harakahdaily - Apabila keputusan pilihan raya umum (PRU) diumumkan, barulah saya sedar betapa pihak yang diberi amanah mentadbir terlepas pandang dalam banyak isu membabitkan rakyat bawahan. Jadi tidaklah hairan kenapa berlaku tsunami politik 8 Mac lalu.
Secara jujur saya akui dapat menikmati hasil dari dasar perancangan kerajaan. Semua dasar yang digubal seperti DEB adalah baik. Namun perlaksanaan di peringkat bawahan tidak langsung diberi perhatian yang wajar dan adil.
Sejak kematian ayah, saya terpaksa membantu ibu menyara adik-adik. Sebab kurang minat bekerja makan gaji, saya berusaha mengikuti pelbagai kursus yang dianjurkan kementerian berkaitan.
Kemudian saya mohon pinjaman dari skim TEKUN sebagai modal tambahan. Kini saya dapat ruang berniaga di Putrajaya. Malangnya pelanggan masih lembab. Akibatnya, untuk balik modal pusingan bagi membayar semula pinjaman serta sewa pun belum tentu. Saya lantas berusaha memohon tender kerajaan serta syarikat berkaitan kerajaan. Tapi bila melihat syarat-syarat tender, amat mengecewakan.
Syarat-syarat tender amat memihak kepada mereka yang telah kukuh dari segi kewangan serta peralatan. Lebih menyakitkan hati adalah syarat pengalaman dua tahun, atau modal pusingan berpuluh ribu. Jadi kenapa adakan kursus dan skim bantuan, kemudian meletakan syarat yang tidak munasabah.
Jika saya tidak diberi peluang, sampai bila nak dapat pengalaman? Kenapa peluang tidak diberi sama rata. Jadi mana peluang bagi yang baru menceburi usaha? Sepatutnya, sayalah yang diberi peluang.
Saya akan usahakan juga sedaya upaya untuk mendapatkan tender. Jika sikap pentadbir masih sama, saya dan rakan senasib yang lain akan mencipta tsunami politik kedua.
Begini sekali rupanya keluhan rakyat. Siapa yang hendak disalahkan? Alangkah sedihnya bila kegemilangan yang dibina oleh Almarhum Tun Abdul Razak dan Tun Hussin Onn bakal lenyap ditelan zaman.
Semoga Allah mengutuskan kita pemimpin berwibawa seperti mereka.
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
2 hours ago
0 comments:
Post a Comment