Menjemput Raja Petra di dalam rancangan BLOG@ RTM1 adalah satu kesilapan besar bagi RTM. Selain dapat pujian dari clip wawancara bersama orang ramai, undian terakhir juga memberikan sokongan sebanyak 96% untuk menjadi kan Blog sebagai wadah media bebas.
Di dalam siri Blog tersebut, pengacara cuba menyentuh tentang blog, good governance , kebebasan media serta kebebasan bersuara. Namun yang selesai hanyalah soalannya sementara jawapan yang seharusnya di berikan oleh Raja Petra kerap tergantung kerana alasannya masa tidak mencukupi dan disusuli dengan soalan soalan lain. Kaedah sama potong stim yang kerap digunakan oleh RTM dan media lain. Siaran tersebut yang sepatutnya bermula pada 8.30 telah terlewat sehingga jam 8.45 pm dan selesai pada 9.05 pm. 15 minit, tempoh seciput yang tidak cukup bagi Raja Petra menjawab semua soalan.
Apa apa pun, thumbs up kepada Raja blog@Raja Petra kerana menggunakan masa yang suntuk untuk menjelaskan tujuan beliau menjadi blogger disamping sedikit membelasah sistem yang tidak kena oleh kerajaan BN. Turut menempelkan beberapa topik menarik berkaitan dengan DEB, Perkauman, Pemerintahan Islam dan beberapa ciri lain. Yang jelas, isu Altantuya di pintas oleh pengacara.
Ramai yang menjangkakan rancangan blog@RTM ini adalah perangkap untuk mengecil ngecilkan para blogger. Sedikit kesilapan dan kegagalan menjawab akan diexploit namun malam ini, ianya gagal. Tahniah untuk Raja Petra Kamaruddin, Raja blog Malaysia.
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
3 hours ago
2 comments:
Hasyim Abu memang fakap. Elok ganti dengan Nurul Alis je. He he.
Hahahahaha ... ni hasshim ni reti baca soalan aje. Bila tanya dia balik, dia bukan tau maksud soalan tu pun...
Senang cakap, memang takda kualiti la mamat ni... ada ka dia boleh konfius akta syarikat dgn akta cetak? Dah kerja media-RTM pun dia tak tau akta2 yg relevan...
Dia silap buat warm up dgn Datuk Kadir Jasin kot, sebab tanya soalan bodo "apa bahasa dalam blog? apa blog-blog tu tulis?".
Dah la si Hasshim ni cakap dia pun blogger jugak. Jenuh aku cari blog dia... haram tak jumpa pun...
Post a Comment