malaysiakini | Tiga jurugambar dipukul oleh petugas keselamatan ketika mahu keluar dari bilik media massa di tingkat dua bangunan lama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tempat berlangsungnya debat bersejarah isu kenaikan harga minyak malam ini.
Debat selama sejam itu menyaksikan pertikaman hujah antara ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menteri penerangan Datuk Datuk Shabery Cheek malam ini.
Kekecohan berlaku apabila petugas media tersebut dikunci dari luar, menyebabkan mereka marah kerana tidak dapat keluar.
Difahamkan bilik tersebut dikunci oleh petugas keselamatan untuk memberi laluan kepada tetamu VIP meninggalkan dewan itu terlebih dahulu.
Apabila keadaan menjadi kecoh, seorang petugas keselamatan - dipercayai dari pihak penganjur Agendadaily.com - datang membuka pintu bilik tersebut.
Ketika itu, seorang petugas keselamatan didakwa telah membentes kaki seorang jurugambar yang sedang turun tangga, menyebabkan dia tersungkur.... selanjutnya.
Jul 16, 2008
Debat di DBP: Dua jurufoto dipukul
Labels: Anwar Ibrahim, Debat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment