Bharian | .... Pemandu Anwar, Abdullah Sani Said, 49, berkata ketika ditahan, Anwar sedang dalam perjalanan balik ke rumahnya sambil diiringi dua peguamnya itu, selepas selesai memberikan keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Putrajaya, berhubung laporannya mengenai pemalsuan fakta oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.
Bercakap kepada pemberita ketika sedang menunggu di IPKKL, Abdullah berkata kira-kira 20 anggota polis yang berpakaian seragam menahan kenderaan yang dipandunya sebelum mereka memaklumkan kepada Anwar tujuan mereka tanpa bertindak kasar terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu.
“Mereka hanya kata nak ambil Datuk Seri (Anwar) untuk bawa ke IPKKL untuk siasatan. Datuk Seri ada tanya mereka ada surat tak, tetapi polis kata tak ada,” kata Abdullah yang telah bekerja untuk Anwar selama 25 tahun. ... selanjutnya.
ELOK LA...
5 hours ago
1 comments:
Nasib baik DSAI betul-betul sampai ke IPKKL,kalau melencung ke puncak alam,kes naya!
Post a Comment