
Kalau masa kecil aku dulu, selalu gak kena marah dek emak bapak kerana menyampuk kata orang tua. Tapi nak kerana jaga air muka aku, orang tua akan cubit@getit peha aku. Sakit beb, sampai menyeringai gigi. Tapi kalau orang tua pulak yang menyampok, patutnya di hempok. Contohnya seperti ini,
Perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata DNA Datuk Seri Anwar Ibrahim diperlukan kerana DNA yang ada, sudah lama.Bila cerita tentang tempoh DNA, kita perlu tahu, untuk apa ia perlu. Kalau setakat hentam keromo, kenyataan itu akan memalukan kita semula. Bayangkan kalau dunia membaca komen Pak lah. Aduiii... letih. Mana nak letak muka. Ada PM yang macam nih? Kita jugak yang malu ... korang check sumber berikut,
"Jadi kita kena minta yang baru," katanya ketika ditemui pemberita di Putrajaya petang tadi selepas melancarkan teksi hidrofuel. - Selanjutnya
QuestionKita bukan cerita tentang sumber DNA, tetapi kita kena fikirkan tentang BUTIRAN ANALISA DNA. DNA mungkin tidak setahan mana kalau tiada kemudahan menyimpan, tapi Keputusannya analisa DNA boleh disimpan di dalam bentuk Soft copy atau sebaliknya. Kalau sebut nama Rosmah dan ICnya, butiran pun keluar. Tak payah nak cungkil cungkil kuku, potong rambut, colet air liur dan sebagainya. Gua petik sikit keratan ini
Can DNA samples taken 10 years ago be used again today?
The crime is something about sexual intercourse. I just want to know whether DNA samples taken 10 years ago can be used again today to nail the perpetrator.
Answer
if the DNA is stored properly, it can certainly last 10 years. it would need to be in solution with an elution buffer of about pH 8 (water is not best, but can be used for long term storage-but must be stored at -80C) and deeply frozen (at least -20C but -80C is best). it would need to be purified of contaminants before hand, as certain contaminants can affect the integrity of the DNA. DNA can also be stored dry and in that case should also preferably be stored in a freezer, but it is very hard to resuspend for use after it has been dried for a very long time. - i work with DNA in a research lab
Who can guarantee that the DNA samples held in the police databases and laboratories will not one day be analysed by nosy people working for, say, life insurance companies to find out if someone is likely to develop this or that disease? Germany, Austria, Finland, Sweden, Denmark and the Netherlands have all removed this risk by ordering the destruction of the samples once the ID has been established. Other countries allow police and labs to keep them–forever in Britain, for 40 years in France’s planned database and for various periods in different U.S. states. The excuse is usually that the sample might need to be examined again in the future - unesco.orgDNA mungkin tak kekal lama, itu anggapan saja. Tapi aku pelik juga bagaimana DNA Dynasour yang tertimbus beratus tahun dahulu masih boleh di perolehi datanya. Cuba korang check SINI. Kerana itu apa juga alasan kerajaan dan polis dalam kes DS Anwar, aku tak ghairah nak caya. Alasan kerajaan selalunya tak boleh pakai. Setakat bagi alasan, semua orang boleh buat. Kalau bodoh, terus terima. Kalau bijak, kena buat penyelidikan dan buat kesimpulan. Betul atau tidak, betul atau bohong. Nak caya lagi, baca berita berikut,
Majlis Peguam meminta polis menggunakan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diambil pada 1998 bagi membantu siasatan mereka berhubung tuduhan liwat yang didakwa dilakukan terhadap bekas pembantu khas penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.Benda mudah ni semua orang boleh fikir kecuali puak puak UMNO yang otak dah tumpul bagai dah kena weng nya daun ketum. Yang polis pulak, mengada ngada apesal?
Naib Presidennya, Ragunath Kesavan, berkata tidak menjadi keperluan bagi polis untuk mengambil DNA yang baru daripada Anwar bagi menentukan sama ada beliau melakukan kesalahan itu atau tidak.
"Sampel DNA seseorang itu adalah sama dan ia sudah diambil pada 1998, jadi mengapa perlu sampel yang baru diambil sekali lagi," katanya ketika dihubungi Berita Harian di sini, semalam. - Bharian
Labels: Analisa, Anwar Ibrahim
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jul 18, 2008
Peliknya kes Raja Petra berbanding Anwar
detikdaily | .....Mari kita kaji dua situasi perundangan yang berbeza ini.
Pertama, bagi kes pertuduhan “liwat” Anwar Ibrahim (defendan) dengan Saiful Bukhari Azlan (plaintif) anda akan dapat lihat bahawa Anwar Ibrahim (defendan) telah diminta keterangannya dan kemudiannya ditahan @ direman oleh pihak Polis. Ini adalah situasi biasa dimana defendan biasanya akan ditahan reman bagi memenuhi kehendak siasatan. Situasi ini tidaklah pelik dan ianya selari dengan keperluan undang-undang.
Kedua, bagi kes pertuduhan “persekongkolan untuk membunuh” melibatkan tiga (3) defendan iaitu, Rosmah Mansor, Aziz Buyong dan Norhayati Hassan dengan Raja Petra Kamarudin (plaintif) anda akan dapat lihat bahawa Raja Petra Kamarudin (plaintif) pula yang diambil keterangan malah seterusnya ditahan reman oleh pihak Polis.
Ini adalah satu situasi yang pelik kerana sepatutnya para defendanlah yang sewajarnya ditahan reman dan disiasat oleh pihak Polis. Tindakan pihak polis ini nampaknya tidak selari dengan keperluan undang-undang Malaysia.
Ini semua menunjukkan bahawa terdapat kuasa-kuasa (tangan ajaib) yang mungkin terlibat dalam mencaturkan urusan perundangan dan keselamatan negara. Apa yang pastinya, kita boleh lihat bahawa akan terdapat penahanan dan pendakwaan terpilih dilakukan oleh pihak Polis.... selanjutnya.
Labels: Analisa, Anwar Ibrahim, Raja Petra
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jul 16, 2008
Anuar buat Shabery Terkebil !
deyesdotcom | ....Seperti semua sedia maklum, kita sering mendengar ucapan-ucapan Anwar yang menyentuh soal harga minyak malah kita sudah hampir khatam mengenai hal minyak ini dari pembelajaran yang dibawa oleh beliau serta rakan-rakan Pakatan Rakyat dari PAS dan DAP.
Kali ini, saya begitu bersemangat sekali kerana berpeluang mendengar hujah-hujah dari pihak kerajaan yang seolah-oleh tidak mempedulikan nasib rakyat dengan keputusan menaikkan harga minyak secara mendadak. Saya ingin dengar, jika benar kenaikkan harga minyak itu tidak dapat dielakkan, apakah hujah-hujahnya? Boleh diterima pakai atau tidak?
Dengan harapan yang menggunung, kita semua berharap mendapat sesuatu yang benar-benar meyakinkan dari pihak kerajaan bahawasanya harga minyak itu adalah muktamad tidak boleh dikekalkan atau diturunkan. Mudah! Hanya jelaskan sebabnya tetapi biarlah dalilnya konkrit.
Anwar Ibrahim memulakan pidatonya dengan tenang, dengan emosi yang cukup terkawal di mana dalam keadaan ini, segala ungkapan yang lahir dari pidatonya cukup rasional, padat, proaktif dan mudah diterima oleh penonton. Tetapi Shabery dengan begitu angkuh menyentuh kembali peristiwa Anwar sewaktu beliau menjadi mahasiswa pada 1970 lalu. Siapakah Shabery pada 1970?... selanjutnya.
Labels: Analisa, Anwar Ibrahim, Belit Shabery Cheek, Debat
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jul 9, 2008
Kes liwat dibawa ke Mahkamah Syariah, apa kesannya?
detikdaily | ....Satu hal yang penting di sini ialah, matlamat mencederakan imej reputasi Anwar tidak berjaya jika sumpah ini benar-benar terjadi. Abdullah, khasnya Najib mungkin tak suka jika acara sumpah terbuka mubahalah ini terjadi.
Saya mengaku kurang arif mengenai hukum-hakam agama. Ilmu agama yang saya tuntut cuma setakat 4 Sanawi di Maktab Mahmud saja. Jika ada peluang ke Mesir, al-Azhar dulu, mungkin saya boleh menulis novel Ayat-Ayat Cinta (karya Habiburrahman El-Shirazy) yang kini hangat ditayangkan di pawagam dan boleh pula menjelaskan hukum-hakam agama, I'Allah.
Tetapi, bagaimanapun biarlah saya menggunakan deria rasa dan andaian-andaian saya yang mungkin salah pada pandangan agama. Begini...
Menurut hemat saya dan setakat yang saya faham, jika ada hukum syarie maka tenggelamlah segala perundangan hukum sivil (mahkamah sekular) bagai tenggelamnya kapal selam Scorpene di dasar lautan. Demikianlah sebaliknya. Apatah lagi, Anwar dan Saiful _____ sama-sama Muslim.
Anwar sudah pernah diadili melalui mahkamah sekular dan satu jagat tahu bagaimana tilam diusung ke mahkamah, penganalisa DNA telah dipecat dan pendakwaan ke atas kes l.w.t ini telah dipinda sebanyak TIGA KALI.
Diulangi, pendakwaan telah dipinda, diubah sebanyak TIGA KALI!
Apa kata jika Abdullah-Najib tukar drama pula? Bawa kes ini ke Mahkamah Syariah. Abdullah sebagai tokoh ilmuan pemikir Islam Hadhari yang bakal membawa pemimpin Negara Islam bermesyuarat di KL nanti, tentu berasa serba salah jika dia berkeras, mahu membawa kes itu ke 'secular court'.
Malulah dia kepada pemimpin Negara Islam yang lain. Itu pun, jika masih ada malu yang bertakhta dan hikmah kebijaksanaan yang bersarang pada hatinya yang sudah gelap-gulita itu.
Najib lagi tension. Dia beriya-iya mahu melihat Anwar jatuh melalui drama l.w.t pada kali ini. Tidak berbaloi juga menawarkan banyak wang kepada Saiful_____. Alih-alih, tidak dijatuhkan hukuman ke atas Anwar di dunia ini, tapi hanya Allah yang menghukum kedua-dua mereka di akhirat nanti.
"Mana boleh?" getus hati Najib. "Aku nak rosakkan imej Anwar di dunia ini. Nanti di akhirat kita cerita lain pulak la dengan Tuhan." ... selanjutnya.
Labels: Analisa
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jun 30, 2008
Hanya Tuduhan Tiada Perlakuan
tranungkite
Saya kurang percaya ke atas tuduhan yang dibuat ke atas Anwar Ibrahim. Ini akan terbukti dalam beberapa jam sahaja lagi selepas analisis dibuat ke atas laporan medic ke atas pengadu. Tapi orang Melayu ni memang lah cepat melatah. Pastinya penyokong Anwar tidak dapat menerima tuduhan oleh pengadu. Malah Nik Aziz pun tidak dapat menerimanya.
Tuduhan ini sebenarnya menjadikan pemimpin UMNO serba salah. Memang bukan mereka yang merancang. Mereka pun terperanjat dengan tuduhan ini. Dan tuduhan ini mencipta pula tuduhan baru ... sekali lagi konspirasi pemimpin UMNO .. Saya tidak yakin dengan tuduhan atas tuduhan sebagai senjata untuk melawan.
Saya percaya ini sebenarnya rancangan Anwar sendiri. Pembantunya membuat laporan polis berkaitan dengan liwatnya .... penyokong menuduh fitnah UMNO ...... tuduhan pembantu didapati tidak benar .... dan Anwar mendapat jangkauan liputan politik yang lebih luas. Booom ... Khalid letak jawatan sebagai MP Tun Razak ..... Anwar Tanding MP .... menang ...... MP BN tukar kapal .... Dia jadi PM. That's the end ofthe story.
Tuduhan nyawa terancam adalah inpak sensasi bagi mengukuhkan lagi jalan cerita ini. Nokhtah."
no2umno - gua nak tambah. Pejuang reformasi bersatu, PR bersama sama. Heh ....hehe....kita tengok sapa yang kena?
cilok & ciplak by radenjowo 5 comments
Jun 20, 2008
INI BUKAN COBAAN, INI BETUL-BETUL
kkamdias - [...] Kalau dari awal lagi pemimpin-pemimpin UMNO bertegas untuk menyelesaikan masalah kepimpinan di peringkat dalaman parti, mungkin masalah ini tidak akan merebak hingga ke peringkat komponen parti.
Hari ini, parti komponen telah hilang pertimbangan melihat gelagat pemimpin UMNO yang tidak buat apa-apa untuk membetulkan parti. Pemimpin UMNO patut sedar bahawa mereka bukan sahaja menjadi pemimpin UMNO, malahan mereka juga adalah pemimpin Barisan Nasional.
Parti-parti komponen juga bergantung harap kepada kekuatan UMNO untuk jaminan survival politik parti mereka. Mereka memerhati dan melihat dengan teliti apa yang sedang dilakukan oleh UMNO untuk memperbetulkan segala kelemahan.
BN akan terus menghadapi risiko kemungkinan hilang lebih banyak rakan kongsi jika UMNO masih tidak mahu mengakui akan penyakit sebenar yang sedang melanda. Rakan komponen perlukan sesuatu yang konkrit bagi meyakinkan diri untuk terus sehidup semati bersama BN.
Pemimpin UMNO harus berpijak di bumi. Keputusan harus dibuat samada sedia untuk berubah atau bersedia untuk diubah. Tidak ada pilihan ke tiga. Kita telah benar-benar kesuntukan masa. INI BUKAN COBAAN..INI BETUL BETUL! INI BUKAN COBAAN!…INI BETUL-BETULLL!
Gara-gara kelemahan pemimpin, hari ini rakan komponen telah mengambil inisiatif sendiri, akibat hilang keyakinan. Besok lusa, rakyat pula akan ambil inisiatif sendiri. Ahli dan pemimpin UMNO mahu buat perubahan sendiri atau mahu rakan komponen tolong buat perubahan bagi pihak UMNO? Atau pun dalam PRU13 nanti rakyat akan tolong ubahkan bukan saja kepimpinan UMNO, malah ubah kerajaan.... selanjutnya.
Labels: Analisa, UMNO pening
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jun 19, 2008
SAPP goncang politik Malaysia
bernama - [...] Semuanya bermula dengan kata dua yang dilihat biasa sahaja. Pada 13 Mei, Presiden Parti Maju Sabah Datuk Yong Teck Lee memberikan Barisan Nasional (BN) masa sehingga Ogos bagi menyelesaikan isu-isu tertunggak di Sabah.
"Selepas Ogos, tiada jaminan bahawa anggota SAPP akan kekal dalam Barisan(Nasional)," katanya.
Rungutan itu tidak berhenti setakat itu. SAPP terus bersuara lantang dengan membangkitkan beberapa masalah yang menjejaskan negeri itu, termasuk masalah pendatang tanpa izin dan "projek kad pengenalan."
Banyak pihak beranggapan bahawa SAPP hanya sekadar "menangguk di air yang keruh" bagi kelangsungan politik.
Apa yang dilihat sebagai strategi politik, Timbalan Presiden SAPP Datuk Raymond Tan pada Isnin menafikan laporan media bahawa parti itu sedang menunggu masa untuk mengetepikan BN, menyatakan laporan itu "hanya spekulasi."
Hari ini, Yong, bekas ketua menteri Sabah, membuat kejutan dengan mengisytiharkan bahawa parti itu telah hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Pada masa sama, beliau mengumumkan bahawa dua anggota Parlimen SAPP Datuk Eric Enchin Majimbun (Sepanggar) dan Datuk Dr Chua Soon Bui (Tawau) akan menyokong usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri pada persidangan Dewan Rakyat Isnin ini.
"Kami mesti membuat pendirian sebelum jendela peluang itu tutup. Jendela peluang ini akan tutup menjelang Ogos yang mana selepas itu Sabah akan dilupakan sekali lagi.... selanjutnya.
Labels: Analisa, Lompat parti, SAPP
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jun 16, 2008
"ECONOMY PREDICTION" personal view
aim9093 - Ok cube baca ni “ The political forces and the Unfunded Liabilities would prevent the powers-that-be from ending the money-printing process, and in fact, would grossly accelerate it. This would result in a hyper inflation (400 percent inflation or more), and the eventual total destruction of the dollar. Suddenly America would find its money totally useless. Store shelves would be empty, gas would go through the stratosphere, and Americans would suffer through the greatest threat since the Great Depression of the ’30s.
Well not so scary isn’t it……but lets me refrained as usual govt will say that the inflation rate is under 4% but base on minyak & beras, I will have to settle it on around 11-12%. Masalah kita ialah wang FIAT(not backed by gold) akan di printkan bagai nak rak oleh negara-negara yg mengalami krisis makanan dan minyak….U.S dollar adalah matawang yg paling good utk di print….dan nilai matawang ini akan jatuh like hell dan akhirnya collapse.
Minyak dan makanan sky rocketed dan kemungkinan inflation rate akan menginap di sekitar 400 PERCENT!!!!. Ini akan menyebabkan HYPERINFLATION.
Ok lah aku ringkaskan sikit penyebabnya dlm bentuk point utk menyedapkan mata memandang.
1. Ekonomi US mengalami recession
2. Devaluation of USD
3. Global warming.
4. China and India main beli je raw material peh tu jual lak pada harga yg gilo babun punya murah. Dulu depa ni makan nasi sekali sehari sekarang ni dah masuk tiga kali sehari.
5. Krisis spekulasi harga minyak yg akan sampai USD200.00 setong
6. Krisis makanan yg dibuat-buat , spekulasi dan krisis benar (seperti yg berlaku di philipine)
7. Printing of USD oleh negara ketiga dan juga penyangak matawang
8. Penggunaan kad kredit yg over the limit (beli minyak pakai kredit kad peh tu tak leh nak kontrol dah)... selanjutnya.
Labels: Analisa
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jun 2, 2008
Fikirkan lah !
matsamankati - [...] Dalam masa seminggu itu, banyak yang aku pelajari tentang semangat orang-orang Cina. Dua hari yang pertama, dapatlah dua tiga ratus. Tetapi idea yang didapati dari orang yang kami jumpa, membantu kami keluar dari pemikiran biasa, tentang bagaimana nak cari derma. Ada beberapa cara tapi salah satu yang menarik ialah ada seorang yang mencadangkan supaya kami kutip derma untuk mangsa gempa bumi diSichuan, China.
Pada mulanya, aku pun skeptikal. Kita nak cari derma untuk program kita, bukan nak bagi kat orang lain. Kalau kita pun tak ada duit, macam mana nak tolong orang lain. Orang yang bagi idea tu pun bagi tau, jangan fikirkan berapa yang kita dapat, tapi fikirkan berapa yang kita bagi. Bila kita bagi kat orang, orang akan bagi kat kita.
Mula-mula kami nak jual RM250.00 semeja. Tu pun susah nak jual. Member ni bagi tau, jangan jual RM250.00 tapi jual RM350.00. Tak gila ka? member ni kata, jangan risau. Bagi dia yang handle. Kami yang lain bantu apa yang patut.
Malam tu, kesemua 50 meja habis dijual, ada yang sponsor lagi dan ada yang bagi derma pulak. Matlamat kami tercapai, dapat lebih RM10,000.00. Bukan itu saja, kami dapat juga mengumpul RM13,000.00 untuk mangsa gempa bumi diCina.... selanjutnya.
Labels: Analisa, Matsamankati
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
May 31, 2008
The Current Situation Between BN and PR
jiawei - Over the past few weeks I have been monitoring Malaysia's political situation by reading posts written by political analysts. The situations get more and more interesting each day. Before we proceed into the details, let's review the Malaysia Parliament election results.
Number of seats in Dewan Rakyat = 222Little did we know that GE 2008 did not only cause BN to loss 5 states and denied from having a majority 2/3 in parliamentary. Now, with a strong political view, PKR de facto leader, Anwar Ibrahim is more than willing to to form a federal government through PR. To form a federal government, Anwar Ibrahim would need about 30 MP from BN to cross over to PR. To my suprised, I found out from Malaysiatoday, Anwar Ibrahim had 43 MPs in his pocket. But there is one big problem. The interesting question is, "What is the problem since he had obtained 43 MPs from Sabah and Sarawak?" The answer is simple, there is always an issue of racial tension in Malaysia. Anwar did have 43 MPs in his hand, but does he have a balance compsoition of Malays and non-Malays MPs? That is the main reason why he could not form the federal government just yet. ...selanjutnya.
BN = 144
PR= 82
Number of votes for BN = 4,082,411
Number of votes for PR = 3,796,464
Percentage (BN) = 50.6%
Percentage (PR) = 49.4%
Leader of BN = Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Leader of PR = Wan Azizah Wan Ismail
Labels: Analisa
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
May 29, 2008
Pas join Umno?
matsamankati - Bila aku tulis tentang firasat Pak Nawi tentang kemungkinan Pas join Umno dalam BN, ada yang kata poorah! ada yang tak percaya.
Aku pun tak mau percaya, sebab Pak Nawi bukan ada PhD dalam sains politik macam Chandra Muzaffar. Pak Nawi tak baca buku Machiavelli, tapi aku respect kat Pak Nawi sebab dia baca kitab Tajul Muluk.
Hari ini ada tiga berita yang membuatkan aku seram sejuk. Mula-mula aku baca dalam Malaysiakini. tapi aku tak kisah sangat. Mungkin depa ni lulusan sains politik dari USM, anak murid Dr. Latif Kamaludin. Pensyarah rockers tu memang berfikiran songsang sikit. Jadi kalau anak murid dia berfikiran songsang pun, biasa la.
Lepas tu aku baca pulak tulisan Jeff Ooi. Jeff Ooi ni dulu cukup kamcing dengan Husam Musa. Call dan tanya saja kat Husam, tak kan itu pun tak boleh? Tapi bila Jeff tulis dalam blog dia, itu sudah serius.... selanjutnya.
Labels: Analisa, Matsamankati
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
May 26, 2008
Bumi dah tua beb?
Radenjowo
Larva dan cecair besi yang menggelegak di dalam perut bumi mencari lorong dan lohong untuk tembus ke permukaan. Itu yang aku belajar dari sekolah rendah dulu. Itu pun kalau cikgu aku tu betul betul cikgu. Tapi rasanya diorang cerita benda yang betul.
Kita diberitahu sejak dulu .... berikut adalah garisan gempa bumi. Diberitahu garisan ini melibatkan beberapa buah negara dan kejadian gempa sering berlaku di tempat tempat tersebut. Tidak melibatkan Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Betul ke?
Mari kita lihat garisan gempa yang terdapat di persekitaran negara kita ......

Phuhhhhh kita selamat.... Betul kah kita selamat?
Baca berita hari ini, 26/5/2008.
Kejadian gempa bumi kecil yang telah menggegarkan kawasan Bukit Tinggi, Pahang sebanyak 21 kali sejak November tahun lalu menimbulkan tanda tanya terutama di kalangan penduduk yang tinggal di kawasan sekitarnya.Walaupun Jabatan Meteorologi memberi jaminan ia hanya bermagmitud kecil dan tidak membahayakan namun kekerapan kejadian itu mencetuskan kebimbangan.Terbaru kawasan itu digegarkan dengan satu gegaran berukuran 3.1 pada skala Richter pada pukul 9.36 pagi ini.Sebelum ini pada 15 Mac lalu, tiga gempa bumi kecil dengan ukuran antara dua dan 3.2 pada skala Richter telah dikesan di sekitar Bukit Tinggi dan Janda Baik.Bagaimanapun Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan akhbarnya di sini memberitahu, gempa bumi itu hanya bermagnitud kecil. - UtusanMalaysia.
Dan berita pada bulan May 2008 yang lepas
Gempa itu bepusat di Sabah? Dan cuba anda perhatikan semula gambarajah di atas. Sabah sepatutnya tidak terbabit kecuali kesan gegaran kerana tidak berada di kawasan garisan gempa bumi. Tapi tidak lagi. Jeng ..... jeng ..... jeng.KOTA KINABALU 18 Mei - Satu gempa bumi berukuran 4.3 pada skala richter dikesan berlaku daerah Tawau pada pukul 2.26 petang ini dan turut dirasai penduduk di sekitar Lahad Datu dan Kudat. Gempa tersebut berpusat di 4.8 Utara dan 117.78 timur, manakala lokasinya pula kira-kira 71 kilometer ke arah barat laut, Tawau iaitu sekitar kawasan Kalabakan. Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah, Abd. Malik Tusid ketika dihubungi Utusan Malaysia, mengesahkan mengenai kejadian tersebut. "Bagaimanapun, gempa itu dikategorikan lemah. Jabatan juga menerima banyak panggilan daripada orang awam mengenai gempa yang berlaku," katanya. - Sabahkita
Dan kita lihat pula kajian sains tentang kerak bumi dan cecairnya .....
A scientist proposes sending a grapefruit-size communication device into the heart of the Earth by blasting a crack in the surface and pouring in a huge quantity of molten iron. The weight of the liquid metal would crack the Earth for more than 1,800 miles (3,000 kilometers), carrying the probe to the planet's core in about a week. - National Geographic.Cuba anda bayangkan. Adakah garisan GEMPA itu sekarang sudah berada di bawah rumah kita?
Ada berada di mana sekarang? Rumah flet, pangsapuri, kondo atau apa? Jangan bimbang kerana selain dari pemilik rumah rumah tersebut, menteri kerja raya pun pening kerana sejak dulu, bangunan di malaysia tidak tahu ketahanannya. CF pun banyak yang tipu, pegawai pun banyak yang rasuah....
Aku berangan untuk bina rumah dari kontena saja. Digolek pun selamat. Kalau banjir pun terapung. Itu pun kalau tak bocor dan berkarat. Dan kepada kita semua, di dalam mencari cari berita politik dan porno. Jangan lupa untuk cari berita tentang gempa dan keadaan bumi sekarang. Kekadang rasa malas nak berebut Pulau Batu Puteh kerana mungkin ada yang tak baik akan berlaku ketika kita sedang sibuk berbalah. Ada pun orang politik yang sibuk jual tanah dan pulau milik negara tak pikir tentang tanggung jawab dan dosa kerana mungkin nak buat kapal layar besar untuk larikan diri kalau Malaysia dalam bencana. Kalau makan cili, dia rasa pedas.
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
May 22, 2008
Bola dikaki Anwar
malaysiainsider - Kita akan menjadi ekor sepanjang masa jika menyertai Umno walaupun dia sedang nazak sekarang,” kata naib presiden PAS Datuk Husam Musa ketika membentangkan kertas kerjanya di Ijtimak PAS Selangor Isnin lepas.
“Tak kan selepas 40 tahun lebih kita lanyak Umno, tiba-tiba apabila dia nak mati kita nak hantar ambulan kat dia untuk diselamatkan,” tambah beliau lagi.
Ini bukan kali pertama Husam bercakap begini. Sebaik sahaja lepas pilihan raya 8 Mac lalu dalam satu sidang medianya, apabila ditanya oleh wartawan tentang khabar angin adanya usaha Umno dan PAS untuk bekerjasama, Husam memberikan amaran keras kepada para pemimpin PAS berkenaan.
“Kita akan pecat mereka (pemimpin yang nak bekerjasama dengan Umno),” kata Husam.
Kenyataan Husam itu disokong oleh seorang lagi naib presiden PAS, Haji Mohamad Sabu. Bagi beliau, melalui pilihan raya baru-baru ini, rakyat telah menghantar mesej yang jelas, mereka mahukan PAS terus bersama PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat.
Bagi Mohamad, persepakatan antara PAS, DAP dan PKR ini akan terus kekal jika tidak ada serang menyerang antara satu sama lain.
“Kalau kita nak kalah senang je. Kita pakat kutuk sesama kita. PAS kutuk DAP, DAP kutuk PAS. PKR curigai DAP dan PAS, manakala PAS pula curigai PKR. Akhirnya kita pun akan bergaduh dan bila tiba pilihan raya kita kalahlah," kata Mohamad.
... selanjutnya.
Labels: Analisa, Anwar Ibrahim
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
May 20, 2008
Mahathir keluar, Ezam masuk
matsamankati - [...] Khairy mahu menarik Ezam masuk Umno. Sudah dua kali percubaan dibuat tetapi mendapat tentangan dikalangan ahli-ahli Umno, terutamanya penyokong Mahathir. Untuk membolehkan Ezam masuk, Mahathir perlu ditendang keluar. Usaha untuk menendang Mahathir ini sudah dilakukan lama dulu. Pak Lah pernah mencadangkan supaya Mahathir dikenakan tindakan disiplin tetapi ditentang oleh Ahli MT Umno.
Berbagai isu ditimbulkan untuk menyebabkan Mahathir kegelisahan, dan Ezam yang mempunyai pengalaman diIKD menjadi balaci Khairy untuk menyingkir Mahathir.
Seperti dirancang, Ezam telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi GERAK pada hari Khamis, 15.05.08 dan melantik Mohd. Nazree Mohd. Yunus sebagai Pengerusi baru. Mesyuarat GERAK pada hari itu cukup istimewa kerana semua semua Ahli Lembaga Pengarah GERAK diwajibkan hadir, hatta yang diluar negara pun diarahkan balik.
Mesyuarat yang berakhir dalam suasana tegang itu telah menetapkan dua perkara besar. Satu, perlantikan Pengerusi baru dan seorang lagi Ahli Lembaga Pengarah, Mohd. Faridzul Mohd. Nasaruddin. Keputusan perletakan Ezam hanya boleh diumumkan oleh Ezam sendiri, yang akan dilakukan dalam masa terdekat ini.... selanjutnya.
Labels: Analisa, Matsamankati
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Mahathir masuk perangkap, tunggu talqin dibaca
detikdaily - [...] Dr Mahathir akan lebih selesa membela diri sekiranya beliau berada dalam UMNO, berbanding jika beliau bertindak sebagai pembangkang di luar UMNO. Keluar daripada UMNO sebenarnya lebih mendedahkan Dr Mahathir dengan kemungkinan untuk diambil tindakan kerana lazimnya ahli-ahli UMNO lebih berani membela bekas pimpinan yang masih berada dalam parti berbanding dengan mereka yang berada di luar parti.
Kecuali Anwar Ibrahim, kebanyakan bekas-bekas pimpinan UMNO yang berada di luar parti akan berakhir dengan dimuziumkan.
Menyedari hakikat tersebut, dipercayai Laporan Suruhanjaya DiRaja ini bukanlah faktor yang mendorong Dr Mahathir bertindak sedemikian. Ada satu lagi peristiwa penting yang berkemungkinan menjadi dorongan kepada tindakan Dr Mahathir iaitu pertemuannya dengan Timbalan Presiden UMNO, Najib.
Pertemuan Dr Mahathir dan Najib bukan dibuat tanpa pengetahuan Pak Lah, justeru tidak mungkin Pak Lah tidak mengetahui apa-apa perkara yang akan dibincangkan oleh Najib dan apakah pula natijah perbincangan tersebut. Betapa pula pendirian politik Najib mutakhir ini seperti yang diperakui sendiri oleh Dr Mahathir telah berubah 360 darjah.
Berkemungkinan besar perkara yang diperbincangkan oleh Dr Mahathir dan Najib berkisar tentang 'Pelan Peralihan Kuasa' sebagai penjelasan kepada Dr Mahathir tentang mengapakah berlakunya perubahan sikap Najib tersebut. Najib dilihat cuba meyakinkan Dr Mahathir tentang pelan tersebut, manakala Dr Mahathir pula melihat ia sebagai satu helah untuk Pak Lah terus menerajui UMNO selepas Perhimpunan Agung UMNO hujung tahun ini. ... selanjutnya.
Labels: Analisa, Belit Mahathir
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Apr 24, 2008
Siapa Bakal PM Mengikut Teori RAHMAN?
IB - Teori RAHMAN yang seolah-olah benar setakat ini dalam menuruti nama Perdana Menteri pertama sebagai senarai nama-nama PM yang berikutnya mengikut ejaan nama Tunku Abdul Rahman.
Labels: Analisa, Artikel, EMAIL
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Apr 16, 2008
Dr Mahathir Kian Hampir Melakukan Hattrick
telaahpolitik
(...) Sudah terpahat dalam sejarah Malaysia dan Umno khususnya, Dr Mahathir inilah yang pernah disingkirkan daripada parti, kemudiannya bukunya 'Malay Dilemma' pula diharamkan. Sebelumnya beliau telah kalah dalam pilihanraya di Kota Setar kerana menjadi seorang yang ultra-malay dalam kempen-kempennya. Beliau pernah merempat di pentas-pentas pembangkang khususnya PAS untuk bersuara. Pada ketika itu juga, beliau memohon simpati mahasiswa untuk membelanya sehingga bermulalah hubungan politiknya dengan Anwar Ibrahim. Kemudian beliau naik semula dalam pentas politik antaranya dengan sokongan kuat Dato' Harun Idris. Kesemua ini memperlihatkan betapa liciknya politik beliau sejak zaman mudanya lagi.
Kejatuhan Tunku Abdul Rahman dalam politik Malaysia tidak dapat dipisahkan dengan kelicikan politik Dr Mahathir. Kekalahan Perikatan di beberapa buah negeri dalam PRU 1969 telah menyediakan ruang yang besar kepada Dr Mahathir untuk mengkritik Tunku habis-habisan berlarutan sehingga selepas Peristiwa 13 Mei. Asakan Dr Mahathir inilah yang telah menyebabkan Tunku akhirnya tertiarap dalam politik, walaupun beliau seorang negarawan yang besar ketika itu. Tunku sendiri terpaksa menulis sebuah buku khusus untuk menjawab kritikan-krtikan Dr Mahathir terutama berkaitan dengan Peristiwa 13 Mei. Selepas itu nama Dr Mahathir semakin mengharum dalam senario politik negara.
Kelicikan politik beliau terus terserlah apabila dipilih sebagai Timbalan Perdana Menteri selepas Tun Razak meninggal dunia, walaupun beliau bukanlah Naib Presiden Umno yang mendapat undi tertinggi semasa pemilihan parti 1975. Malah selang enam tahun kemudian Tun Hussien Onn yang memberi kepercayaan kepada Dr Mahathir ini pula yang melepaskan jawatan untuk memberi laluan kepadanya. Peristiwa perletakan jawatan Tun Hussien ini sehingga kini masih misteri, iaitu apakah masalah kesihatan yang dihidapinya? Beliau dilihat masih sihat malah menyertai Tunku Abdul Rahman bersama-sama menyerang Dr Mahathir selepas peritiwa pengharaman Umno 1987. Semua pemerhati politik maklum dengan rahsia umum tersebut, Dr Mahathirlah yang menyebabkan Tun Hussien bersara awal. more...
Labels: Analisa
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments

