KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 25, 2008

AMK Keadilan buat laporan polis serentak seluruh negara

Shah Alam [25/5/2008] - 3 Lapuran polis telah di buat oleh Angkatan Muda Keadilan Selangor terhadap Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Bekas DUN dan Balkis. Menurut kenyataan, lapuran polis serentah di buat terhadap individu terbabit di dalam kes video VK Lingam oleh Angkatan Muda Keadilan seluruh Malaysia.

Berikut adalah Kenyataan Media oleh AMK

Kenyataan Media
25/5/2008

Siasat Segera Dr Mahathir dan Lima yang lain

Kesahihan klip video Vk Lingam telah terbukti benar berdasarkan lapuran suruhanjaya Diraja mengenai klip video Datuk VK Lingam.

Lapuran telah menyuimpulkan bahawa penglibatan dan tindakan keenam enam watak utama telah memberikan kesan yang serius terhadap kebebasan dan intergriti badan kehakiman.

Lapuran juga telah menyimpulkan bahawa terdapat alasan yang cukup untuk menyabitkan sebahagian dari pada mereka berdasarkan peruntukan undang undang yang sedia ada.

Maka dengan ini Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor bersama AMK dinegeri negeri yang lain yang membuat lapuran serentak mendesak pihak polis dan peguam negara agar segera menyiasat dan mendakwa watak watak utama ini.
  1. Dr Mahathir Mohamad
  2. Tengku Adnan Tengku Mansur
  3. Ahmad Fairuz Sheikh Andul Halim
  4. Eusoff Chin
  5. Vincent Tan
  6. VK Lingam
Siasatan harus lah di jalankan tanpa rasa gentar dan pilih kasih. Siasatan segera isu ini akan membuka jalan ke arah pemulihan sistem kehakiman negara.

Ianya juga akan memberi keyakinan kepada rakyat bahawa kerajaan serius dalam mengembalikan integriti dan kebebasan sistem kehakiman di negara kita.

Tiada dalih lagi untuk sesiapa sahaja di dalam isu ini. Kelewatan bertindak menunjukkan kerajaan Abdullah Badawi tidak mempunyai 'political will' untuk memulihkan sistem kehakiman malahan tidak menghormati prinsip prinsip negara berperlembagaan.

Harapan Baru untuk Malaysia

Khairul Anuar Bin Ahmad Zainuddin
Ketua AMK Selangor
Sementara kenyataan media tentang lapuran polis berkaitan bekas ADUN dan BALKIS pula .....
Kenyataan Media
25/5/2008

Siasat ADUN BN dan BALKIS

Membelanjakan hampir keseluruhan malah ramai yang menghabiskan sepenuhnya peruntukan tahunan kerajaan negeri untuk kawasan ADUN dalam tempoh 2 bulan pertama. Ada menjelaskan terdapat tadbir urus yang cuai atau mungkin disengajakan.

Tindakan yang dilakukan oleh kesemua wakil wakil rakyat Barisan Nasional penggal lepas ini adalah suatu tindakan yang tidak bertanggung jawab dan merampas hak rakyat.

Begitu juga dengan membelanjakan hampir RM280,000 untuk membeli pakaian bagi ahli dan pasangan oleh BALKIS. Perlakuan ini bukan sahaja amalan pembaziran yang keterlaluan malah yang lebih penting adalah salah guna dana rakyat yang diamanahkan kepada BALKIS untuk mengayakan kroni.

Kami yakin dan percaya telah berlaku salah guna kuasa. PEcah amanah dan terdapat unsur unsur penyelewengan dan rasuah yang jelas di atas isu isu ini yang melibatkan wang rakyat.

AMK SELANGOR dengan ini meminta Pihak POlis agar menyiasat segera lapuran lapuran kami ini dan kami akan terus memburu "perompak-perompak" wang rakyat ini sehingga mereka di adili di mahkamah.

HARAPAN BARU UNTUK MALAYSIA

Khairul Anuar bin Ahmad Zainuddin
Ketua AMK Selangor

Lapuran polis itu telah di buat pada jam 10.30 pagi disertai oleh AMK Selangor. Di ketuai oleh Khairul Anuar dan Halimey. Bersama mereka dianggarkan lebih dari 50 orang pemuda dan angota anggota Keadilan yang berbilang bangsa.

Selepas keluar dari Balai Polis seksyen 11, Shah Alam, mereka telah membuat kenyataan akhbar dan beberapa ketika kemudian mereka di panggil balik masuk oleh pegawai penyiasat.

Photo ketika dan selepas lapuran polis tersebut. [Klik untuk paparan lebih jelas]


Khairul Anuar 'Jonah' dan Halimey sedang menanti kedatangan para penyokong yang lain.


Pemberitahuan tentang tujuan laporan polis dibuat sebelum memasuki kawasan balai


Ketika laporan polis dibuat


Menghala keluar selepas membuat laporan


Kenyataan media dibuat sejurus diluar kawasan balai polis seksyen 11, Shah Alam.


Jeritan "Tangkap Mahathir" oleh AMK Selangor

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive