Radenjowo
Surat dari Pemangku Setuausaha Kerajaan Negeri Johor yang dikeluarkan pada tahun 1953 telah cukup menimbulkan keraguan [Rujuk SINI]. Ianya kerana surat tersebut boleh diterima sebagai bukti sedangkan Jawatan tersebut tidak layak untuk berbicara tentang soal hak tanah dan negara. Kecualilah ianya datang dari Kesultanan Melayu dan Pemimpin Negara.
Namun selepas itu ada pula cerita baru tentang kehilangan surat asal pemilikan Pulau Batu Puteh, yang kononnya menjadi harapan untuk memiliki pulau itu. [Rujuk SINI]. Tiba tiba dan hilang dan sekarang ianya sudah lenyap.
Kita disedapkan hati oleh media media untuk menerima keputusan ICJ dengan harapan tiada timbul rasa tidak puas hati rakyat terhadap keputusan yang bakal di perolehi. Tetapi sesungguhnya semakin kita membaca, maka timbul curiga samaada Kehilangan Pulau Batu Puteh dari Peta Malaysia adalah kerana keputusan Mahkamah Keadilan Dunia (ICJ) semata mata atau ada pihak yang sememangnya menjual harta kepada negara asing.
Keputusan yang diperolehi seperti tidak cuba di bantah oleh sebarang pihak kecuali rakyat. Sedangkan membantah keputusan mahkamah, bukan lah kesalahan kalau dibuat secara betul dan pengikut prosidur. Semuanya seperti angguk dan terima apa sahaja keputusan. Bertawakkal kononnya.
Malah ..... beberapa hari sebelum keputusan di keluarkan, banyak berita di dalam akhbar media perdana, meminta agar rakyat Malaysia menerima apa jua keputusan yang bakal di beritahu. Tidak langsung menyatakan tentang harapan untuk memiliki Pulau tersebut. Bagaikan keputusan tersebut sudah diketahui sebelum di canangkan. Selepas keputusan di keluarkan pula, pemimpin meminta agar rakyat menerima. Kononnya 'win-win situation'.
Secara logiknya, Tanah Singapura adalah sebahagian kepada Tanah Melayu. Itu sah terdapat di dalam sejarah. Di pisahkan berdasarkan desakan Pemimpin Singapura untuk merdeka pada 9 Ogos 1965. Kalau Batu Puteh termasuk di dalam peta Singapura, sudah pasti persempadanan Singapura dan Malaysia sudah pun ujud sejak dulu dan ianya tidak langsung menjadi pertikaian seperti sekarang. Umpama kita akui Singapura bukan lagi hak kita begitu juga Pattani di utara negara.
Tetapi hanya bermula pada tahun 1980, baru Singapura membantah hak Pulau tersebut kerana berpunca dari kenyataan dan peta yang di keluarkan di Malaysia dengan memasuki Pulau tersebut di dalam peta negara. Manakala antara alasan Singapura, pulau itu sudah diusahakan sejak 130 tahun dahulu.
Adakah mereka sudah tahu Pulau Batu Puteh adalah hak mereka dan ianya disenyapkan sehingga pada tahun 1980 seperti yang dinyatakan. Dan ketika itu ... mereka berani berkata, memang itu hak mereka dan membawanya ke ICJ.
Sebelum ini, perjanjian membekal air, kemudian isu penjualan Pasir ke Singapura yang dibuat tanpa pengetahun rakyat Malaysia. Sekarang isu Pulau Batu puteh dan selepas ini adakah Wilayah Pembangunan Iskandar [WPI] pula? Jangan terkejut kerana Singapura berpisah dengan Malaysia, tiada siapa yang bantah. Membekal air ke Singapura pun tiada siapa yang halang dan kalau Wilayah Perdagangan Iskandar kita terus senyap, kemelut yang sama akan berulang, kemudian hari.
Kalau ianya berulang, siapakah yang kita perlu persalahkan? Atau sememangnya kita bodoh untuk menerima sahaja semua tindakan pemimpin? Sesungguhnya , tidak mustahil, dengan kebodohan di tahap yang seperti ini, kita akan tinggalkan bala kepada anak cucu kita.
Siapa tahu? Mungkin juga surat surat rasmi yang kita tidak tahu selama ini, tiba tiba muncul menjadi bahan bukti seperti surat yang ditulis oleh Pemangku SUK itu? Dan tidak mustahil juga, adanya dokumen yang tiba tiba hilang bila ianya di bawa ke mahkamah.
Perah kepala otak sikit ... cuba selesaikan teka teki ini, samada semua ini dirancang, atau memang ianya cuba untuk disembunyikan? Siapa kah petualang diantara kita yang cuba memutarbelitkan fakta sejarah dan menjual hak kepada orang asing? Rakyat semakin bijak. Tapi kita buat buat tak tahu kerana kita tidak tahu, tidak di beritahu atau tidak minat untuk tahu. Sampai masa di satu hari nanti...kita semua melatah seperti sekarang. Semuanya kerana kita tidak ambil berat dan kita ghairah di perbodohkan oleh pangkhianat negara.
May 25, 2008
Batu Puteh: Bodohnya kita ....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Malaysia vs Singapore...malaysia lost. Why? becoz our government sucks...simple sahaja. Tak payahlah cakap lain daripada "our government is sucks".
Singapore was kicked out of Malaysia by Malay extremist such as Syed Hamid Albar's father so as to deprieve Singapore of the Malayan hinterland which the island depended on for its trading lifeblood. The plan of course seriously backfired when Singapore was some how able to secure London's support for its security eventhough the British were already in the midst of leaving Singapore. Singapore will always be one or even several steps ahead of the Malays in Malaysia because its thoughts are not cluttered by racial/religious bullshit such as the Ketuanan Melayu and its twin Ketuanan Islam.
dari tranungkite
Malaysia mungkin akan kehilangan Sabah pula selepas Pulau Batu Putih. Ini kerana Misuari dari Selatan Filipina membuka kembali tuntutan beliau ke atas hak kerajaan Solo di Selatan Filipina terhadap Sabah.
Pampasan Malaysia kepada waris kerajaan Sulu sebanyak
RM5000/27,000 Peso , katanya adalah tidak memadai.
"Secara logiknya, Tanah Singapura adalah sebahagian kepada Tanah Melayu. Itu sah terdapat di dalam sejarah."
Ikan siakap mana ni cakap tanah singapura tak bersejarah dalam tanah melayu? "Tanah singapura" ni terpisah daripada Malaya Dengan kesetujuan semua. Dengan angkuh dan berniat untuk menyaksikan penderitaan saudara2 manusia di singapura!!
Tak berperikemanusian lah! Sekarang macammana?
wak ni namo ei "win win situation" la...
bkn bodoh...
sobab ei kito buleh tgk terumbu karang....
utk pelancongan...
singapore bulih intip kito...
eh boto ko nie..
den main cakap yo...
lopeh ni johor jatuh kek tgn singapore....
kito dapek tgk daghi melako...
x pon daghi N9....
masih win win situation...
hahahaa...
kelakar boto la media malaysia ngan pak2 monotri ni...
apo nak buek,org johor kan suko sokong puak2 tuh...
skang tanggung yo la...
jgn salahkan ibu yang menagndung...
salahkan tgn yang memangkah...
ok...
salam...
Post a Comment