KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 25, 2008

Dokumen Asal BATU PUTEH dihilangkan

 tranungkite - [...] Kerajaan Malaysia confident akan menang kes Pulau Batu Putih di ICJ kerana memilikki satu dokumen asal (original document) yang kuat membuktikan dengan jelas dan terang bahawa Pulau Batu Putih itu milik Tanah Melayu dan British hanya dibenarkan membina dan mengurus rumah api (light house) untuk keselamatan pelayaran kapal. Masalahnya dokumen asal ini telah hilang selepas kes Batu Putih diserakan ke ICJ. Hilang atau dijual kepada Singapura. Entahlah. Bila doukumen asal ini hilang, maka kes Malaysia yang mulanya begitu kuat itu telah menjadi lemah. Malah sejak kehilangan (atau dijual) dokumen asal tersebut kerajaan Malaysia sudah tahu akan kalah. Siapa hilangkan (atau jual dokumen asal tersebut)?

Kalau tidak silap saya pada 2003 atau awal 2004 pihak atasan di Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) gempar sebab salah satu salinan original perjanjian asal Pulau Batu Putih yang gerenti akan memberi kemenangan kepada Malaysia di ICJ telah dihilangkan.

Salah seorang yang menganggotai jawatankuasa Steering Committee untuk tuntutan ke atas Pulau Batu Putih adalah seorang pensyarah undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) - nama dirahsiakan untuk keselamatan diri pensyarah UIA tersebut. Pensyarah UIA tersebut telah meminta dokumen asal yang amat penting itu untuk beliau kaji dan membantu mengubalkan hujah-hujah dalam pembentangan dokumen asal tersbut di ICJ nanti.

Dua tiga minggu kemudiannya Pensyarah UIA tersebut telah mengatakan bahawa dokumen asal yang amat penting sekali itu telah hilang.

Kehilangan dokumen asal tersebut (atau dijual ke Singapura - entahlah) oleh pensyarah UIA itu telah mengemparkan Wisma Putra dan Jabatan Peguam Negara. Malaysia sebenanya telah hilang Pulau Batu Putih sejak hilangnya dokumen asal tersebut. ... selanjutnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive