malaysiakini | ....Semua 17 cawangan Umno Bahagian Jelutong yang dibubarkan minggu lalu, hari ini mendesak Majlis Tertinggi (MT) Umno menarik balik pembubaran tersebut dalam tempoh seminggu.
"Sekiranya MT tidak menghiraukan desakan ini, kami yang mempunyai seramai 4,000 anggota akan menentukan arah mana hala tuju politik kami dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah," kata bekas Naib Ketua Umno bahagian itu, Syed Hussin Syed Mohamed.
Beliau yang juga Ketua Umno Cawangan Jalan P.Ramlee berkata mereka yang terlibat kecewa dengan keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan parti itu.
"Kami berasa kecewa...keputusan yang dibuat itu adalah tidak adil tanpa mengambil kira kepentingan anggota parti di akar umbi," katanya dalam sidang akhbar yang turut dihadiri kesemua 17 ketua cawangan yang terlibat.... selanjutnya.
Jul 16, 2008
MT didesak tarik balik bubar cawangan
Labels: UMNO bergolak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment