KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 22, 2008

UMNO PARTI LAWAK

selangortoday - Mokhzani perlu diberikan tabik hormat, tabik spring atau segala tabik yang ada dalam kamus politik negara. Mokhzani mengikut jejak langkah ayahnya Dr. Mahathir, keluar dari UMNO.

Anak mana yang tidak terhina jika ayahnda yang dikasehi dinista dan dihina seolah-olah tidak ada langsung kebaikan yang dilakukannya.

“Duri sudah tercabut keluar” ulasan ini datang dari Musa Hitam, yang biarpun terbuang dari kepimpinan Mahathir satu ketika dulu, diambil dan diberi peranan di Bangsa-bangsa Bersatu dan kemudian diberi peranan yang khusus oleh pentadbiran Mahathir.

Hari ini Musa Hitam mengetuai konglomerat perladangan terbesar Sime Darby yang telah mengusai semua kuasa perladangan lain seperti Guthrie dan Golden Hope dengan jentera ambil alih Synergy Drive.

Biarpun terdapat komen lain dari pihak yang lain, komen Musa Hitam ini dianggap keterlaluan. Ulasan seperti ini memberi gambaran bahawa Musa Hitam Masih dendam dengan Mahathir. Bagi ahli PAS Musa Hitam adalah protagonis dalam sejarah Memali yang hingga kini masih misteri. ....seterusnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive