KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 22, 2008

Kenapa Rashid Perlu Berbohong?

atranungkite - "aSiapa sangka Pengerusi SPR Rashid Abdul Rahman muncul sebagai watak yang popular semenjak beliau mengambil alih pimpinan SPR pada tahun 2001. Sepanjang menyandang jawatan tersebut, beliau berjaya memuaskan hati kerajaan kerana tugas yang diberi dapat dilaksanakan dengan baik tanpa bantahan.

Beliau banyak menggalas isu kontraversi yang tercetus dalam SPR dan bersedia pula berdepan dengan pihak parti pembangkang dan NGO bagi mempertahankan tindakannya sekali pun keputusan bukan dibuat oleh SPR, tetapi datangnya dari pihak lain yang lebih berkuasa. Sikap lurus bendul menyebabkan beliau sering diperkudakan oleh elit pemerintah bagi memenuhi tujuan politik mereka yang memerlukan kerjasama SPR.

Antara isu yang pernah dipertikaikan ialah persempadanan semula kawasan piliharan raya yang dikatakan mempunyai motif politik, terutama bagi kawasan-kawasan yang agak kritikal bagi parti kerajaan, perpindahan nama pengundi ke kawasan lain tanpa pengetahuan pengundi terbabit, kemasukan nama pengundi asing dalam senarai pengundi kawasan lain yang dikenali dengan pengundi hantu, sistem undi pos yang menguntungkan pihak kerajaan dan banyak lagi.

Beliau menyedari berlaku kes pemindahan nama pengundi ke kawasan lain yang dilakukan oleh segelintir kakitagannya. Usaha yang dilakukan oleh kakitangan SPR itu tentunya ada kaitan langsung dengan kerja-kerja aktivis politik dari parti-parti tertentu yang mahukan nama orang-orang tertentu dipindahkan dari kawasan pilihan raya tempatan atas sebab-sebab tertentu. Namun tidak diketahui apakah kakitangan terbabit dikenakan tindakan tata tertib di bawah Peraturan Am Perkhidmatan (GO).... selanjutnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive