KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 25, 2008

MIC pula digesa ber blog

malaysiakini - [...] Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu mencadangkan pemimpin mendekatkan diri dengan laman blog dan melayari Internet setiap hari bagi memantau suara-suara tidak puas hati dan memberi maklum balas sewajarnya terhadap luahan perasaan itu, lapor Bernama.

"Kalau perlu, mereka sendiri perlu menjadi penulis blog," katanya selepas merasmikan persidangan perwakilan MIC Perak ke-62 di Ipoh hari ini.

Tambahnya, penulisan yang baik di blog mampu meningkatkan kredibiliti parti itu, selain dapat juga membetulkan salah tanggapan terhadap MIC, terutama selepas pilihan raya umum lepas.

Samy Vellu mengakui bahawa kekalahan banyak calon MIC baru-baru ini berpunca daripada "kekurangan" penggunaan Internet dan kegagalan memberi respons terhadap tuduhan yang dibuat oleh beberapa penulis blog.

Ibu pejabat MIC bersedia menghantar pakar teknologi maklumat (IT) melatih pemimpin parti itu tentang penggunaan Internet dan blog, katanya.
... selanjutnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive