Datuk Seri Anwar Ibrahim dikerumuni media sejurus selepas memberi keterangan di Badan Pencegah Rasuah, Putrajaya Beliau ditahan polis di rumahnya kemudian, kira-kira sejam sebelum hadir di IPK Kuala Lumpur..
MStar | ...Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikeluarkan waran tangkap kerana tidak hadir di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur petang kelmarin berhubung dakwaan meliwat, ditahan polis tengah hari ini untuk membantu siasatan.
Peguam Anwar, Sankara Nair memberitahu pemberita di pekarangan IPK Kuala Lumpur bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri itu ditangkap oleh sepasukan polis di rumahnya.
"Polis mengatakan bahawa anda (Anwar) ditahan di bawah Seksyen 377 Kanun Keseksaan, Anwar akan direman 24 jam," katanya.
Bagaimanapun Anwar tidak digari.
Anwar dibawa ke IPK Kuala Lumpur kira-kira pukul 1.15 tengah hari.
Beliau ditahan di rumahnya di Segambut dekat sini selepas pulang dari memberi keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Putrajaya berhubung laporannya yang dibuat terhadap Peguam Negara dan Ketua Polis Negara.
Anwar keluar dari pejabat BPR pukul 12.10 tengah hari.
Ketika ditemui wartawan di Putrajaya, Anwar berkata, beliau telah meminta proses memberi keterangan ditangguhkan kerana perlu hadir di IPK Kuala Lumpur pukul 2 petang ini untuk memberi keterangan berhubung dakwaan meliwat.
Kata beliau: "Oleh kerana waran tangkap sudah dikeluarkan, saya perlu berada di IPK Kuala Lumpur di sana dengan segera."
Ketika ditanya mungkin ditahan, Anwar memberitahu, beliau sedia jika ditahan dan BPR boleh mengambil keterangan di lokap."
Wartawan mStar Online yang berada di IPK Kuala Lumpur melaporkan Anwar dibawa dalam kereta polis dengan diiringi kira-kira 15 buah kereta, dipercayai dinaiki anggota polis dan peguamnya.... selanjutnya.
Jul 16, 2008
Anwar di reman 24 jam
Labels: Anwar Ibrahim
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
kenapa saipul tak di tahan,sebagaimana kes 1998,dimana sukma dan dr munaweer diperlakukan!pelik!.kenapa rosmah dengan kes altantuya tak ditahan utk siasatan,kenapa tak nampak gambar rosmah pergi balai polis,biasanya mesti jadi tajuk berita dgn gambar kat paper tapi tak ada pun..pelik malaysia ni,patutlah pelabur lari dan tak datang ,sistem kucar kacir!bangangnya rakyat yg memilih pemimpin yg bangang.dan mereka sama2 bangang.
Post a Comment