Bharian - Lebih 20 syarikat pengusaha teksi di Lembah Klang di kenal pasti menyelewengkan kira-kira 3,000 permit yang mereka peroleh sejak 1999 dengan ‘menyewakannya’ kepada orang lain pada kadar antara RM300 hingga RM500 sebulan bagi setiap permit.
Malah, ada di antara pengusaha teksi terbabit yang menggunakan sistem sewa beli dengan mengenakan bayaran antara RM30 hingga RM50 sehari kepada pemandu.
Ketika mendedahkan kegiatan itu, Presiden Pertubuhan Pemandu dan Pengusaha Teksi/Limosin dan Kereta Sewa Malaysia, Yusof Lahir, berkata bagi mengabui mata Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), mereka akan memperbaharui permit teksi berkenaan setiap tahun.
Katanya, ada pengusaha teksi yang memperoleh 500 permit tetapi hanya mempunyai 250 teksi, sedangkan mereka sepatutnya ada 500 teksi kerana setiap permit dikeluarkan untuk satu teksi.more...
No2umnO - Lambat........
Apr 27, 2008
Pengusaha teksi seleweng 3,000 permit
Labels: Belit BN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Kalau Pakatan Rakyat menguasai Kerajaan Pusat kita akan rampas balik permit ini unruk diberi kepada pemandu teksi yang berhak....Janji Dato' Sri Annuar Ibrahim semasa berceramah di Machang, Kelantan pada 25.4.2008.
Post a Comment