harakahdaily - [...] "Insiden malang yang sangat mengaibkan seluruh rakyat negara ini tidak mungkin akan berlaku sekiranya Menteri Luar sebelum ini iaitu, Tan Sri Syed Hamid Albar, benar-benar komited dalam menangani isu ini.
"Keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memberikan Pulau Batu Puteh ini kepada Singapura membuktikan betapa tidak bersungguhnya menteri ini menjalankan tugasnya sebagai menteri luar, kata Pesuruhjaya PAS Johor, Dato' Dr Mahfodz Muhamad, di sini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan ICJ menyerahkan Pulau Batu Puteh kepada Singapura yang diumumkan di Haque Belanda, Jumaat lalu,
Katanya, selain Syed Hamid, Menteri Besar Johor, Dato' Abdul Ghani Othman dan Peguam Negara, Tan Sri Ghani Patail, juga tidak menunjukkan usaha bersungguh-sungguh berhubung Pulau Batu Puteh ini.
"Sebagai Ketua Kerajaan Negeri, Ghani sepatutnya peka serta mengambil berat segala hal ehwal yang berlaku di negeri yang beliau terajui, pulau ini berada di wilayah Johor, maka sudah tentulah menjadi tanggung jawab beliau untuk mempertahankannya," katanya.
Katanya, Ghani Patail pula sebelum ini begitu sibuk dan mengambil berat kes di Batu Buruk Terengganu, ini kerana kes tersebut membabitkan pembangkang sebab itu beliau begitu pantas bertindak. ... selanjutnya.
May 25, 2008
PAS pertikai kewibawaan pemimpin negara tangani isu Pulau Batu Puteh
Labels: Belit BN Belit UMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment