KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 25, 2008

Hentikan propaganda murahan!

Mstar - HAMPIR setiap hari stesen TV menyiarkan propaganda memburuk-burukkan kepimpinan selain BN. Taktik biasa yang digunakan ialah memetik sebahagian sahaja kata-kata pemimpin-pemimpin bukan BN dan kemudiannya diberi tajuk besar yang negatif terhadap mereka.

Terbaru, petikan kata-kata Dato' Mukhriz Tun Mahathir bahawa beliau masih dalam parti UMNO diberi tajuk besar seolah-olah beliau tidka sehaluan dengan bapanya, padahal bahagian seterusnya dipotong di mana beliau berkata bahawa beliau mahu PM berundur tidak disiarkan.

Begitulah juga banyak berita-berita yang diolah secara sekerat jalan dan menyembunyikan hakikat sebenar sesuatu perkara yang dilakukan.

Rakyat semua kini celik IT dan mereka membaca berita alternatif di internet dan seringkali kita melihat seolah-olah kita diperbodoh-bodohkan. Padahal tindakan mereka itulah yang bodoh dan membuatkan orang ramai semakin meluat.

Kini semua orang tersenyum sinis melihat berita. Yang hanya benar liputannya hanyalah rancangan hiburan yang semakin bercambah dan tak habis-habis melalaikan anak-anak muda kita.

Sering saya dengar di kedai-kedai makan perkataan "bodoh punya TV, banyak putar belit isu!", "bodoh punya pembaca berita, muka selamba saja menipu orang" dan lain-lain perkataan yang kurang enak untuk didengar.

... selanjutnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive