KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label Artikel. Show all posts
Showing posts with label Artikel. Show all posts

Jul 24, 2008

Penyembelih Umat Islam Di tangkap

Email oleh Azzlie

Penat cerita pasal politik dalam negara, kita tukar angin sikit. Kali ini kita pusing balik masa kita pada suatu masa dahulu. Mari kita himbau kembali tragedi perang Bosnia-Hezergovina pada suatu masa dahulu. Saya masih ingat pada satu masa dahulu, Tv3 menayangkan satu rencana yang bertajuk lebih kurangnya 'Massacre In Bosnia'.

Ia menayangkan kekejaman yang dilakukan oleh Serbia yang mana majoritinya Kristian menyembelih dan melakukan pembersihan etnik terhadap umat Islam Bosnia dan Kosovo. Ini adalah fakta sejarah. Kekejaman yang dipaparkan jelas melangkaui pemikiran manusia biasa. Mungkin kita tidak pernah terfikir, seorang manusia sanggup menyembelih bayi-bayi yang masih kecil, mengembiri kaum-kaum lelaki kemudiannya membakar mereka hidup-hidup, merogol wanita-wanita sehingga ramai di antara mereka mengalami gangguan mental dan membunuh diri.

Ia hanyalah secebis kisah duka, namun yang paling menyayat hati di mana pembunuhan beramai-ramai dilakukan oleh jiran mereka sendiri yang selama ini hidup aman. Perkampungan yang sebelum ini menjadi tempat mereka bermain dan berkongsi kegembiraan menjadi neraka. Jiran mereka sendiri merogol anak-anak perempuan, isteri-isteri jiran-jiran mereka di hadapan suami-suami dan bapa-bapa mereka sendiri. Seterusnya mereka mengumpulkan jiran-jiran mereka ini dan menembak mereka secara beramai-ramai.

Satu lagi tragedi hitam umat Islam di akhir abad ke-20. Orang yang bertanggungjawab di sebalik kejadian kejam ini jika anda masih ingat semestinya Presiden Serbia masa itu iaitu Rodovan Karadzic. Pembunuhan-pembunuhan ini merupakan yang paling kejam selepas perang dunia ke-2 di Eropah. Beliau telah diburu hampir selama 13 tahun. Hampir 11,000 penduduk Bosnia menjadi kekejaman manusia yang tak layak digelar manusia ini. Angka ini mungkin tidak tepat kerana ramai yang terkorban tidak dijumpai tempat pembunuhan mereka.

Karadzic telah menyamar dan menjadi pengamal perubatan alternatif menggunakan identiti palsu selama 13 tahun. Dia menyimpan rambut panjang, berjanggut dan bercermin mata untuk menyembunyikan identitinya selama ini.

Penduduk Bosnia yang selama ini menyimpan harapan melihat pembelaan terhadap pembunuhan kejam itu menyambutnya dengan penuh kesyukuran. Namun, masih adakah keprihatinan umat Islam khususnya di Malaysia terhadap berita ini atau kita sekadar sibuk memikirkan bagaimana untuk mengenyangkan perut kita sahaja? Sesungguhnya terlalu banyak tragedi umat Islam di seluruh dunia yang disembunyikan.

Jul 23, 2008

Umno Pernah Dimakan Sumpah

bulanpenuh2012 | Saudara-saudari pengunjung yang dirahmati Allah s.w.t. Marilah kita mengamati maksud firman Allah s.w.t berikut:

“Dan janganlah engkau (berkisar dari pendirianmu yang benar, dan jangan) menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina (pendapatnya dan amalannya),

Yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah-belahkan orang ramai),

Yang sangat-sangat menghalangi amalan-amalan kebajikan, yang melanggar hukum-hukum agama, lagi yang sangat-sangat berdosa,

Yang jahat kejam, yang selain itu tidak tentu pula bapanya.

Adakah kerana dia seorang hartawan dan ramai anak-pinaknya (maka ia mendustakan agama Kami)?

Apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat keterangan Kami, dia berkata: “(Ini ialah) cerita dongeng orang-orang dahulu kala”.

(Orang yang bersifat demikian, Kami akan dedahkan kehinaannya) – Kami akan adakan tanda di atas hidungnya (yang berupa belalai itu)”.

(Surah Al-Qalam : ayat 10 – 16 ; Tafsir Pimpinan Ar-Rahman)
Sumpah bukanlah sesuatu yang kecil dalam Islam. Ia bukan juga sesuatu yang boleh dipermain-mainkan. Justeru, Islam mengajar umatnya agar tidak menjadikan sumpah sebagai penutup kemungkaran apatah lagi untuk menegakkan kebatilan.... selanjutnya.

Jul 12, 2008

Hearbreaks in silence

Niamah | Heartbreaks in silence. That is the poignant title of a wonderful piece written by a gay friend of mine. Yes, he is homosexual. He is talented. He is caring. He is passionate about his art, his beliefs. He is my friend. Enjoy...

HEARTBREAKS IN SILENCE

In response to all the homophobic Bernama articles out there telling me how evil it is being gay, and to prelude our upcoming Seksualiti Merdeka celebrations, I hereby offer this long post taken from my "personals" profile on www.guys4men.com, with which I break the hearts of the men of Malaysia, and then seduce them.

Amazingly, I had my first erection when I was 7. It came from like nowhere. Wah, I thought, a new toy! Like a transformer robot - from a little teapot into a space rocket! Papa! Mummy! Look at my transformer! "Ah boy, put away your toy, we have visitors."

I really didn't know how to play with my new toy until I was 12 when a classmate and I went went to the toilet behind school to compare sizes (wah, you so big; no lah, you bigger - bloody hell, it's a tie!). "Come," he said, "let's goncang together." What is goncang? I asked. "There you shake it like that." Oh, so that is what "goncang" means, I said. Um, I don't feel anything lah. "You just keep shaking. You will feel it." Eh, so boring, man, I see you back in class. In class, we continued comparing sizes under the table, right under the teacher's nose.... selanjutnya.

Jul 1, 2008

Kerajaan Penjajah

edyesdotcom - [...] Kita rakyat yang mempunyai sebuah negara, kita rakyat ada kerajaan ‘prihatin’, kita rakyat ada sumber alam yang begitu lumayan. Tetapi apakah yang kita ada buat diri kita? hutang kereta 30 ribu, hutang rumah 150 ribu, hutang pinjaman peribadi 20 ribu kononnya nak buat business sampingan. Apakah yang telah kita miliki sebenarnya? adakah aset atau liability ? Berapa ramai rakyat Malaysia beli kereta dengan cash? Tiada apa yang boleh dibanggakan jika setakat makan gaji bayar hutang. Saya percaya rakyat tertekan apabila memikirkan nasib ini.

Bukanlah saya nak menyalahkan kerajaan kerana hutang-hutang yang kita 'nikmati', tetapi wajarkah kita mempunyai hutang sebanyak itu jika kita hidup di negara yang cemerlang? Cuba kita andaikan, jika kereta kancil baru dijual dengan harga RM10 ribu, Proton Wira pula 15 ribu, adakah ianya menjadi beban yang besar kepada rakyat? atau adakah kerajaan pula yang terbeban dengan penetapan harga tersebut?

Bayangkan, jika kita hanya membayar RM100 sebulan untuk kereta proton saga baru, dan RM200 sebulan untuk rumah teres, bukankah banyak lebihan gaji? Mengapa keadaan itu tidak boleh berlaku di negara ini? Bukan satu perkara yang mustahil untuk merubah semua kepada sesuatu yang lebih baik untuk rakyat, kita bisa melakukannya, bukan melalui UMNO. Tetapi realitinya yang dihadapi oleh rakyat ialah, bayaran untuk saga baru ialah RM400 sebulan manakala bayaran untuk rumah flat kos sederhana pula RM600 sebulan baik dari segi sewaan mahupun belian. Kerajaan penjajah.... selanjutnya.

Jun 23, 2008

“I want peace. I don’t want any trouble.”

bolehjokes - [...] Most of the older people are cowards, especially Chinese (This is just my opinion). I am saying this as a Chinese and my mum and her friends are exactly like that. They are more than likely to stick to the same, be slaves to BN and will be very reluctant to change. As long as their lives are not under threat, they won’t want to do something. Only when something happen to them or their families, they will cry out for fair justice. What is the use by then? You let yourself be in ruins and only to realize later and want to do something when it is too late?

This is exactly the plan of our very own “dictator”, Tun Mahathir. To install fear into every Malaysian so that they will obey the lords. The lords as in the Mahathir’s cronies. That was Plan A. Plan B, to give more illegal immigrants bumi status to keep them voting for BN. As long as BN gets the majority, UMNO will run our lives and they will happily do so.

Obviously the younger generations are very different and they are disgruntled. They disagree with the old thinking. This is why the tsunami came. We no longer accept the kind of rubbish that’s been around for too long (Sad to say that some BN goons still don’t get it. They are still living in the 70’s). We are no longer living in an era whereby information moves slowly. We are more knowledgeable because of internet. We quickly learned about “Makkal Sakthi”. We quickly learned about the loopholes in our country and we want improvement. Can you imagine if there’s no internet, no CNN, no CNBC and all the things you read in the newspapers are just mere lies, what would have happen? You and I will still be happily chanting “Hidup Barisan”.

What the older people don’t understand is, I want a balance. No, I don’t want any trouble either. I want free and fair Governance that will look upon me as Malaysian. No, I don’t want Pakatan Rakyat to takeover and become the next arrogant party like BN. Ignoring people’s cry and ruling arrogantly is the last thing I ever want. If we keep fearing, we will never get what we want.... selanjutnya.

Jun 9, 2008

Cara Pak Lah Selesaikan Masalah

http://syahrilkadir.files.wordpress.com/2008/04/kartun-dec.jpgemail oleh: D'Cruz

Hari ini telah diumumkan bahawa harga petrol telah dinaikkan sebanyak RM0.78 seliter, bermakna, rakyat hari ini terpaksa membayar RM 2.70 bagi setiap liter, berkuatkuasa 12 tengah malam ini. Walaupun pada mulanya dikatakan akan menaikkan harga petrol pada bulan Ogos, namun seperti biasa Pak Lah sekali lagi memungkiri kata-katanya kepada rakyat.

Saya sendiri yang telah pun merancang perbelanjaan saya untuk mempersiapkan diri menghadapi kenaikan harga minyak dua bulan lagi seperti melangsaikan hutang dan sebagainya, menepuk dahi kerana terpaksa pula menghadapi kenaikan ini secara tiba-tiba.Jika kita masih ingat, tahun 1997-1998 dahulu ketika dunia dilanda kegawatan ekonomi, Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir telah menambat nilai matawang kita. Kesannya, rakyat ketika itu tidak begitu terasa bahang kegawatan tersebut. Begitulah gaya seorang pemimpin dinamik yang mampu menyelamatkan rakyatnya daripada merasai secara terus setiap konflik dan krisis yang dihadapi dunia. Idea dan buah fikirannya akan menjadi perisai kepada rakyat daripada merasai kesusahan. Berbeza
dengan Pak Lah hari ini, yang setiap keputusannya menuntut rakyat bersama-sama menderita bersama kerajaan menanggung masalah negara.

Pemimpin seperti Pak Lah dilihat tidak dapat menyelesaikan masalah, sebaliknya lebih berminat memberikan penjelasan kepada rakyat supaya rakyat memahami "kesusahan" kerajaan. Contohnya, menjelaskan kepada rakyat, bahawa negara lain membayar harga petrol lebih mahal daripada Malaysia. Ini bukanlah perkara yang diharapkan oleh rakyat daripada sebuah kerajaan yang telah dipilih. Rakyat mahukan penyelesaian,
bukannya penjelasan.

Lihat sahajalah zaman Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri ketika dahulu, hinggakan pada satu tahap di mana timbalannya hendak mendapatkan bantuan IMF, tetapi Dr Mahathir telah berjaya mengeluarkan penyelesaian terbaik yang tidak membebankan rakyat walaupun ketika itu dunia huru-hara kerana kemelesetan ekonomi. Saya pada masa itu mempunyai beberapa orang rakan dari negara jiran berasa kasihan mendengar keluhan mereka kerana terpaksa menanggung kesusahan kerana kerajaan mereka gagal menangani masalah kemelesetan ekonomi tersebut. Di dalam hati saya ketika itu mengucapkan rasa kesyukuran kerana mempunyai Perdana Menteri yang bijak seperti Tun Dr Mahathir.

Pak Lah nyata kekurangan idea. Beliau sebenarnya tidak layak menjadi Perdana Menteri Malaysia ketika dunia dilanda kegawatan seperti ini. Rakyat memerlukan seorang pemimpin yang bijak, berpandangan jauh dan berwawasan untuk menangani segala krisis yang mungkin dihadapi. Kerana itulah rakyat memerlukan kerajaan. Rakyat memilih kerajaan untuk dipertanggungjawabkan memikirkan masalah rakyat. Bukannya kerajaan yang tidak habis-habis membebankan rakyat dengan masalah kerajaan.

Tetapi itulah cara Pak Lah menyelesaikan masalah. Memang harga minyak global sekarang sangat tinggi tetapi bagi saya itu bukan soalnya. Soalnya sekarang ini adalah kerajaan hari ini tidak lagi mampu memberikan subsidi. Mengapa begitu? Jawapannya mudah, kerajaan pimpinan Pak Lah hari ini tidak lagi mampu menjana ekonomi dengan
berkesan. Kantung kewangan kerajaan semakin kekeringan dan pertumbuhan ekonomi pula adalah lembap. Sepatutnya Pak Lah duduk semeja berbincang dengan Dr Mahathir meminta buah fikiran berdasarkan pengalaman luas Dr Mahathir mentadbir negara. Tapi hari ini Tun dihina, dikutuk dan dikeji.

Kepada rakyat Malaysia, saya menyeru supaya kita semua menunaikan solat taubat. Mungkin kita terlalu banyak melakukan dosa hinggakan kita dikurniakan seorang Perdana Menteri yang dungu seperti Pak Lah. Lihat sahajalah jawapan Pak Lah ketika negara tidak cukup beras tempoh hari, disuruhnya pula kita makan ubi kentang dan makan nasi segenggam sehari. Siapa sahaja boleh jadi PM begitu. Kesimpulannya, Pak Lah harus undur. Beliau patut mengakui beliau tidak mampu memimpin negara membangun
seperti Malaysia. Berundur bukan bererti kalah, tetapi akan diingati oleh rakyat sebagai pengunduran penuh maruah dengan mementingkan kepentingan rakyat melebihi segala-galanya.

Jun 7, 2008

Minyak naik, rakyat bangkit

angaran kos hidup si bujang sebulan 060608malaysiakini - [...] Anggaran ini masih lagi belum ditokok dengan perbelanjaan- perbelanjaan lain seperti memberi wang kepada orang tua, bil telefon, bil internet dan keperluan lain (lihat jadual anggaran).

Anda boleh membandingkan kos yang perlu ditanggung sebelum dan selepas harga minyak dinaikkan. Kos ini bagi mereka yang masih lagi bujang dan hidup berdikari.

Bagaimana pula dengan mereka yang sudah berkeluarga? Mungkin kos yang perlu ditanggung lebih dua atau tiga kali ganda daripada jadual perbelanjaan di atas.

Di Kuala Lumpur, kereta masih lagi diperlukan kerana sistem pengangkutan awam belum mencapai tahap yang boleh memberikan keselesaan.

Semalam kabinet Abdullah Ahmad Badawi-Najib Razak mengumumkan kenaikan harga petrol sebanyak 78 sen dan diesel RM1.

Pengumuman tersebut menyebabkan stesen-stesen minyak sesak dengan orang ramai yang berpusu-pusu minyak pada kadar harga lama – buat kali terakhir.
... selanjutnya.

May 26, 2008

Bumi dah tua beb?

Radenjowo
Larva dan cecair besi yang menggelegak di dalam perut bumi mencari lorong dan lohong untuk tembus ke permukaan. Itu yang aku belajar dari sekolah rendah dulu. Itu pun kalau cikgu aku tu betul betul cikgu. Tapi rasanya diorang cerita benda yang betul.

Kita diberitahu sejak dulu .... berikut adalah garisan gempa bumi. Diberitahu garisan ini melibatkan beberapa buah negara dan kejadian gempa sering berlaku di tempat tempat tersebut. Tidak melibatkan Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Betul ke?

Mari kita lihat garisan gempa yang terdapat di persekitaran negara kita ......

http://202.127.109.98/gempa/Reference/Indore_files/image004.jpg

Phuhhhhh kita selamat.... Betul kah kita selamat?

Baca berita hari ini, 26/5/2008.
Kejadian gempa bumi kecil yang telah menggegarkan kawasan Bukit Tinggi, Pahang sebanyak 21 kali sejak November tahun lalu menimbulkan tanda tanya terutama di kalangan penduduk yang tinggal di kawasan sekitarnya.Walaupun Jabatan Meteorologi memberi jaminan ia hanya bermagmitud kecil dan tidak membahayakan namun kekerapan kejadian itu mencetuskan kebimbangan.Terbaru kawasan itu digegarkan dengan satu gegaran berukuran 3.1 pada skala Richter pada pukul 9.36 pagi ini.Sebelum ini pada 15 Mac lalu, tiga gempa bumi kecil dengan ukuran antara dua dan 3.2 pada skala Richter telah dikesan di sekitar Bukit Tinggi dan Janda Baik.Bagaimanapun Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan akhbarnya di sini memberitahu, gempa bumi itu hanya bermagnitud kecil. - UtusanMalaysia.

Dan berita pada bulan May 2008 yang lepas

KOTA KINABALU 18 Mei - Satu gempa bumi berukuran 4.3 pada skala richter dikesan berlaku daerah Tawau pada pukul 2.26 petang ini dan turut dirasai penduduk di sekitar Lahad Datu dan Kudat. Gempa tersebut berpusat di 4.8 Utara dan 117.78 timur, manakala lokasinya pula kira-kira 71 kilometer ke arah barat laut, Tawau iaitu sekitar kawasan Kalabakan. Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah, Abd. Malik Tusid ketika dihubungi Utusan Malaysia, mengesahkan mengenai kejadian tersebut. "Bagaimanapun, gempa itu dikategorikan lemah. Jabatan juga menerima banyak panggilan daripada orang awam mengenai gempa yang berlaku," katanya. - Sabahkita

Gempa itu bepusat di Sabah? Dan cuba anda perhatikan semula gambarajah di atas. Sabah sepatutnya tidak terbabit kecuali kesan gegaran kerana tidak berada di kawasan garisan gempa bumi. Tapi tidak lagi. Jeng ..... jeng ..... jeng.

Dan kita lihat pula kajian sains tentang kerak bumi dan cecairnya .....
A scientist proposes sending a grapefruit-size communication device into the heart of the Earth by blasting a crack in the surface and pouring in a huge quantity of molten iron. The weight of the liquid metal would crack the Earth for more than 1,800 miles (3,000 kilometers), carrying the probe to the planet's core in about a week. - National Geographic.
Cuba anda bayangkan. Adakah garisan GEMPA itu sekarang sudah berada di bawah rumah kita?

Ada berada di mana sekarang? Rumah flet, pangsapuri, kondo atau apa? Jangan bimbang kerana selain dari pemilik rumah rumah tersebut, menteri kerja raya pun pening kerana sejak dulu, bangunan di malaysia tidak tahu ketahanannya. CF pun banyak yang tipu, pegawai pun banyak yang rasuah....

Aku berangan untuk bina rumah dari kontena saja. Digolek pun selamat. Kalau banjir pun terapung. Itu pun kalau tak bocor dan berkarat. Dan kepada kita semua, di dalam mencari cari berita politik dan porno. Jangan lupa untuk cari berita tentang gempa dan keadaan bumi sekarang. Kekadang rasa malas nak berebut Pulau Batu Puteh kerana mungkin ada yang tak baik akan berlaku ketika kita sedang sibuk berbalah. Ada pun orang politik yang sibuk jual tanah dan pulau milik negara tak pikir tentang tanggung jawab dan dosa kerana mungkin nak buat kapal layar besar untuk larikan diri kalau Malaysia dalam bencana. Kalau makan cili, dia rasa pedas.


May 25, 2008

Batu Puteh: Bodohnya kita ....

Radenjowo
Surat dari Pemangku Setuausaha Kerajaan Negeri Johor yang dikeluarkan pada tahun 1953 telah cukup menimbulkan keraguan [Rujuk SINI]. Ianya kerana surat tersebut boleh diterima sebagai bukti sedangkan Jawatan tersebut tidak layak untuk berbicara tentang soal hak tanah dan negara. Kecualilah ianya datang dari Kesultanan Melayu dan Pemimpin Negara.

Namun selepas itu ada pula cerita baru tentang kehilangan surat asal pemilikan Pulau Batu Puteh, yang kononnya menjadi harapan untuk memiliki pulau itu. [Rujuk SINI]. Tiba tiba dan hilang dan sekarang ianya sudah lenyap.

Kita disedapkan hati oleh media media untuk menerima keputusan ICJ dengan harapan tiada timbul rasa tidak puas hati rakyat terhadap keputusan yang bakal di perolehi. Tetapi sesungguhnya semakin kita membaca, maka timbul curiga samaada Kehilangan Pulau Batu Puteh dari Peta Malaysia adalah kerana keputusan Mahkamah Keadilan Dunia (ICJ) semata mata atau ada pihak yang sememangnya menjual harta kepada negara asing.

Keputusan yang diperolehi seperti tidak cuba di bantah oleh sebarang pihak kecuali rakyat. Sedangkan membantah keputusan mahkamah, bukan lah kesalahan kalau dibuat secara betul dan pengikut prosidur. Semuanya seperti angguk dan terima apa sahaja keputusan. Bertawakkal kononnya.

Malah ..... beberapa hari sebelum keputusan di keluarkan, banyak berita di dalam akhbar media perdana, meminta agar rakyat Malaysia menerima apa jua keputusan yang bakal di beritahu. Tidak langsung menyatakan tentang harapan untuk memiliki Pulau tersebut. Bagaikan keputusan tersebut sudah diketahui sebelum di canangkan. Selepas keputusan di keluarkan pula, pemimpin meminta agar rakyat menerima. Kononnya 'win-win situation'.

Secara logiknya, Tanah Singapura adalah sebahagian kepada Tanah Melayu. Itu sah terdapat di dalam sejarah. Di pisahkan berdasarkan desakan Pemimpin Singapura untuk merdeka pada 9 Ogos 1965. Kalau Batu Puteh termasuk di dalam peta Singapura, sudah pasti persempadanan Singapura dan Malaysia sudah pun ujud sejak dulu dan ianya tidak langsung menjadi pertikaian seperti sekarang. Umpama kita akui Singapura bukan lagi hak kita begitu juga Pattani di utara negara.

Tetapi hanya bermula pada tahun 1980, baru Singapura membantah hak Pulau tersebut kerana berpunca dari kenyataan dan peta yang di keluarkan di Malaysia dengan memasuki Pulau tersebut di dalam peta negara. Manakala antara alasan Singapura, pulau itu sudah diusahakan sejak 130 tahun dahulu.

Adakah mereka sudah tahu Pulau Batu Puteh adalah hak mereka dan ianya disenyapkan sehingga pada tahun 1980 seperti yang dinyatakan. Dan ketika itu ... mereka berani berkata, memang itu hak mereka dan membawanya ke ICJ.

Sebelum ini, perjanjian membekal air, kemudian isu penjualan Pasir ke Singapura yang dibuat tanpa pengetahun rakyat Malaysia. Sekarang isu Pulau Batu puteh dan selepas ini adakah Wilayah Pembangunan Iskandar [WPI] pula? Jangan terkejut kerana Singapura berpisah dengan Malaysia, tiada siapa yang bantah. Membekal air ke Singapura pun tiada siapa yang halang dan kalau Wilayah Perdagangan Iskandar kita terus senyap, kemelut yang sama akan berulang, kemudian hari.

Kalau ianya berulang, siapakah yang kita perlu persalahkan? Atau sememangnya kita bodoh untuk menerima sahaja semua tindakan pemimpin? Sesungguhnya , tidak mustahil, dengan kebodohan di tahap yang seperti ini, kita akan tinggalkan bala kepada anak cucu kita.

Siapa tahu? Mungkin juga surat surat rasmi yang kita tidak tahu selama ini, tiba tiba muncul menjadi bahan bukti seperti surat yang ditulis oleh Pemangku SUK itu? Dan tidak mustahil juga, adanya dokumen yang tiba tiba hilang bila ianya di bawa ke mahkamah.

Perah kepala otak sikit ... cuba selesaikan teka teki ini, samada semua ini dirancang, atau memang ianya cuba untuk disembunyikan? Siapa kah petualang diantara kita yang cuba memutarbelitkan fakta sejarah dan menjual hak kepada orang asing? Rakyat semakin bijak. Tapi kita buat buat tak tahu kerana kita tidak tahu, tidak di beritahu atau tidak minat untuk tahu. Sampai masa di satu hari nanti...kita semua melatah seperti sekarang. Semuanya kerana kita tidak ambil berat dan kita ghairah di perbodohkan oleh pangkhianat negara.

May 22, 2008

MENGKRITIK BUKAN BERMAKNA BENCI

albakistani - Semenjak dua ini, ramai yang agak tidak bersetuju dengan tulisanku yang lebih mengkritik kerajaan Pakatan rakyat di Selangor. Berbagai-bagai respon dari sahabat-sahabat seperjuangan tentang isi kritikanku itu.

Aku tidak menyimpan perasaan marah terhadap mereka, bahkan aku sangat suka dengan sikap mereka yang berani menyatakan pandangan mereka atas ketidakpuasan hati itu.

Aku amat tidak menyukai dengan sikap sebilangan mereka yang hanya berbincang sesama mereka sahaja dalam menyatakan ketidakpuasan hati terhadap sesuatu. Kadangkala dengan sikap dan tindakan mereka itu, akan melahirkan satu keadaan yang membarah yang akhirnya melahirkan perbalahan.

Padaku, budaya kritik mengkritik perlu disuburkan agar segala natijah akan terhasil dengan baik. Jika tanpa kritik, menyebabkan akan lahirlah suasana ”AMPU”. Dengan budaya umpu itulah yang menyebabkan sesuatu pergerakan organisasi akan hancur.... selanjutnya.

PECAT IMAM

hamirdin.blogspot
Assalamualaikum,

Sekali lagi kita disuapkan dengan berita palsu dari pihak BN bahwa di Perak berlaku kejadian pemecatan imam oleh kerajaan PR. Ini adalah dodoi lama yang mainkan semula oleh BN, kerana mereka menyangka dengan memainkan isu seperti ini mereka boleh mendapat simpati rakyat.

Sebenarnya BN/UMNO dan penyokong-penyokong merekalah yang telah selama ini bertindak zalim bukan sahaja memecat imam dan AJK mesjid/surau seperti yang berlaku diTerengganu, tetapi lebih jahat lagi mereka telah merampas mesjid dan surau, mengunci dan merantai mesjid dan surau serta merobohkan mesjid dan surau. Rekod kehasadan mereka jelas terpahat di negeri Selangor.

Satu lagi perangai busuk mereka ialah terlalu suka mendeskriminasikan rakyat. Kalau rakyat yang tidak menjadi penyokong mereka pelbagai bentuk deskriminasi dikenakan kepada rakyat tersebut. Dengan sebab itulah banyak mesjid dan surau dikuasai oleh puak mereka dengan cara mendeskriminasikan rakyat jelata.

Kehasadan mereka yang besar lagi ialah, mereka hanya menggunakan topeng demokrasi apabila berada dalam suasana pilihan raya. Di luar daripada keadaan tersebut mereka langsung tidak percaya dan tidak mahu menggunakan demokrasi. Contoh yang paling ketara ialah pemiihan AJK surau atau pun mesjid. Banyak mesjid dan surau menentukan AJK masing-masing dengan cara ditunjuk oleh orang UMNO dan direstu oleh YB berkenaan, dan kemudian senarai AJK tersebut terus mendapat pengesahan jabatan ugama Islam yang berkenaan. Anak kariah tidak diajakberunding, dan tidak ada amalan demokrasi dalam perkara ini.... selanjutnya.

May 17, 2008

~ Kamar Ku Yang Telah Sepi ~

kassim8888 - [...] Sambil menikmati makan petang dengan suasana yang dingin kuperhatikan air hujan turun dari celah-celah siling di depan bahagian porch keretaku. Sudah lama kuperhatikan siling ini bocor cuma tiada siapa yang dapat kuharapkan untuk melihat punca bocornya. Jika dahulu akulah yang akan bergegas lari naik ke tingkat atas untuk meninjau-ninjau arah arus air yang bocor itu.

Sambil menjamu nasi berlaukan ikan bilis goreng cili api, aku terkenangkan kamar tidurku di tingkat atas. Sejak jatuh sakit hampir lima tahun, aku tidak berpeluang menjenguk naik ke kamarku. Bagaimanakah rupanya kamar tidurku yang telah lama kutinggalkan?. Kamar tempatku bergurau senda kini sepi membisu tanpaku.

Katil antik perkahwinanku kini lesu tanpa penghuninya. Mungkin dia merindui kehangatan tubuhku. Mungkin jua dia merajuk kerana tubuhku kini tidak memerlukannya lagi. Aku kini sudah ada penggantinya. Katil besi yang lebih kukuh yang selalu di gunakan di hospital².

Almari pakaianku telah lama tidak kubuka. Tidak seperti waktu dahulu, pasti setiap malam kubuka daun pintumu mencari pakaianku. Aku jua rindu pada kemeja-kemeja dan seluar-seluar yang kupakai ke pejabat satu ketika dahulu. Putih, biru, hijau dan unggu warna kemejaku.

Sesungguhnya aku amat merindui untuk memakainya kembali. Tali leherku tergantung kaku se olah-olah turut menerima hukuman seperti diriku jua. Hampir lima tahun kain pelekat bercorak pepetak mengambil alih dan menutup tubuh tuanmu.

Jubah hijau yang dibeli di Mekah yang sering kupakai dahulu sewaktu sujud mengadap dan berdoa padaMu kini terlipat dan tertunduk lesu di rak baju.... selanjutnya.

May 16, 2008

Selamat Hari Guru!

by : ciklee

Sedar tak sedar, hari ini ialah hari guru! Walaupun sudah lama meninggalkan sekolah, tapi saya masih ingat pada tarikh ini. Masa sekolah dulu, tarikh ini merupakan tarikh yang istimewa. Pasalnya hari ini tak ada kelas macam biasa. Yang ada penyampaian hadiah, persembahan dan macam-macam yang best lagi termasuk makan.

Pada saya, hari guru ini tidak patut disempitkan kepada guru-guru di sekolah menengah dan rendah sahaja. Pensyarah-pensyarah pun guru. Ustaz-ustaz yang mengajar kat surau-surau dan masjid-masjid pun guru. Motivator-motivator, pendakwah bebas semua guru. So, pada saya skop sambutan dan penghargaan patut diperluaskan lagi.

Di samping menghargai jasa-jasa guru, saya merasakan mungkin ada baiknya kita meneliti hasil dan kejayaan sistem pendidikan hari ini. Tidak dinafikan memang ramai tenaga professional yang berkhidmat di luar dan dalam negara dihasilkan, tenaga penyelidik yang berwibawa terhasil dan sebagainya. Tapi pandangan saya sebagai orang biasa yang tak ada kepentingan apa-apa ini, sekolah kita hari ini lebih banyak menghasilkan mat-mat rempit, minah-minah bohsia, mat-mat rappers, gang starz-gang starz dan mat-mat metal.

Sesuatu yang tidak kena di sini. Dengan sistem pelajaran hari ini yang berorientasikan peperiksaan semata-mata, banyak perkara yang tercicir. Mata pelajaran agama Islam semakin dikurangkan untuk memberi ruang kepada mata pelajaran yang lebih penting. Sekolah-sekolah terutamanya sekolah harapan negeri atau negara menumpukan kepada peperiksaan dan kuiz, sehingga hampir tiap-tiap bulan pasti ada kuiz dan peperiksaan bagi setiap mata pelajaran. Sehingga cikgu-cikgu tidak sempat menanda kertas peperiksaan bulan lepas, dah kena buat soalan peperiksaan bulan ini.

Ditambah dengan sukatan mata pelajaran sains dan matematik di dalam bahasa Inggeris. Yang pening akan semakin pening. Yang tertinggal akan semakin tertinggal. Sekolah-sekolah kita lebih menumpukan perhatian untuk mengeluarkan robot-robot bernyawa daripada seorang manusia yang kreatif dan boleh berfikir sendiri. Insan-insan yang boleh berfikir di luar kotak. Insan-insan yang mampu membangunkan tamadun moden yang lebih dinamik. Mencari kembali jati-jati diri yang telah hilang dilupuskan oleh penjajah-penjajah.

Sistem yang digunakan oleh sekolah-sekolah kita kebanyakannya warisan daripada penjajah-penjajah. Sudah hampir 50 tahun kita merdeka, nak masuk 51 tahun pun sekarang ni. Tetapi mengapa kita tidak boleh mengunapakai sistem dan mata pelajaran kita sendiri. Yang di bentuk dan di reka sendiri oleh orang-orang kita, bangsa-bangsa kita. Untuk melahirkan insan-insan syumul dan yang mempunyai jati diri. Adakah sejarah yang tertulis di dalam buku-buku sejarah di sekolah-sekolah kita hari ini merupakan sejarah yang benar-benar tepat. Atau ia adalah satu konspirasi penjajah, untuk menjauhkan kita dari jati diri kita yang sebenarnya?

Inilah permata-permata yang perlu dikorek. Dihasilkan dari sekolah-sekolah kita. Mendidik anak-anak bangsa untuk melahirkan bangsa yang kuat. Yang boleh menghasilkan identiti diri yang jati. Terlalu banyak perjuangan dan pengorbanan yang dilakukan. Namun, berapa ramaikah yang benar-benar sanggup terjun untuk merealisasikannya. Saya cadangkan Menteri Pelajaran yang sedia ada ditukar kerana pada saya, sistem pelajaran pada hari ini semakin punah dan ranah. Semoga hari ini akan memberi nafas baru kepada sistem pendidikan kita. Selamat hari Guru kepada setiap insan tidak kira jika jawatan anda bukan cikgu. Kerana kita sentiasa belajar dan di ajar.

Lawati - http://azzlie.blogspot.com

May 15, 2008

“Islamnya Siti Fatimah hanya di atas kertas”

republikkata - [...] Klip Video VK Lingam sudah selesai disiasat. Hasil siasatan dan laporannya telah pun diserahkan kepada YDP Agung. Kerajaan menerusi mesyuarat kabinetnya Jumaat ini akan memutuskan sama ada mahu didedahkan kepada umum atau tidak. Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) menyeru baru-baru ini supaya didakwa mereka yang terlibat dalamm percaturan hakim-hakim seperti perbualan oleh VK Lingam dalam pita itu. Publik telah mengikuti kes ini dari seawalnya, jadi kemungkinan mereka ingin mengetahui akan akhiran plotnya.

Dalam UMNO sibuk berteriakkan Hidup Melayu, ada permohonan untuk keluar Islam diterima di Mahkamah Penang. Pembenaran oleh mahkamah ini nyarisnya terselindung kerana isu Karpal sedang heboh diperdebatkan.

“Suruhanjaya Anti-Rasuah Malaysia (SARM) yang akan ditubuhkan kelak, tidak akan diletakkan secara khusus di bawah tanggungjawab Parlimen, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.” -- petikan Malaysiakini.

Wajar Karpal Singh dikenakan tindakan kerana mempersoal institusi raja?

Mohd Farid, Karpal tidak wajar menyentuh bidang kuasa YTM Sultan Perak, namun ia wajar bagi seseorang menyuarakan atau membantah sesuatu yang tidak memberi kebaikan pada asasnya di atas prinsip demokrasi. Seperti umum mengetahui Datuk Jamry Suri tidak mahu berkerjasama dengan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak sekarang, oleh itu sepatutnya ia ditukar....selanjutnya [KLIK DI SINI]

May 14, 2008

Siapa di belakang Karpal?

mstar - [...] Ketuanan Melayu sekali lagi teruji apabila Pengerusi DAP, Karpal Singh dengan lantang mempertikaikan ‘campur tangan’ Sultan Perak berhubung pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Datuk Jamry Sury atas arahan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin.

Karpal begitu yakin bermain dengan api yang sekarang ini sedang marak menyala tatkala isu paling sensitif yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan mengenai kedudukan dan peranan Raja-raja sebagai ketua agama Islam cuba digoncang. Hati-hati bermain api, kelak nanti terbakar diri!

Siapa Karpal dan apa haknya untuk mempertikaikan bidang kuasa Raja-raja Melayu? Wujudkah agenda tersembunyi di sebalik kelantangan beliau itu?

Sukar diterima akal seorang peguam berpengalaman seperti Karpal seolah-olah ‘terlepas pandang’ mengenai perkara besar seumpama ini.

Ini bukan perkara remeh yang boleh dicuit atau dicubit untuk dibawa bergurau apatah lagi bila mempersoalkan kuasa dan peranan ketua agama yang terletak di bawah tanggungjawab Raja-raja Melayu.

Nampaknya Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu masih belum puas dalam usahanya untuk menyangkal kuasa Raja-raja Melayu kerana beliau juga sebelum ini petah mencabar bidang kuasa tertinggi itu apabila pernah menyaman Sultan Selangor pada 1987.

Keberanian Karpal menyaman Sultan Selangor ketika itu atas satu isu yang mengundang tindak balas seorang guru silat, Allahyarham Kiyai Arshad Mohd Gamat yang bertindak menampar Karpal di pekarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur....selanjutnya [KLIK DI SINI]

May 12, 2008

Oh Fatimah! Mana Suara Pembela Islam ?

This summary is not available. Please click here to view the post.

May 7, 2008

Bila Pusat Tindas Negeri, Korporat Malaysia Jadi Mangsa (Bhg 1)

bulanpenuh2012
PRU12 telah berlalu. Yang kalah sepatutnya sudah berhenti menangis dan mula menginsafi kelemahan masing-masing. Yang menang pula mungkin tidak perlu meraikannya terlampau lama kerana bebanan tugas di bahu bertambah sepanjang hari yang dilalui.





Dalam merancang yang baru dan meneruskan yang sedia ada, kerajaan negeri-negeri Pakatan Rakyat mungkin berhadapan dengan 'masalah-masalah bawah karpet' yang dikumpulkan oleh pengkhianat amanah rakyat sejak 50 tahun yang lalu.

Namun pengkhianat-pengkhianat bangsa ini tidak mahu belajar dari kesilapan yang dilakukan dahulu. Tumpuan dialihkan pula untuk menyusahkan urustadbir kerajaan negeri dengan pautan rangkaian perasuah besar yang masih berkuasa di peringkat pusat.

Tatasusila dan adab sopan dalam perhubungan pusat dan negeri dilanggar tanpa segan silu. Maka perancangan-perancangan yang baik akan terbantut, lewat siap atau terus terbengkalai.

Pastinya apabila keadaan ini berlaku, sektor perniagaan dan warga korporat Malaysia akan turut menerima kesannya. Dalam jangka masa panjang, ekonomi negara akan terjejas kerana tiada kelancaran dan kesinambungan dalam perlaksanaan aktiviti-aktiviti ekonomi sama ada di peringkat mikro atau makro.

Jika pengalaman PAS mentadbir Kelantan dijadikan iktibar, Kerajaan pusat akan membuat apa sahaja untuk memastikan ia melutut meminta sedekah sedangkan dalam masa yang sama hasil-hasil dari negeri itu terus masuk ke kantung pusat.

Kemuncak dari kezaliman itu dapat dilihat apabila pemberian geran wajib perkapita dilewat-lewatkan, peruntukan pembinaan infrastruktur, pembinaan rumah untuk rakyat termiskin, pembiayaan pembinaan loji-loji air dan peruntukan tahunan PBT dilewat-lewatkan atau dihentikan sama sekali.

Dalam masa yang sama, kemasukan pelabur-pelabur asing disekat dan pelabur tempatan ditekan supaya tidak beroperasi di negeri tersebut. Media perdana pula menggembar-gemburkan ketakutan para pelabur asing terhadap tahap kestabilan di negeri bukan diperintah BN.

Pelabur tempatan dilaporkan mengelakkan diri dari terlibat dalam aktiviti ekonomi di negeri yang tidak stabil, tidak pandai merancang dan sentiasa mencari jalan untuk menyusahkan pelabur dengan menyekat perancangan-perancangan kerajaan pusat.

Akhirnya kerajaan Kelantan terpaksa meneroka hasil-hasil baru seperti cukai tanah, premium balak, dan menambahbaik kaedah tradisional melalui sumbangan sedekah dan zakat.

Aktiviti pembangunan yang lebih besar pula terpaksa di tanggung oleh GLC milik kerajaan negeri dan para peniaga yang berani melawan arus.

Namun keberkesanannya tidak optimum kerana GLC-GLC ini telah dipunahranahkan oleh pentadbiran terdahulu dengan operasi yang tidak efisyen, kakitangan lantikan politik yang korup, lembab dan malas, hutang lapuk yang bertimbun dan dalam kes-kes yang tertentu, berhadapan pula dengan proses-proses mahkamah yang panjang dan memenatkan.

Para peniaga yang menongkah arus pula berhadapan dengan pelbagai penderitaan dan sekatan, malah ada yang 'disenaraihitamkan' secara tidak rasmi dari mendapat pembiayaan melalui dana-dana yang dibentuk kerajaan pusat. Dalam kes-kes yang ekstrem pula, bank-bank dan lain-lain institusi kewangan tidak berani berurusan dengan mereka.

Ini menyebabkan keupayaan Kerajaan Kelantan untuk mentadbir agak tempang dari segi kewangan. Namun wang bukanlah segala-galanya.

Tok Guru Nik Aziz telah membuktikan bahawa amalan jimat-cermat, kerjasama dan gotong-royong, kesabaran yang tinggi dan tawakkal sepenuhnya kepada Allah s.w.t adalah jalan keluar terbaik dalam menghadapi penindasan ekonomi yang dilaksanakan oleh kerajaan pusat.

Kebijaksanaan Tok Guru dan pimpinan Kelantan dalam berbelanja mengikut keutamaan menyaksikan sektor pendidikan dan industri kecil dan sederhana (IKS) -dua sektor terpenting- berkembang pesat. Kita boleh melihat anak-anak Kelantan memenuhi IPTA, IPTS dan sistem pendidikan tradisional -sebagai pelajar dan tenaga pelajar- di seluruh negara. Kita juga boleh melihat produk-produk Kelantan terjual di seluruh pelosok negara hingga ke Sabah dan Sarawak.

Kebijaksanaan polisi-polisi melibatkan golongan miskin tegar, anak-anak yatim, OKU dan armalah menyaksikan terhasilnya agihan pendapatan dan peluang-peluang ekonomi yang seimbang. Ini menyumbang kepada penurunan indeks jenayah dan masalah gejala sosial di kalangan masyarakat.

Tambah membanggakan, Tok Guru Nik Aziz berjaya menurunkan kadar kemiskinan. Sabah dan Terengganu kini lebih miskin dari Kelantan. Peliknya, dalam keadaan kewangan disekat dari pelbagai sudut, Tok Guru Nik Aziz berjaya membayar segala hutang lapuk yang diwarisinya dari pentadbiran BN 19 tahun yang lalu.

Walaupun kebijaksanaan ini boleh dimanfaatkan oleh korporat-korporat multinasional tempatan dan asing, namun halangan-halangan dari kerajaan pusat menyebabkan mereka dan kerajaan Kelantan sendiri terlepas dan kehilangan peluang-peluang ekonomi yang lebih besar dan banyak.

Tidak keterlaluan jika dikatakan sekiranya tiada halangan-halangan ini, Kelantan mungkin telah menempatkan dirinya sebaris dengan Selangor, Johor dan Pulau Pinang dalam kepesatan pembangunan dan kegiatan ekonomi yang berdaya saing dan bersifat global.

Sektor korporat kehilang peluang untuk membuat keuntungan dari potensi penggemblingan modal dan sumber negeri. Sekiranya tidak disekat kerajaan pusat, sudah tentu mereka mendapat manfaat dari kestabilan sosioekonomi negeri, kos buruh yang relatifnya lebih rendah, sumber manusia yang mantap akidah dan rajin bekerja dan sektor awam yang telus, bersih dan bebas rasuah.

Kita tidak pelik sekiranya syarikat-syarikat gergasi multinasional berlumba-lumba menabur wang di Kelantan atas alasan -alasan tadi. Namun kuasa kelulusannya tertakluk kepada MITI dan menterinya Rafidah Aziz yang korup dan zalim. Maka yang tinggal hanya harapan.

Jenguk pula seketika ke Terengganu, sepenggal di bawah PAS hingga 2004. Royalti minyak yang menjadi talian hayatnya dirompak di siang hari. Hasil yang boleh mencecah RM2 bilion setahun diagihkan kepada kroni-kroni Khairy Jamaluddin. Yang tinggal untuk Tok Guru Haji Hadi adalah hutang berbilion ringgit, GLC yang seumpama biawak hidup dan jentera pentadbiran yang tunggang-langgang dipunahkan Umno.

Bayangkan jika royalti minyak itu disalurkan kepada Kerajaan PAS Terengganu untuk projek-projek pembangunan. Dengan praktis pentadbiran bersih berlandaskan Islam, sudah tentulah keberkatan hasil pelaburannya akan dapat dilihat dan dinikmati oleh seluruh rakyat Terengganu tanpa mengira fahaman politik.

Bayangkan pula bagaimana korporat Malaysia mendapat manfaat dari ketelusan dan akauntabiliti Tok Guru Haji Hadi dan jentera pentadbirannya.

Tengoklah pula apabila wang itu 'diehsankan' kepada Khairy Jamaluddin dan Kamaluddin Abdullah. Bukan sahaja warga korporat di Terengganu dipinggirkan, malah rakyat bertambah derita hingga tidak cukup tanah untuk membina rumah. Selain Manila, Kuala Terengganu mungkin satu-satunya bandaraya di dunia ini yang tanah perkuburannya dijadikan tempat tinggal oleh golongan miskin.

Semuanya telah tertulis di dalam sejarah dan sejarah sentiasa menyaksikan golongan yang tertindas akan bangkit dan kebangkitan itu pula tidak akan dapat ditumpaskan oleh penguasa yang zalim. Cuma bentuk dan kadarnya berbeza-beza mengikut suasana dan tempat.

Dan inilah manifestasi keputusan PRU12. Rakyat melakukan perubahan di beberapa negeri dengan memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat, tetapi dalam masa yang sama mengekalkan rejim BN memerintah di peringkat pusat.

Sudah tentu rakyat mengambilkira kehendak perlembagaan supaya pusat dan negeri sentiasa bekerjasama dan hormat-menghormati di antara satu sama lain. Semangat ini telah termaktub dalam perlembagan persekutuan. Agihan hak dan kuasa dinyatakan secara jelas melalui senarai persekutuan dan senarai negeri.

Rakyat faham dan jelas tentang hal ini. Sebab itulah mereka berani melakukan perubahan. Suara rakyat hendaklah dihormati oleh semua pihak. Kepentingan peribadi dan perbezaan politik tidak seharusnya menjadi penghalang kepada penjawat-penjawat awam di peringkat pusat dan negeri untuk berkhidmat kepada rakyat.

Mesej rakyat dalam PRU12 difahami dengan baik oleh sektor korporat Malaysia. Kebanyakan tokoh korporat menjangkakan persekitaran perniagaan dan aktiviti ekonomi yang lebih adil dan saksama hasil dari suara pembangkang yang lebih kuat di Parlimen.

Reaksi awal warga korporat mendapati mereka menjangkakan keputusan PRU12;

(1) akan menjadi pemangkin kepada peralihan Malaysia dari menjadi pasaran marginal (modal diletakkan secara jangka pendek untuk tujuan spekulatif di pasaran saham dan/atau pasaran matawang) kepada pasaran berasaskan pegangan jangka panjang dengan penglibatan menyeluruh pelabur-pelabur asing dalam permodalan pasaran, pengoperasian, pengurusan dan pelaburan semula keuntungan.

(2) akan mempercepatkan pembangunan pasaran modal -berbanding melalui perubahan yang digerakkan oleh pengawal pasaran atau campurtangan eksekutif- melalui penarafan semula pasaran oleh agensi-agensi antarabangsa.

(3) akan menambahkan kebertanggungjawaban kerajaan dan meningkatkan ketelusan disebabkan lebih banyak suara yang menentang, menyemak dan menuntut perubahan di parlimen. Dengan itu sektor korporat dapat merancang dengan lebih baik kerana kos sebenar untuk menjalankan sesuatu projek diketahui dengan jelas.

(4) akan menarik pelaburan dana jangka panjang (sovereign funds, dana pencen, dana amanah dsb.) kerana sikap semua pihak yang menghormati keputusan pilihanraya tanpa mencetuskan pertumpahan darah. Faktor ini akan meningkatkan ranking Malaysia sebagai negara yang rendah kadar premium risiko pelaburannya.

Cara rakyat Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak menerima keputusan peti undi tidak sama dengan cara rakyat filipina, Thailand, Indonesia dan Myanmar.

Dalam ertikata lain tiada rusuhan dan/atau rampasan kuasa. Ini menjadikan iklim pelaburan lebih stabil dan para pelabur boleh menumpukan sepenuh perhatian kepada operasi mereka tanpa perlu bimbang risiko ke atas keselamatan dirinya, hartanya, pekerjanya hatta terhadap keuntungan yang diperolehinya.

(5) akan ada perubahan dari segi layanan dan perhatian setiap kerajaan pusat dan negeri dalam penawaran insentif kepada pelabur.

Sementara Umno mungkin mengabaikan projek-projek domestik yang mustahak kerana perebutan kuasa dalaman menjelang AGMnya akhir tahun ini, pembangkang pula bekerja keras dan tidak akan membiarkan ekonomi menguncup, jika tidak, pastinya mereka akan ditolak dalam PRU13 akan datang.

(6) akan wujud suasana politik progresif berlandaskan penglibatan konstruktif semua pihak termasuk sektor korporat. Dalam ertikata lain mereka akan diminta memberi pandangan dan pandangan itu pula akan diambil berat oleh kerajaan. Mereka tidak lagi menjadi pak angguk semata-mata.
Rujuk bahagian ke 2


May 3, 2008

Who controls the information now

tengkucougar

If you tell a lie big enough and keep repeating it, people will eventually come to believe it. The lie can be maintained only for such time as the State can shield the people from the political, economic and/or military consequences of the lie. It thus becomes vitally important for the State to use all of its powers to repress dissent, for the truth is the mortal enemy of the lie, and thus by extension, the truth is the greatest enemy of the State.
–Josph Goebbels, Nazi propaganda minister
Make the lie big, make it simple, keep saying it, and eventually they will believe it.
–Adolf Hitler
Germany became a strong order coming to world war 2 because of their propaganda modus operandi. Reading through the propaganda principles ; I guess Goebbels really thought through in creating such a psychological upheaval amongst the NAZIs.

Goebbels must be crying from the dead because he missed the Internet boom. A very powerful tool of information which fits his propaganda concepts very nicely. The Malaysian ruling government ignored the importance and paid dearly . The government-elect who capitalised on UMNO’s “kampung” mentality and the components’ atittitude ; played their sentiment right to win the votes which i can see they did not expect as well ! UMNO remained kampung literally by letting the “secret” weapon killing them softly and of course our 12GE results proved its power.more...

May 2, 2008

Adakah kita yang dilahirkan Islam dapat berhujah sebegini?

 tranungkite - Satu hal lagi yang peliknya dalam Judaism tak ada konsep neraka…yang ada syurga je…kalau macamtu kenapa nak buat baikkan? Kenapa hidup ni tak buat dosa je ? kan elok ? Kalau aku takde rasa takut dengan pembalasan atas kejahatan yang aku lakukan kenapa aku perlu berlaku baik dalam hidup

Aku dilahirkan sebagai seorang Yahudi Rusia . Perjuangan ku bermula semasa aku berumur 19 tahun. , Keyakinanku terhadap tuhan kerap berbolak-balik . cita-citaku dalam hidup ini mulanya adalah nak menjadi seorang bintang rock. Aku tinggal di US dan bekerja sebagai secretary….. sungguh melucukan..

Suatu malam aku berjalan ke dapur, tiba-tiba ternampak satu lembaga hitam rupanya kawan serumahku. Aku masih ingat bertanya dia " Boleh tak aku simpan vodka ini dalam peti ais ?. Lepas tu kami bersalaman dan kembali ke bilik tidur. Selepas itu , kehidupan aku berubah secara tiba-tiba.

Kawan aku ini adalah seorang muslim. Dia adalah oran Islam yang pertama aku kenali. Oleh sebab terlampau kuat semangat ingin tahu aku pun bertanya kepada dia tentang Islam….. Aku Tanya dia pasal sembahyang 5 waktu, perang jihad , siapa Muhammad?.

Perbualan kami turut disertai bersama dengan seorang kawan Kristian kami bernama Wade. Jadi kami pun membentuk dialog antara agama Islam, Yahudi dan Kristian. Dalam sesi tersebut kami telah menemui banyak perbezaan dan persamaan. more...

Apr 27, 2008

Abu Lahab Dahulu, Abu Lahab Sekarang

http://www.lifeintheholyland.com/images/127_Arab_Home_in_an_ancient_Tomb,_hf0127.jpgbulanpenuh2012

Sesekali teringat kenangan di zaman kanak-kanak. Antara yang sentiasa terbayang, suasana kelas mengaji Al-qur'an di surau kecil di kampung setiap hari selepas asar.

Allah s.w.t menganugerahkan saya dan rakan-rakan seorang ustaz yang penyayang dan baik hati, masa belajar sentiasa menyeronokkan.

Bila kelas selesai lagi seronok. Bukan sebab dapat balik rumah tengok kartun. Mana cukup TV masa tu. Yang ada TV pun hanya rumah ketua kampung.

Yang best mestilah bila dapat makan free yang dihidangkan oleh isteri ustaz. Seingat saya kami tidak pernah membayar apa-apa yuran kepada ustaz.

Sambil menjamu selera, biasanya ustaz akan bercerita ringkas mengenai sirah Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabatnya. Ustaz menggunakan bahasa yang mudah, sesuai dengan otak budak-budak macam kami.
Dalam banyak-banyak cerita yang keluar dari mulut ustaz, saya tidak boleh lupa perihal satu peribahasa arab yang berbunyi, "Macam Abu Lahab yang terjatuh ke dalam lubang yang digalinya sendiri".

Abu Lahab juga dikaitkan dengan perkataan 'pelahap' iaitu makan dengan gelojoh dan menurut hawa nafsu bersesuaian dengan perangainya yang kuat melantak dan tidak beradab dalam majlis-majlis jamuan makan.
Saya tidak berhasrat membincangkan di sini sama ada benar perkataan 'pelahap' itu dipinjam dari bahasa arab sempena nama Abu Lahab dan dinisbahkan kepada orang yang berperangai sepertinya.

Apa yang ingin saya kongsikan ialah satu kisah yang masyhur yang darinya tercipta peribahasa 'macam Abu Lahab yang terjatuh ke dalam lubang yang digalinya sendiri'.

Menurut riwayat, kisah ini terjadi ketika Nabi s.a.w telah mula menyebarkan Islam secara terang-terangan di Mekah. Bapa saudara baginda, Abu Lahab tidak selesa dengan aktiviti dakwah Nabi s.a.w.

Apabila pengikut Nabi s.a.w semakin bertambah, Abu Lahab mengaktifkan jentera sabotaj dan propagandanya. Secara terang-terangan dia menyebarkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w adalah seorang ahli sihir dan orang gila.

Abu Lahab juga tidak segan silu menghalang majlis-majlis penerangan Nabi s.a.w. Ada ketikanya, Abu Lahab mengugut hamba-hamba dan orang-orang miskin yang dilihatnya tertarik kepada ajaran tauhid yang dibawa Nabi s.a.w.

Abu Lahab juga membuat roadblock, sekatan dan halangan terhadap mereka yang berusaha mendapatkan penjelasan dari Rasulullah s.a.w.

Sebaik mengetahui Nabi s.a.w telah dikurniakan beberapa mukjizat, Abu Lahab menyebarkan fitnah bahawa Nabi s.a.w telah mengamalkan sihirnya.

Sikap Abu Lahab berbeza sebelum kerasulan Nabi s.a.w. Abu Lahab sering memuji-muji anak saudaranya itu di khalayak ramai dan menggalakkan orang-orang Quraisy menggelarnya Al-amin. Malah menurut satu riwayat, Abu Lahab telah berkenduri besar dengan mengorbankan 100 ekor unta sejurus selepas Nabi Muhammad s.a.w dilahirkan oleh Aminah.

Selepas peristiwa kerasulan, Abu Lahab tidak akan membiarkan satu hari pun berlalu dalam hidupnya, tanpa mensabotaj aktiviti-aktiviti dakwah Nabi s.a.w.

Pada satu hari, Abu Lahab mati akal, mundar-mandir gelisah di dalam rumahnya kerana tidak dapat menahan ketagihannya untuk mengenakan Nabi s.a.w. Selepas beberapa ketika, Iblis Laknatullah melintaskan satu idea jahat ke hati Abu Lahab. Diperintahkanlah si khadam untuk memanggil Nabi s.a.w berkunjung ke rumahnya untuk menziarahinya yang konon-kononnya sedang sakit keuzuran.

Ketika khadamnya bepergian ke rumah Nabi s.a.w, Abu Lahab menggali sebuah lubang bersebelahan tempat tidurnya. Kedalaman lubang itu dikatakan menyamai ketinggian 2 orang dewasa pada ketika itu.
Bila lubang siap, permukaannya ditutup dengan ranting-ranting kayu dan tikar permaidani dihamparkan ke atasnya. Sekali pandang tiada siapa pun akan menyangka di bawah tikar itu ada sebuah lubang yang amat dalam. Macam jerangkap samarlah pulak!

Sementara itu, si khadam berjaya menemui Nabi s.a.w dan menyampaikan pesan Abu Lahab. Apabila mendengar bapa saudaranya sedang dalam keuzuran, Nabi s.a.w terus bersiap dan bersegera ke rumah Abu Lahab.

Abu Lahab stand by sambil berbaring di tempat tidurnya. Berselimut seluruh badan. Bila Nabi s.a.w sampai, dia mengintai dari selimutnya dan hatinya melonjak-lonjak gembira apabila Nabi s.a.w melangkah menghampiri lubang di sebelah tempat tidurnya.

Selangkah lagi Nabi s.a.w untuk terjerumus, hati Abu Lahab sudah berbunga-bunga, syaitan membisikkan kemenangan di hatinya dan dia sudah terbayang-bayang Nabi s.a.w merayu-rayu kepadanya untuk dikeluarkan dari lubang itu.

Pada saat itu jugalah, Allah s.w.t memerintahkan Jibrail a.s supaya menyuruh nabi s.a.w berhenti melangkah dan pulang ke rumahnya semula untuk menghindarkan diri dari kejahatan Abu Lahab. Jibrail a.s juga memberitahu Nabi s.a.w bahawa Abu Lahab hanya berpura-pura demam.

Melihat rancangannya gagal, Abu Lahab amat bengang, lantas keluar dari selimutnya untuk mengejar dan melepuk Nabi s.a.w. Malangnya dia terlupa akan lubang besar disebelah katilnya. Apa lagi, jatuh berdebuklah Abu Lahab ke dasarnya. Bersusah-payah dia berusaha untuk keluar tetapi tidak berjaya. Dibantu khadam pun tetapi masih gagal keluar. Setelah give up, Abu Lahab memerintahkan khadamnya sekali lagi mendapatkan pertolongan Nabi s.a.w untuk keluar dari lubang itu.

Sekali lagi Nabi s.a.w datang kerana kasihankan bapa saudaranya itu. Tidak terlintas di hati baginda untuk membalas dendam ke atas kejahatan Abu Lahab sebentar tadi.

Akhirnya Abu Lahab berjaya dikeluarkan oleh Rasulullah s.a.w dari lubang itu. Bukannya berterimakasih, sebaliknya Abu Lahab menyatakan, "hebat sihir kamu wahai Muhammad!'.

Demikianlah asalnya sehingga peribahasa 'macam Abu Lahab yang terjatuh ke dalam lubang yang digalinya sendiri' menjadi popular ketika itu. Kemuncak dari kejahatan dan perangai sabotajnya, Abu Lahab dikutuk oleh Allah s.w.t secara ekslusif dalam surah Al-Masad. Sedar atau tidak kita pun turut sama mengutuknya, apabila kita membaca surah tersebut dalam solat-solat wajib dan sunat kita setiap hari.

Itu Abu Lahab zaman jahiliyyah! Di zaman moden ini, ramai pemimpin sekular kita meneruskan wawasan Abu Lahab untuk menentang usaha-usaha dakwah oleh para ulama yang mewarisi kerja-kerja Nabi s.a.w.

Dalam konteks ini, Bekas Menteri Penerangan Zainuddin Maidin bolehlah dijadikan contoh Abu Lahab moden. Kita telah melihat bagaimana beliau menggunakan kedudukannya di kementerian itu -segala jentera, tenaga kerja dan kewangannya- untuk menyerang pejuang-pejuang Islam dalam PAS. Fokus serangan ditujukan kepada kepada Tok Guru Nik Aziz. Tidak redha ia akan segala usaha tok guru untuk mendaulatkan Islam di Kelantan.

Pagi petang siang malam, mukanya keluar TV, suaranya keluar corong radio. Bukan buat kerja memberi penerangan, sebaliknya mengutuk dan mencerca tok guru dan kerajaan yang dipimpinnya.

Kerajaan Kelantan digambarkannya seburuk dan sehabat mungkin, miskin, jumud, tidak membangun, pengangguran tinggi dan macam-macam lagi pembohongan. Kakitangan Kementerian Penerangan yang bersimpati kepada tok guru pula telah diugut untuk dibuang kerja atau lain-lain tindakan disiplin.

Menjelang PRU12, Abu Lahab moden ini berterusan menggali lubang untuk tok guru Nik Aziz dan sekutu-sekutunya. Tumpuannya dialih pula kepada Anwar Ibrahim. Ketika berkempen, disebarkan penipuan kepada umum dengan mengatakan dia mendapat sokongan padu dan lawan akan hilang wang deposit.

Lubang digali semakin dalam. Zainuddin Maidin menyangka Nik Aziz, Hadi Awang, Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim akan terjerumus ke dalammnya dan akan merayu-rayu untuk dikeluarkan. Kegagalan Abu Lahab menimpa pula diri Zainuddin Maidin apabila 33,822 pengundi di Sungai Petani menolaknya ke dalam lubang itu.

Sehingga hari ini, tidak diketahui sama ada khadam-khadamnya dahulu telah datang menolongnya. Tidak diketahui juga sama ada Tok Guru Nik Aziz pergi menghulurkan borang masuk PAS kepadanya supaya dia terkeluar dari lubang ciptaannya sendiri dalam mensabotaj usaha-usaha mendaulatkan Islam di Malaysia.
Maka sewajarnyalah, Menteri Ahmad Shabery Chik yang menggantikan Zainuddin Maidin mengambil iktibar dari kegagalan wawasan Abu Lahab ini.

Dalam tempoh sebulan selepas PRU12, Shabery Chik dilihat sibuk meng'AbuLahab'kan dirinya. Ambil isu babi Selangor dan kemelut waktu siaran SelangorFm.

Kelmarin Shabery mengembar-gemburkan bahawa ada ahli-ahli perlimen Pakatan Rakyat yang berjumpa dengannya untuk masuk BN. Katanya mereka sedar rakyat terutamanya orang Melayu marah kerana projek babi yang besar di Selangor.

Mungkin ini merupakan petanda bahawa Shabery Chik sudah mula mencangkul lubang! Dan tidak mustahil dalam lubang yang sama dia akan terjatuh pada PRU13 nanti.

Sehingga saat itu, marilah kita menyaksikan pula bagaimana kreatifnya Menteri Penerangan yang baru ini menjayakan risalah Abu Lahab yang diwarisinya dari Zainuddin Maidin.

anakbulan
http://bulanpenuh2012.blogspot.com

Posting terkini

Blog Archive