harakahdaily - Ir Khalid Samad (PAS-Shah Alam) menyifatkan ucapan Menteri Kerjaraya, Dato' Ir Mohd Zin Mohd sebagai menunjukkan kesilapan yang selama ini dilakukan kerajaan BN dalam mengendalikan urusan pembinaan jalan raya.
"Ucapan menteri menggambarkan kelemahan BN sebelum ini adalah natijah daripada tindakan yang salah seperti kontraktor yang menipu, JKR tidak boleh diharap, dan sebagainya.
"Ini hal yang serius, adakah sistem yang ada cukup korup? Dan adakah penjelasan menteri mengenai penyelesaian terhadap masalah pembinaan jalan raya di tanah gambut suatu penemuan baru kepada BN?" ujarnya.
Namun persoalan tersebut dinafikan oleh Mohd Zin untuk meneruskan penjelasan ekoran pada pandangannya ia merupakan anggapan Khalid menggunakan kesempatan tersebut untuk membuat persepsi.
"Kalau Yang Berhormat tidak berpuas hati, saya sedia untuk berdebat secara terbuka dengan Yang Berhormat selepas ini di luar," tegasnya. ... selanjutnya.
May 22, 2008
Ucapan menteri gambarkan BN selama ini lakukan banyak kesilapan
Labels: Sidang DUN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment