KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 22, 2008

Bola dikaki Anwar

malaysiainsider - Kita akan menjadi ekor sepanjang masa jika menyertai Umno walaupun dia sedang nazak sekarang,” kata naib presiden PAS Datuk Husam Musa ketika membentangkan kertas kerjanya di Ijtimak PAS Selangor Isnin lepas.

“Tak kan selepas 40 tahun lebih kita lanyak Umno, tiba-tiba apabila dia nak mati kita nak hantar ambulan kat dia untuk diselamatkan,” tambah beliau lagi.

Ini bukan kali pertama Husam bercakap begini. Sebaik sahaja lepas pilihan raya 8 Mac lalu dalam satu sidang medianya, apabila ditanya oleh wartawan tentang khabar angin adanya usaha Umno dan PAS untuk bekerjasama, Husam memberikan amaran keras kepada para pemimpin PAS berkenaan.

“Kita akan pecat mereka (pemimpin yang nak bekerjasama dengan Umno),” kata Husam.

Kenyataan Husam itu disokong oleh seorang lagi naib presiden PAS, Haji Mohamad Sabu. Bagi beliau, melalui pilihan raya baru-baru ini, rakyat telah menghantar mesej yang jelas, mereka mahukan PAS terus bersama PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat.

Bagi Mohamad, persepakatan antara PAS, DAP dan PKR ini akan terus kekal jika tidak ada serang menyerang antara satu sama lain.

“Kalau kita nak kalah senang je. Kita pakat kutuk sesama kita. PAS kutuk DAP, DAP kutuk PAS. PKR curigai DAP dan PAS, manakala PAS pula curigai PKR. Akhirnya kita pun akan bergaduh dan bila tiba pilihan raya kita kalahlah," kata Mohamad.

... selanjutnya.

1 comments:

Anonymous said...

yapp..........
den sokong ape yg husam utara kan....

no ned tlk-tolk to depa ham..no

Posting terkini

Blog Archive