malaysiatoday - [...] Pada lebih kurang jam 3.30 petang, 20 Mei 2008, saya dan pekerja saya dihalang masuk ke kebun yang didaftarkan atas nama isteri saya, ROSE LAMBASING (PT 91240583) oleh sebelas orang lelaki yang mendakwa diri mereka bekerja dengan Alimuddin Mohd Ajay dan David Udin yang menceroboh tanah kami di Skim Pekebun Kecil Tingkayu, Kunak. Saya melihat empat orang lelaki menceroboh, menyabit dan mencuri buah kelapa sawit di kebun saya. Jalan menuju ke kebun saya juga dihadang dengan rantai dan dikawal ketat. Saya datang ke balai membuat laporan agar polis menyiasat dan menangkap Alimuddin dan semua samseng upahannya kerana mereka mengingkari Injunksi Mahkamah dan juga arahan Pesuruhjaya Polis Sabah. Laporan ini juga dibuat agar polis menyiasat dan menangkap Pengerusi Syarikat Kerjasama Perkembangan Tanah Tingkayu Berhad, Hajjah Alinah Usman Suing kerana bersubahat dengan Alimuddin melakukan jenayah 'criminal tress-passing', 'Contemp of Court' dan mencuri buah kelapa sawit saya. Sehingga hari ini, lebih kurang 150 tan buah kelapa sawit saya bernilai RM105,000 telah dicuri oleh Alimuddin. Alimuddin juga turut memusnahkan rumah saya dan mencuri barang-barang yang terdapat dalam rumah tersebut yang bernilai lebih kurang RM10,000.
SURAT…. Rajinnya Pesuruhjaya Polis Sabah menulis surat pada hari cuti umum. Hai ada apa-apa ke?
... selanjutnya.
May 22, 2008
PBS @ Polis Bela Samseng
Labels: Belit Polis, Rasuah Polis
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Kita amat bersimpati dgn nasib yg menimpa pekebun pekebun kecil ni.
Jika benar dakwan mereka,tak ubah mcm rakyat Palestin di inaya.
Tak di sangka di Malaysia ada kejadian mcm itu rupanya.
Smuge mereka sabar,tabah,dan berdoa ,satu hari akan datang pertolongan dari yang maha berkuasa.
Post a Comment