deyesdotcom | ....Seperti semua sedia maklum, kita sering mendengar ucapan-ucapan Anwar yang menyentuh soal harga minyak malah kita sudah hampir khatam mengenai hal minyak ini dari pembelajaran yang dibawa oleh beliau serta rakan-rakan Pakatan Rakyat dari PAS dan DAP.
Kali ini, saya begitu bersemangat sekali kerana berpeluang mendengar hujah-hujah dari pihak kerajaan yang seolah-oleh tidak mempedulikan nasib rakyat dengan keputusan menaikkan harga minyak secara mendadak. Saya ingin dengar, jika benar kenaikkan harga minyak itu tidak dapat dielakkan, apakah hujah-hujahnya? Boleh diterima pakai atau tidak?
Dengan harapan yang menggunung, kita semua berharap mendapat sesuatu yang benar-benar meyakinkan dari pihak kerajaan bahawasanya harga minyak itu adalah muktamad tidak boleh dikekalkan atau diturunkan. Mudah! Hanya jelaskan sebabnya tetapi biarlah dalilnya konkrit.
Anwar Ibrahim memulakan pidatonya dengan tenang, dengan emosi yang cukup terkawal di mana dalam keadaan ini, segala ungkapan yang lahir dari pidatonya cukup rasional, padat, proaktif dan mudah diterima oleh penonton. Tetapi Shabery dengan begitu angkuh menyentuh kembali peristiwa Anwar sewaktu beliau menjadi mahasiswa pada 1970 lalu. Siapakah Shabery pada 1970?... selanjutnya.
Jul 16, 2008
Anuar buat Shabery Terkebil !
Labels: Analisa, Anwar Ibrahim, Belit Shabery Cheek, Debat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment