KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 27, 2008

Abu Lahab Dahulu, Abu Lahab Sekarang

http://www.lifeintheholyland.com/images/127_Arab_Home_in_an_ancient_Tomb,_hf0127.jpgbulanpenuh2012

Sesekali teringat kenangan di zaman kanak-kanak. Antara yang sentiasa terbayang, suasana kelas mengaji Al-qur'an di surau kecil di kampung setiap hari selepas asar.

Allah s.w.t menganugerahkan saya dan rakan-rakan seorang ustaz yang penyayang dan baik hati, masa belajar sentiasa menyeronokkan.

Bila kelas selesai lagi seronok. Bukan sebab dapat balik rumah tengok kartun. Mana cukup TV masa tu. Yang ada TV pun hanya rumah ketua kampung.

Yang best mestilah bila dapat makan free yang dihidangkan oleh isteri ustaz. Seingat saya kami tidak pernah membayar apa-apa yuran kepada ustaz.

Sambil menjamu selera, biasanya ustaz akan bercerita ringkas mengenai sirah Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabatnya. Ustaz menggunakan bahasa yang mudah, sesuai dengan otak budak-budak macam kami.
Dalam banyak-banyak cerita yang keluar dari mulut ustaz, saya tidak boleh lupa perihal satu peribahasa arab yang berbunyi, "Macam Abu Lahab yang terjatuh ke dalam lubang yang digalinya sendiri".

Abu Lahab juga dikaitkan dengan perkataan 'pelahap' iaitu makan dengan gelojoh dan menurut hawa nafsu bersesuaian dengan perangainya yang kuat melantak dan tidak beradab dalam majlis-majlis jamuan makan.
Saya tidak berhasrat membincangkan di sini sama ada benar perkataan 'pelahap' itu dipinjam dari bahasa arab sempena nama Abu Lahab dan dinisbahkan kepada orang yang berperangai sepertinya.

Apa yang ingin saya kongsikan ialah satu kisah yang masyhur yang darinya tercipta peribahasa 'macam Abu Lahab yang terjatuh ke dalam lubang yang digalinya sendiri'.

Menurut riwayat, kisah ini terjadi ketika Nabi s.a.w telah mula menyebarkan Islam secara terang-terangan di Mekah. Bapa saudara baginda, Abu Lahab tidak selesa dengan aktiviti dakwah Nabi s.a.w.

Apabila pengikut Nabi s.a.w semakin bertambah, Abu Lahab mengaktifkan jentera sabotaj dan propagandanya. Secara terang-terangan dia menyebarkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w adalah seorang ahli sihir dan orang gila.

Abu Lahab juga tidak segan silu menghalang majlis-majlis penerangan Nabi s.a.w. Ada ketikanya, Abu Lahab mengugut hamba-hamba dan orang-orang miskin yang dilihatnya tertarik kepada ajaran tauhid yang dibawa Nabi s.a.w.

Abu Lahab juga membuat roadblock, sekatan dan halangan terhadap mereka yang berusaha mendapatkan penjelasan dari Rasulullah s.a.w.

Sebaik mengetahui Nabi s.a.w telah dikurniakan beberapa mukjizat, Abu Lahab menyebarkan fitnah bahawa Nabi s.a.w telah mengamalkan sihirnya.

Sikap Abu Lahab berbeza sebelum kerasulan Nabi s.a.w. Abu Lahab sering memuji-muji anak saudaranya itu di khalayak ramai dan menggalakkan orang-orang Quraisy menggelarnya Al-amin. Malah menurut satu riwayat, Abu Lahab telah berkenduri besar dengan mengorbankan 100 ekor unta sejurus selepas Nabi Muhammad s.a.w dilahirkan oleh Aminah.

Selepas peristiwa kerasulan, Abu Lahab tidak akan membiarkan satu hari pun berlalu dalam hidupnya, tanpa mensabotaj aktiviti-aktiviti dakwah Nabi s.a.w.

Pada satu hari, Abu Lahab mati akal, mundar-mandir gelisah di dalam rumahnya kerana tidak dapat menahan ketagihannya untuk mengenakan Nabi s.a.w. Selepas beberapa ketika, Iblis Laknatullah melintaskan satu idea jahat ke hati Abu Lahab. Diperintahkanlah si khadam untuk memanggil Nabi s.a.w berkunjung ke rumahnya untuk menziarahinya yang konon-kononnya sedang sakit keuzuran.

Ketika khadamnya bepergian ke rumah Nabi s.a.w, Abu Lahab menggali sebuah lubang bersebelahan tempat tidurnya. Kedalaman lubang itu dikatakan menyamai ketinggian 2 orang dewasa pada ketika itu.
Bila lubang siap, permukaannya ditutup dengan ranting-ranting kayu dan tikar permaidani dihamparkan ke atasnya. Sekali pandang tiada siapa pun akan menyangka di bawah tikar itu ada sebuah lubang yang amat dalam. Macam jerangkap samarlah pulak!

Sementara itu, si khadam berjaya menemui Nabi s.a.w dan menyampaikan pesan Abu Lahab. Apabila mendengar bapa saudaranya sedang dalam keuzuran, Nabi s.a.w terus bersiap dan bersegera ke rumah Abu Lahab.

Abu Lahab stand by sambil berbaring di tempat tidurnya. Berselimut seluruh badan. Bila Nabi s.a.w sampai, dia mengintai dari selimutnya dan hatinya melonjak-lonjak gembira apabila Nabi s.a.w melangkah menghampiri lubang di sebelah tempat tidurnya.

Selangkah lagi Nabi s.a.w untuk terjerumus, hati Abu Lahab sudah berbunga-bunga, syaitan membisikkan kemenangan di hatinya dan dia sudah terbayang-bayang Nabi s.a.w merayu-rayu kepadanya untuk dikeluarkan dari lubang itu.

Pada saat itu jugalah, Allah s.w.t memerintahkan Jibrail a.s supaya menyuruh nabi s.a.w berhenti melangkah dan pulang ke rumahnya semula untuk menghindarkan diri dari kejahatan Abu Lahab. Jibrail a.s juga memberitahu Nabi s.a.w bahawa Abu Lahab hanya berpura-pura demam.

Melihat rancangannya gagal, Abu Lahab amat bengang, lantas keluar dari selimutnya untuk mengejar dan melepuk Nabi s.a.w. Malangnya dia terlupa akan lubang besar disebelah katilnya. Apa lagi, jatuh berdebuklah Abu Lahab ke dasarnya. Bersusah-payah dia berusaha untuk keluar tetapi tidak berjaya. Dibantu khadam pun tetapi masih gagal keluar. Setelah give up, Abu Lahab memerintahkan khadamnya sekali lagi mendapatkan pertolongan Nabi s.a.w untuk keluar dari lubang itu.

Sekali lagi Nabi s.a.w datang kerana kasihankan bapa saudaranya itu. Tidak terlintas di hati baginda untuk membalas dendam ke atas kejahatan Abu Lahab sebentar tadi.

Akhirnya Abu Lahab berjaya dikeluarkan oleh Rasulullah s.a.w dari lubang itu. Bukannya berterimakasih, sebaliknya Abu Lahab menyatakan, "hebat sihir kamu wahai Muhammad!'.

Demikianlah asalnya sehingga peribahasa 'macam Abu Lahab yang terjatuh ke dalam lubang yang digalinya sendiri' menjadi popular ketika itu. Kemuncak dari kejahatan dan perangai sabotajnya, Abu Lahab dikutuk oleh Allah s.w.t secara ekslusif dalam surah Al-Masad. Sedar atau tidak kita pun turut sama mengutuknya, apabila kita membaca surah tersebut dalam solat-solat wajib dan sunat kita setiap hari.

Itu Abu Lahab zaman jahiliyyah! Di zaman moden ini, ramai pemimpin sekular kita meneruskan wawasan Abu Lahab untuk menentang usaha-usaha dakwah oleh para ulama yang mewarisi kerja-kerja Nabi s.a.w.

Dalam konteks ini, Bekas Menteri Penerangan Zainuddin Maidin bolehlah dijadikan contoh Abu Lahab moden. Kita telah melihat bagaimana beliau menggunakan kedudukannya di kementerian itu -segala jentera, tenaga kerja dan kewangannya- untuk menyerang pejuang-pejuang Islam dalam PAS. Fokus serangan ditujukan kepada kepada Tok Guru Nik Aziz. Tidak redha ia akan segala usaha tok guru untuk mendaulatkan Islam di Kelantan.

Pagi petang siang malam, mukanya keluar TV, suaranya keluar corong radio. Bukan buat kerja memberi penerangan, sebaliknya mengutuk dan mencerca tok guru dan kerajaan yang dipimpinnya.

Kerajaan Kelantan digambarkannya seburuk dan sehabat mungkin, miskin, jumud, tidak membangun, pengangguran tinggi dan macam-macam lagi pembohongan. Kakitangan Kementerian Penerangan yang bersimpati kepada tok guru pula telah diugut untuk dibuang kerja atau lain-lain tindakan disiplin.

Menjelang PRU12, Abu Lahab moden ini berterusan menggali lubang untuk tok guru Nik Aziz dan sekutu-sekutunya. Tumpuannya dialih pula kepada Anwar Ibrahim. Ketika berkempen, disebarkan penipuan kepada umum dengan mengatakan dia mendapat sokongan padu dan lawan akan hilang wang deposit.

Lubang digali semakin dalam. Zainuddin Maidin menyangka Nik Aziz, Hadi Awang, Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim akan terjerumus ke dalammnya dan akan merayu-rayu untuk dikeluarkan. Kegagalan Abu Lahab menimpa pula diri Zainuddin Maidin apabila 33,822 pengundi di Sungai Petani menolaknya ke dalam lubang itu.

Sehingga hari ini, tidak diketahui sama ada khadam-khadamnya dahulu telah datang menolongnya. Tidak diketahui juga sama ada Tok Guru Nik Aziz pergi menghulurkan borang masuk PAS kepadanya supaya dia terkeluar dari lubang ciptaannya sendiri dalam mensabotaj usaha-usaha mendaulatkan Islam di Malaysia.
Maka sewajarnyalah, Menteri Ahmad Shabery Chik yang menggantikan Zainuddin Maidin mengambil iktibar dari kegagalan wawasan Abu Lahab ini.

Dalam tempoh sebulan selepas PRU12, Shabery Chik dilihat sibuk meng'AbuLahab'kan dirinya. Ambil isu babi Selangor dan kemelut waktu siaran SelangorFm.

Kelmarin Shabery mengembar-gemburkan bahawa ada ahli-ahli perlimen Pakatan Rakyat yang berjumpa dengannya untuk masuk BN. Katanya mereka sedar rakyat terutamanya orang Melayu marah kerana projek babi yang besar di Selangor.

Mungkin ini merupakan petanda bahawa Shabery Chik sudah mula mencangkul lubang! Dan tidak mustahil dalam lubang yang sama dia akan terjatuh pada PRU13 nanti.

Sehingga saat itu, marilah kita menyaksikan pula bagaimana kreatifnya Menteri Penerangan yang baru ini menjayakan risalah Abu Lahab yang diwarisinya dari Zainuddin Maidin.

anakbulan
http://bulanpenuh2012.blogspot.com

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive